Tuesday, March 29, 2011

Doktor

Aku
Bagi kau
Hanya seperti doktor

Datang
cuma bila gering.
Lupa
bila luka sudah kering.

manusia..manusia.

Sunday, March 27, 2011

Dunia ini hanyalah mimpi

Tanpa Engkau,
Aku buta,
Hanyut di dalam mimpi yang sementara.
Selamatkan aku wahai Maha Penyayang,
Biarkanlah aku membuka mata,
Memandang wajahMu yang bercahaya,
Apabila aku terjaga suatu hari nanti.
Jangan biarkan aku hanyut,
Di dalam mimpi yang sementara.


MANIS KATA DIA =)



dia pandai susun kata
dia pandai anyam aksara
dia pandai gubah bicara
hingga aku terpesona
walau dia berdusta
tapi aku percaya
manis kata dia


(*_*)

Saturday, March 26, 2011

Aku tak mampu tersenyum sesempurna dahulu.

Bukan kerana jiwa merana
Hati terseksa
Raga terluka

Tetapi kerana tumor.

Thursday, March 24, 2011

pohon kematian yang dijanjikan

Telah dijanjikan pada pohon kematian itu,
Yang menumbuh subur dan gagah, di kebun tua yang debunya dari mutiara yang memerah bak delima,
Akan tiba suatu ketika akan ku jamah buahnya yang manis dan kelat,
Tetapi, tidak akan terpetik buah kematian,
Tidak hingga usai nama ku di ukir pada batang pohon itu,
Oleh pekebunnya yang berwajahkan Timur yang cahaya,
Oleh pemetiknya yang bersayapkan Lam Yalid Walam Yuulad,

Lalu bertanyalah; "adakah buah untukmu itu akan manis atau kekal kelat?"
Aku berharap yang manis manis sahaja,
Tapi kalau baja yang ku tolong tabur dulu bukan pula baja yang amal,
Apa nak ku harap buah kematian ku baik sahaja?
Jadi sampai saat merasa, memakan dan menelan,
Saat buah kematian bercebis cebis melalui tenggorokan,
Hanya yang akan tahu cuma lah aku dan Dia,

Dan pohon kematian akan terus menumbuhkan hasilnya,
Dan nama nama lain akan terus diukir,
Tiap sebiji untuk satu jiwa,
Terus meranum, dipetik dan memutik kembali hingga ke penghujung masa.

listen!

PLEASE...
DON'T GIVE A DAMN HOPE, IF YOU ARE NOT INTEND TO DO SO.
RESPECT OTHERS.
...its hurts.

Wednesday, March 23, 2011

ajari aku

ajari aku..kerna aku tidak tahu

apa yang perlu aku tafsirkan
bila ayat kau terbelit-belit
bila bahasa kau berlapik-lapik
bila drama kau tunggang terbalik

apa yang perlu aku jawab
bila persoalan kau tidak difahami
bila permintaan kau perlu aku perhalusi
bila anganan kau tak mungkin jadi realiti

ajari aku..
menggubah jawapan
dengan semurni alunan yang kau inginkan
agar kau tidak kesakitan


Monday, March 21, 2011

Emansipasi Rimau Belang Berdarah DiRaja Di Lembah Rahamjiin

Malam di rimba,
lalu fauna menggeletar,
gentar terketar,
sebisik embun menyapa;
"Ada Sang Belang! Jaga-jaga!"

Unggas tutup sayap,
cacing-cacing berhenti merayap,
sepasang mata terang dalam gelap,
langkahan kawal derap;

Sang Belang menghampiri.

"Sangat sunyi menjadi raja wilayah ini,
seumur hidupku ditakuti.
Tiada teman di sisi,
berkawal sampai dinihari."

Tiadalah jelata rimba sedari,
hari pertabalannya sebagai Raja,
Jumaat tepat tengah malam.



p/s : kita patut mengenal binatang terlebih dahulu sebelum cuba memasuki rantau personafikasi jiwa manusia sendiri.

Sunday, March 20, 2011




- Posted using BlogPress from my iPhone

meranduk sengsara.

dan demi cinta kita yang tak pernah sempurna,
dan demi kasih ku yang tak mahu sirna,
dan demi sengsara yang tak kenal putus asa,
dan demi segala rasa yang selama ini aku luah,

aku pinta,

semoga kau di sana menengadah hati,
seperti aku disini,
yang sedang terleka meminta pada Ilahi,

agar semuanya berakhir di sini.

kerana sayang,
walau bukan ini yang aku inginkan,

hati ini,
sudah lelah meranduk sengsara yang panjang,
dan menyeksakan.

Saturday, March 19, 2011

i post this without any single title.

you're not Bruno Mars. no need to catch a grenade, throw your hand on a blade or jump in front of a train just for a girl who doesn't even appreciate your love. live for yourself!

Wednesday, March 16, 2011

Yang Paling Berharga

Dengan derita
Engkau ajari aku

Dengan kesedihan

Engkau bukakan mata aku

Dari kekuatan yang Engkau punya

Disuntik sezarah, aku terjaga

Bisik padaku

Jerit di telingaku

Tolong sentuh hati aku

Sedarkan aku

UjianMu adalah

Anugerah tak ternilai

JATUH:BANGUN: [Dialog dua orang]

NA:
kadang
kita perlu untuk menitis air mata
agar kita tahu nilai sebentuk senyuman di ukir bibir



AS:
kadang
kita perlu terjatuh 
agar kita tahu payahnya untuk bangun dan kembali senyum



NA:
kita perlu juga untuk bangun walaupun payah
kerna kita perlu tahu nilai kebangkitan kembali



AS:
andai nilai kebangkitan itu akhirnya menyakitkan kita. lebih baik kita rebah dpd terus terseksa.


NA:
kebangkitan memang menyakitkan
tapi andai kita rebah selamanya
ada insan lain yang sedang bergembira dengan kerebahan kita itu
kebangkitan kita menjadia dia jatuh rebah


org akan gembira bila kita rebah
ketawa bila kita trsungkur
senyum bila kita jatuh
tp semua itu lenyap 
bila kita mampu bangkit kembali



AS:
andai kita mampu bangun saat kita rebah
andai kita mampu ketawa saat kita tersungkur 
dan andai kita mampu tersenyum saat kita jatuh
itu semua adalah kerana kita. hanya kita yg mampu mengubah segalanya. dan ketika itu. pasti mereka sedar kita bukan lagi lemah.



NA:
pasti mereka tidak akan biasa menjatuhkan kita lagi
dan takut untuk melihat kita rebah
kerna tahu kita punya upaya untuk terus bangkit berlari









=zap=

Tuesday, March 15, 2011

bintang malam

jika mampu aku susunkan bintang-bintang
pasti nama kamu berkelip-kelip didada langit malam
sungguh!

Monday, March 14, 2011

liku jendela

khasiat samudera
mucul dalam ratib
kapan senja
tunas tulen
masih seiring
sinar dan kelam

rintihan watan
sejujur kalbu
lampau rebah
sisir jalan
mencari butir
kabus lara

lalu susuli
watikah ikhtiar
wajah tenang
mencurah
kasih juga budi
ambang pejam
di sinar cerlang

Sunday, March 13, 2011

Auto Recursive


My power plant my saviour
Can you look at your skin that full of blood flavour
Nor me neither you honey
Just feel the recursive that flows through your weird veins

----------------------------------------------------------

Dan demi angin yang membelah langit
Aku hanyalah epitome masa lalumu

Monday, March 7, 2011

ahh! Lelaki.

Lelaki. seberapa baik serta jitunya kata-kata janji pada kamu. Sanggup meredah lautan api, gunung sanggup didaki.

trust me
one fine day, he will hurt you
And make you burst into thousand tears.
snap you into pieces.
kill you inside out.

Selagi dia, tak pernah nak menangis demi si Dia yang esa.

BERSEPAI


ini hati kau
aku perlu belai,
sayang.
jaga

ini hati aku
kau pijak
kau guris
hancur

Friday, March 4, 2011

Hujan.

... sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahgia,
aku pilih derita..

dan aku terus di situ meladeni rasa, untuk kamu.

Thursday, March 3, 2011

our last september

Our last september

When the time you put your eye on me
When you take me as your only world
When you put the ring on me

The time when we were young
The time when we were in a puppy love
Time when we wanted to try everything together.
Never wanted to be apart.

When we shared the smile.
When we hold on tight.
When we cried missing each other.
When we can't stop thinking bout the wishes we've made. Its kindda makes me giggle everytime its when thru my mind.

Its pure, its sweet, its everything i need.
As we move on.. The maturity comes by.
We still love each other, but not as white as september.

Oh beautiful september.


*sorry for the broken english

Wednesday, March 2, 2011

...a week...

its been a week now.
its ok if you are not around anymore.
but im so pathetic.
you know why ?
you still the one that i see the most.
coz, you still in my mind.

...stupid me.

Tuesday, March 1, 2011

A Girl with a tumor

dia tahu apa dia mahu
Dia tahu apa dia mampu
Cuma terkadang, tersasar kerana hati batu
dan ketumbuhan baru

Berderau darah naik ke kepala
Saat dengar berita dari dia si geliga
Mahu menangis, mahu menjerit, mahu tersenyum terasa pelik.

Tak mengapa, pujuk hati sendiri
Doa dari ibu bapa sentiasa teriring
Moga dapat lagi menikmati rasa hidup ini


*doakan yang baik-baik ya :)