Sunday, December 23, 2012

Untuk Aku,

Hai perempuan,
yang seringkali bercerita
ketinggian cinta kamu pada dia - si suami, si bapa, si penjaga
yang sentiasanya mahu berkongsi
pada dunia
pada semua
betapa kasih itu terlalu suci
terlalu tinggi, indah,
mekar

Alhamdulillah
gembira
bahagia
suka hati kecil ini mendengar kisahnya bahagia kamu

Cumanya,
ingin aku berpesan pada kamu

Wahai perempuan,
labuhkan apa yang mampu kamu labuhkan
tutup lah perhiasan di dada mu
sembunyikan lah mahkota kamu
biar lah lelaki yang kamu cintai,
lelaki yang kamu pandang tinggi
dia sahaja
yang memilik pas apresiasi keindahan kamu

Aku berpesan kerana aku tahu
kau terlalu cinta dia
jadi gunalah cinta kamu itu
untuk membawa dia ke syurga
bukan menempah jalan bersama ke neraka

Wednesday, December 19, 2012

Untuk mereka yang paksinya entah apa-apa

Dia yang kemaruk pada cinta sang jelita
Pada paras wajah nan bercahaya
Cinta bila masih ada cahaya
Bila suram, ditinggal jua
Kisah pabila kasih dan sayang bukan lagi sandaran
Jelas cinta itu akan bertaburan
Bersepah dan roboh pada setia
Akal digoda terus nafsu celaka

Baik laki-laki mahupun wanita
Baik ikhlas tika bercinta
Kau sumpah cinta sampai ke syurga
atau cuma manis ayat pemula?
Guna akal mohon jangan jadi buta

#permisi

Monday, December 17, 2012

retorikal.



pasti kau hidup dalam ketakutan,
kerisauan.
yang kalau-kalau
berlaku lagi penipuan.

pasti kau dalam kerunsingan,
kegusaran.
apa lagi perlu untuk puaskan
entah cukup, entah tidak
apa yang engkau telah bekalkan.

ah--
pasti susah menjadi seorang isteri, kan?
;)

Tuesday, December 4, 2012

Entahlah Sayang

Entahlah, sayang.

Saat bibirmu berbicara
Aku hanya perhatikan sahaja

Tak berkelip mata
Terpaku, terpesona
Kerna bibirmu kelihatan 
manis seperti gula-gula

Tiba-tiba, 
Fikiran aku nakal meliar entah ke mana
dan
terus mahu mendambakannya

Entahlah, sayang.




Friday, November 30, 2012

tiada logika


2 ketul ais hangus.
ikan mati lemas.
pelangi 11 warna.
manusia sempurna.
emas jadi alas tahi.
hidup tak kan mati.

dan kau,
anggap aku izinkan kau kembali??
jawapannya sama dengan senarai diatas,
tiada logika??
ya, itu jawapannya.

devil in you


speak devil speak!
tell the world how satisfy,
how delighful,
how delicious our brother's blood in your tongue.

speak devil speak!
shout it out loud!
say it, you want it more!
say it you love the taste of our children and
our women's tears.

speak devil speak!
say it!
say that you're addicted to our burning skin.


but hear us, devil..
we will stand up and rise,
and when the time comes,
we will swallow your horrible skin,
drink your dirtiest blood and tears to the very last drop!

ALLAH HUAKHBAR!

maafi aku


Lagu gurindam resah, hati bernyanyi pilu

Hati tak kurang resah, merundum bagai semalu

Kasih ku risau hilang, terpalu dek kesalahan ku

Menangis air mata darah, masih tak mampu ku putar waktu

Tak retak masih kasih ku jitu.
kukuhnya utk kamu

Friday, November 16, 2012

an inquiry.


aku sudah penat merayu pada Tuhan,

mohon hentikan perasaan ini,
relakan aku melepaskan dia pergi;
Tuhan masih gagal perkenankan.

bagaimana?

Wednesday, November 7, 2012

Barangkali

Barangkali yang diperlukan adalah, hanyalah;
sebuah pelukan.
Wahai Tuan, bermurah hatilah, 
cinta tak harus terusan bertingkah.

Sunday, November 4, 2012

Biar Yang Indah


Seindah bait lagu
yang dialun bersama irama

Seindah pelangi berwarna-warni
di atas langit sana

Seindah mentari yang ingin
melabuhkan tirainya tika senja

Seindah cahaya aurora
yang berkilauan di kutub utara

Seindah puisi yang disusun
dengan askara yang molek belaka

Seindah senyum manis yang dilemparkan
oleh sang arjuna kepada si juwita



Bisikkan bahagia biar aku dengar
dengan asyiknya.



Wednesday, October 24, 2012

liberal plural

liberal plural bukan jumud singular.

Friday, October 19, 2012

Sukar Dilawan

Sudah aku bilang,
Kewarasan akan terhakis 
saat diri mulai 
rasa kecelaruan.

Dan aku,
Aku celaru 
kerna warasku 
makin pudar 
pabila jiwa berada di awangan.

Kau buat jiwa aku 
melayang 
walau hanya dengan 
melemparkan senyuman.

Bisa ajar aku 
bagaimana untuk 
tahan perasaan
yang bikin aku sukar
untuk tidur malam
dan lawan
rasa tak keruan?



Thursday, October 4, 2012

Pembunuh

aku mahu percaya yang kau seorang pembunuh
kau yang racun minda
kau yang siat perasaan
kau yang siang jiwa
hingga tertinggal
cuma kulit-kulit derita
melekat pada tetulang percaya

mati! pada hatinya

satu cuma. kau bunuh dan kau bunuh. terusan. lantas kau berlari. pergi, senyap umpama angin berderu. singgah sebentar. 



Saturday, September 29, 2012

Ritma Setahun Jagung (RSJ)


Jalan yang lurus
Jalan yang harus
hadapannya ada jerlus
fuck! tunggu atau terus?

mungkin disini akan ku terkambus?

Wednesday, September 19, 2012

Serangkap Sajak Sepi

Duka ini adalah anak anak sepi
Pada rumah sebuah puisi; 
Diam mereka di tangga kata serangkap nestapa
Penyajak itu tidak lagi tahu bagaimana mahu mengeja bahagia.

Monday, September 10, 2012

AKU ≠ KAU

Aku : Kau,
Aku adalah aku : Kau adalah kau,
Aku bukan kau : Kau bukan aku,
Aku bukan aku : Kau bukan kau,
Kerana kau!

Pandora Asmara

Diciptakan satu hikayat cinta tak bercerita,
Jalannya bisu kisahnya lesu,
Amanah berdua simpan sahaja,
Tiada kunci harapan cuma,

Lekas berlari sang waktu dengki,
Dilangkah kami tanpa sepakat hati,
Menanti sirna purnama cinta,
Terlari paksi rebah ke bumi,

Cinta ini tidak terlihat,
Cinta ini tersimpan rapi,

Langit biru terus biru,
Hati kelu terus keliru,
Andai takdir diundur lalu,
Hati ini takkan haru,

Kisah ini takkan diceritera,
Terus mengarus angin duka,
Ketiga cinta takkan terpisah,
Hanya satu tinggal resah.

Sunday, September 9, 2012

Merajai hidup dan menikmati mati

Kadangkala aku mahu merasai mati,
Agar bisa sirna dari terang ini,
Ke penghujung gelap dan sendiri,

Tapi, bukankah mati itu maha dahsyat melampau hidup?
Bagaimana pula kalau aku ingin pulang?

Oh tidak, jambatan itu sudah runtuh!

Saturday, September 1, 2012

nafsu-serakah


bila dicumbui nafsu
dingawan serakah
tumbang-lah dia
yang meng-ikut perasaan
tanpa dapat melawan
bagai tumbang pahlawan silam
tanpa memegang keris kuasa

tika nafsu membunuh hati
serakah dan perasaan bertakhta
membulat-besarkan titik hitam
mencemari bebola darah merah
hingga tiada lagi halal-haram
waras akal dirasuk pergi

lantas; merebah atas sendiri
dikaki neraka
dipimpin Durjana-Jahanam
musuh sekalian alam

bukan tuju sapa-sapa. 
mungkin untuk kita. 
bilik kosong, Xe LiO

Friday, August 31, 2012

Permintaan

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
di sini aku datang,
duduk melutut
memohon
meminta
agar kau pulangkan kembali hati yang pernah aku beri dahulu

Aku datang,
penuh hormat,
penuh hina
memulangkan kembali sisa hati mu
yang masih ada padaku
setelah kau ragut kembali hati yang pernah kau beri padaku dahulu

Sisa hatimu ini juga
sudah membusuk,
sudah tidak sudi
sudah tidak mahu lagi dia kepada aku

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
pulangkanlah kembali hati aku
walau bukan dengan penuh hemah
biarlah aku yang datang menyembah
meminta hati ku yang sudah hampir tidak bernyawa
yang sudah buruk penuh parut dan luka
hati aku yang sudah lelah

Walau dulu
kau yang datang dengan penuh cinta
penuh suka
meminta hatiku untuk kau jaga
Biarlah aku melutut di sini,
memujuk meminta hati aku kembali

Wahai engkau yang pernah aku panggil cinta
Pulangkanlah kembali hatiku
biar aku rawat lukanya,
biar aku hilangkan parutnya

Kerana
Tidak aku mampu hidup tanpa hati
untuk aku pergi mencari
Cinta Tuhanku yang lebih abadi.

.

Monday, August 27, 2012

Don't Stop The War

Livin’ in a world full of madness,
Stuck in the street lookin’ for somethin’ to eat,
Spreading lies no one seems to dispute,
I’m in a corner that sees everything 

How many tears we have to shed,
Only to stay alive in the cruel world,
Will the corrupter heard our hum,
Will they save us from this harebrained? 

We have to kill only to spare a live, 
We search for a truth that doesn’t exist,

Livin’ in madness,
I’m livin in a cruel world,
Livin’ in insanity,
We have to stay alive

War in our head,
War in our nation,
War around the globe,


Well,
Don’t stop the war,
Go on with the war!

Yang Tertulis dan Terlukis

Ada yang sudah tertulis,
Menari-nari antara garis,

Ada yang sudah terlukis,
Berwarna-warni dan jernih,

Hamparkan aku permaidani terpilih,
Biar senang aku memilih.

Saturday, August 25, 2012

Degil

Manis akhir remaja dan awal dewasa aku adalah zaman berbahang Bikin aku jadi manusia degil Tak mahu mudah tunduk beri setia Kepada puaka dunia.

sayang, puisi yang tak sampai


walau sepulau titis air mata aku yang kau undang
walau leher tegang yang mendodoi lena saban malam
walau jauh kita dari pandang
walau kita sudah belain sekarang

kalau bisa sayang,
mahu aku tempik kan ke semua

yang dihujung setiap malam
masih kau
yang aku rindu
dan akan sentiasa begitu

Sunday, August 12, 2012

Ballad of the Falsifier

Living out on the streets you always felt to eat,
Hungry peoples lookin’ easier to defeat,
“Where have you been man? I’ve seen you’re so keen”,
Another ten years comin’, looks like you’re stayin’,

 They said the rain ain’t gonna fall today,
Watch your feet it’ll getting cold when it’s hot,
Stop dreamin’ and cheat your tiny little heart,
The train a-comin’ let’s catch it before late,

 We are ain’t no poet livin’ in our own world,
We are fleshes and bones who carried a golden spear,
Man is no men till’ he can offer his hands,
Ride the life on a silver wing and be proud of it,

 Beauty is not logical, it’s magical,
Have you ever seen the heart of a falsifier?
She buys your soul and rips it old,
It doesn’t matter if you’re never told.

Angan

jika aku berpeluang menjadi komet..
aku akan sentiasa berada disisimu..
aku akan selalu menjelajah langit sekitarmu..
dengan itu.. 
aku akan sentiasa perhatikan kamu..
tahu apa yang kamu inginkan..

aku gembira begitu..
aku hanya layak sekadar itu..

setiap detik berlalu..
bumi setia berputar..
kadangkala diatas..
seringkala dibawah..
 kamu tidak jauh seperti itu..
aku tahu..
hati kamu sekarang remuk.
tunggu..
aku akan cipta mesin untukmu..
untuk lupakan tragedi silam kamu..

usah abaikan aku..
aku masih dilangit sana..

Wednesday, August 8, 2012

Kalau Adik Mahu Mencabar Mimpi

Adik,

Masa muda itu masa paling berharga, 
Bukan sekadar frasa, 
Tapi rasa yang akan pergi, 
Indah yang tak akan kembali, 

Adik, 

Hidup ini warnanya 

PUTIH, KUNING, BIRU, KELABU DAN HITAM, 

Dan jika kau cerdik, 
Yang terlukis itu mampu diubah, 
Boleh dipadam, 

Adik, 

Bukan abang mahu mengarang, 
Tentang prinsip, etika dan pegangan, 
Cuma terlintas mahu membetulkan bidik,
Mengkaji selidik, 
Melobi nasib,

Adik,

Memang di luar sana banyak pengintip,
Menunggu saat mencorak tertib,
Atur tarimu dengan akal diberi,
Bukan dibonekakan insan tak berperi,

Tapi,

Kalau adik mahu juga mencabar mimpi,
Jangan takut disambar ngeri!

Tuesday, August 7, 2012

Tepu

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi,
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,

Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi.

Friday, August 3, 2012

Air Raid di Lorong Seratus Tahun

Aku sedih melihat gagak berjalan kaki dari satu lorong ke satu lorong manakala diriku terbang mencari kek ku yang hilang seribu tahun lamanya..

Ash ~ Lost in You

Sunday, July 29, 2012

aku, dia dan dia


aku ada hati
dia ada hati
aku sudah beri
dia sudah beri
aku beri
pada dia
dia beri
pada dia
noktah

Wednesday, July 25, 2012

Percayalah!

Percayalah!
Berapa ramai yang leka di haluan kiri.
Sedang mereka pasti,
posisi yang sebenar bukanlah di kiri.

Percayalah!
Ramai lagi yang tidak mahu kekal di sana.
Cuma,
diri kurang kekuatan, kurang stamina,
bagi memanjat tembok sebesar dan seteguh di China

Percayalah!
Ramai juga yang sudah di kanan.
Tapi,
tetap kalah pada setiap ujian.
Itulah yang dipanggil dugaan.
Dan,
yang berat, yang susah adalah  memastikan,
tiap langkah tidak terkeluar dari landasan.

Friday, July 20, 2012

Belahan jiwa.

Yang tadinya ayu bertudung litup Berbaju kurung molek peribadi Di Tok Bali. Jadi manis kini Rambut ditiup angin pantai Berbaju nipis rokok tak lekang di bibir Di pantai Cherating.

China Selatan.

Ombak dan anginmu Memang tak pernah menjemukan Laut China Selatan.

Tuesday, July 10, 2012

melodrama

dalam hembus kepul nafas
terlukis engkau
yang hadir untuk dia puja sendiri

dan dia benci

Monday, July 9, 2012

kalau tak terucap, tulislah... moga-moga kondisi hati baik-baik saja

andai sedih ini bisa diceritakan
sudah lengkap senaskah aku coretkan

andai sedih ini bisa menyanyi
sudah serak tenggorokanku berdendang

andai sedih ini bisa menari
sudah layu kakiku berdansa

tapi sedihku ini sepi
tiada catatan
tiada suara
tiada gerak

yang ada cuma angin lalu
yang ingin membawa sedihku pergi
tapi sayang mau ku melepaskan
kerna hanya dengan sedih ini
menjadi memori antara kau dan aku

Sunday, July 8, 2012

Angels

perhaps angels has no name just beautiful face.

Friday, July 6, 2012

superhuman might

kalaulah sembunyi itu suatu super power
akulah superhero yang paling hebat seantero dunia

kerna aku sentiasa sembunyi disebalik kegembiraan kau
memerhati kau bahagia dari jauh
melihat kau indah dari balik dunia




selamat menempuh alam baru

kalau aku tak dapat jadi sebagian dari kegembiraan kau
biarlah kesembunyianku ini menjadi bagian dari kebahagiaan kau

Thursday, June 28, 2012

karakter.

selalunya dia akan bercerita tentang orang lain--

orang-orang asing yang dijumpa ketika pulang kerja
selisih semasa membeli bunga
atau mungkin
yang pernah seiring jogging bersama.


selalunya juga
dia akan mereka cerita ,
tentang kemungkinan orang asing itu
untuk dibuat ubat ketika dia luka.

dengan kemungkinan,
pasti hidup mereka lebih merana.

Wednesday, June 27, 2012

Semalam Aku Lihat Bintang Jatuh

Semalam aku melihat bintang jatuh
Yang tiba-tiba lalu di depan mataku
Lalu aku tanpa segan menegur
“Bintang jatuh, pandanglah aku!”

Mungkin saja dia mendengar teriakku
Lantas disahutnya aku
“Aku bisa buat apa saja untuk kamu budak kecilku,
Kan kuhadir selalu untuk temani kamu,
Dan membuang jauh rasa sunyimu”

Langsung aku dan bintang jatuh itu
Berbicara seakan sudah selalu bersua
Kami rungkai segala kenangan lama
Yang kadang-kala mengusik rasa

Tiba masa bintang jatuh itu pergi
Aku berpesan memohonnya berhati-hati
Kerana aku mahu dia kembali
Hadir selalu untuk menjengukku lagi

Monday, June 25, 2012

Kisah Silam

Kisah silam memang payah nak tenggelam
walau dicuba padam namun tetap akan datang
biar kau lari seribu batu
bayang-bayang tetap di belakangmu
dekat denganmu!
Malah langsung tak pernah meninggalkanmu
si kisah silam.

Friday, June 22, 2012

TAK PANDAI JAGA

tika aku inginkan dia
pelbagai aku lakukan
tapi bila dia aku miliki
langsung tiada apa aku lakukan
bila dia sudah pergi
tidak keruan aku dibuatnya

memang aku tidak pandai menjaga

N:A:Z:R:U:L

Thursday, June 21, 2012

Langkah Pertama

Satu langkah sudah maju
Langkah yang aku takutkan dahulu
Satu langkah sudah maju
Langkah yang aku gentarkan selalu
Satu langkah sudah maju
Langkah yang kau ejekkan padaku
Satu langkah sudah maju
Langkah yang tidak lagi aku malu

Satu langkah sudah maju
Kita sudah hampir ke situ
Satu langkah sudah maju
Lihatlah dunia langkah kerdilku
Satu langkah sudah maju
Kini aku menulis di buku
Satu langkah sudah maju
Ketemu kita di tempat itu

Satu langkah sudah maju
Kau bila lagi?
Aku tunggu.

:)

Dosa.

Samaada risaukan dosamu dengan tuhan Sedang kau tahu dia itu maha pengampun Ataupun remehkan dosamu dengan manusia Yang kau tahu kadangkala memang penuh pura.

Saturday, May 19, 2012

Sonet untuk Sayang

(Baca sambil dengar lagu suede - saturday night) Semalam saya menulis sebuah sonet untuk sayang, Segala rasa saya tuliskan untuk luahkan rasa sayang, Namun saya rasa sonet saya tak dapat luahkan sayang saya yang banyak. Esok silalah buat lagi. Awak buat saya jadi gila

Friday, May 11, 2012

berharap berada di kaki kau teman :')

Pinjam selipa kau aci tak ?
tak kesahlah saiz kaki kau besar pon .
tak kesahlah selipa kau berat mana pon :'(

mungkin lepas pinjam selipa kau , aku paham kenapa kau ambil langkah tu .


Monday, May 7, 2012

Amaran (Dalam Semangat Radang Diri)

Ini amaran dariku.Jangan datang dengan kata pujuk rayu dan khutbah ahli agama padaku ini waktu.Biarku melenting seadanya dengan segala maki cerca kata secukupnya.Menghadapi puaka dunia cuma lantang muzik dan Marlboro Ice yang dihisap rakus jadi penawar buat luka jiwa ini (masih mujur lagi tiada liquor untuk radang hati yang kali ini).

Radang.

Dalam radang panas hatiku Kau sundal yang paling amat Biar kau hidup lama dalam dunia Untuk merasa segala sialnya!!!

Sunday, April 29, 2012

reverse senjakala petrioka

bila didalam kandang yang busuk,
suci itu juga menyesatkan.
hiruk pikuk kehidupan teratai.
masih terabai umpama ampai-ampai.
yang lenggongnya persis angin kejauhan
dalam kebasahan airmata puteri bunian tujuh,
kita berlagu jauh menyampaikan kerinduan
yang tidak jelas di dalam jiwa-jiwa yang luruh,
di nodai, diperdaya oleh kata kata manis
yang tidak diundang,
datang tanpa jemputan,
hati mana yang tidak terusik kalbu,
indah paras rupa,
umpama dewa dewa gagah poerkasa,
kita serahkan segalanya
untuk kotakan apa yang telah dijanjikan,
untuk bukti,
untuk jelaskan yang kita benar-benar,
utuh dan butuhkan dia,

oh cinta, oh cinta.
oh petaka, oh mala oh perewan
yang jatuh dari kayangan,
kita anggap itu logik dan hakikat
tapi sebenarnya itu muslihat dunia
untuk kita berikan arasa dara dan teruna kepada yang empunya
firasat berjalan jauh
tinggalkan kita dalam gelap
yang kosong
yang lohong
kata benar
dan tidak tipu
akhirnya cinta kita
mati bagai hempedu yang
tidak berguna lagi.

Pengkhianat


Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Friday, April 6, 2012

kikis hati hampir mati

makin terkikis hati hampir mati
makin itu nampak yg sakit
makin itu darah membuak
makin itu dapat terselamat


cuba kikis hati hampir mati
biar nampak inti patri
biar jujurnya teserlah
biar ramai tahu penat lelah
seakan ini seni paling mewah!

duhai hati hampir mati
maaf
aku mohon percaya aku
tuan kamu
akan kota janji tak sakiti, tak kikis lagi
selagi kau janji
jangan kau gunungkan harapan terlalu tinggi 



terlalu amat lama tak menyinggah sini, apa khabar semua? :)

Tuesday, April 3, 2012

Untuk kucing yang dipotong ekornya,



aku benar-benar tahu
tiap titis airmata aku
tak mungkin dapat redakan seksamu
tapi aku janji
sungguh-sungguh aku minta pada Tuhan
semoga hidupmu dipermudah
dijauhkan daripada haiwan manusia.
walau jauh dalam hati aku,

'Wahai Tuhan, tolonglah jemput dia,
kucing yang dipotong ekornya,
ke sana wilayah abadi.'





Bandar Seri Permaisuri

Tuesday, February 21, 2012

Halusinasi


Jika ini amarah, lalu aku harus salahkan apa?
Jika ini ketakutan, lalu persepsi mana yang aku perlu salahkan?
Jika ini semuanya persoalan, lalu haruskah aku bukukan?
Lalu biarkan ia dicetak berjuta naskhah, 
Biarkan ia pindah dari satu tangan ke tangan yang lain,
Cuba lihat, siapa yang mampu beri jawapan?

Jika ini satu pencarian, apa yang aku cari?
Jika kembara ini aku keseorangan, 
Lalu, andai kata aku hulurkan tangan,
Akan ada kah yang menemani?
Jika mahsyur yang menjanjikan persoalan aku terjual,
Maka aku rela kekal jadi bukan siapa-siapa.

Ini, khazanah ini,
Aku tak rela jaja.
Aku cuma berharap.

Friday, February 10, 2012

seorang tua di tepi sebuah toko serbaneka

selapikan kotak
angin malam
di tepi sebuah toko serbaneka
ada neon bukan kunang
dan bintang gugur di matanya.

seorang tua itu mengerekot
menyulam mimpi antara tidur dan jaga
mimpi anak anaknya
yang semakin luput wajah dan suara.

Thursday, February 9, 2012

Ego kamu Ego aku

Jangan menyesal mengenali aku,
aku bukan konspirasi curiga kamu,
aku bukan beban minda kamu,
aku hanya titik ubah hidup kamu.

aku bukan pembawa propaganda dunia keatas kamu.

aku hanya berdiri pada selekoh yang sama,
selekoh yang kamu datang kepada aku,
selekoh yang kamu pergi tinggalkan aku,
tidaklah aku yang tinggalkan kamu.

dan
aku hanya mampu melihat kamu berjalan pergi,
pergi menjauhi aku.
tanpa memaksa kamu kembali kemari.

tapi,
jangan sesekali padam kelibat aku dalam minda sedarmu,
aku tetap hadir dalam minda separa sedarmu jua.
ingat.

Thursday, January 19, 2012

Sampai mati pun

Sampai mati pun
aku tak percaya


selagi aku tak tahu apa isi dalam hati tu
selagi tu aku bunuh semua putik rasa dalam hati ni !

Sunday, January 15, 2012

Diam: Dengari Desir Derum Damai


Di sini,
Di dasar dolak-dalih,
Di dalam dekah denting degup,
Deru dunia didentum detap detik,
Dedaun destar ditukar depaan daftar.

Dan di sini,
Di denai debaran demam doktrin dianuti,
Dalam damparan deruman dangkal,
Detak diam didengar damai.

Dan di kala didekati detik itu;
Detik suci sayup segera,
Detik seru sepi sunyi,
Detik yang sepastinya sampai,
Di sini diamlah
Di sini dengarlah
Dengar dan diam di sini,
Diam dan dengarlah,
Dengar desiran deruman damai,
Di dalam dasar diri
Mendekat mendalami,
Diam-diam, mendiam didiami,
Damai
DenganNya.

Saturday, January 14, 2012

Aku si buta

Mengalir bagai air
aku memilih membiar ia mengalir .
Mengalir dan terus mengalir . 
Entah bila rasa ini akan ketemu dengan penghujungnya 
Entah bila akan sampai ke destinasinya 
Do you have any idea ?

Bila hari itu tiba .
Bila masa nya sudah tepat .
Tolong beri aku tanda . 
kerana aku buta

Thursday, January 12, 2012

Saya Suka Indah

merenung keindahan
semoga yang indah-indah buat saya
memohon keindahan
kerana yang indah-indah itu
adalah milik-Mu, Ya Rabbi~
pinjamkan saya keindahan-Mu
agar
hidup saya indah dalam iman
mati saya tenang dalam indahnya iman.