Sunday, December 23, 2012

Untuk Aku,

Hai perempuan,
yang seringkali bercerita
ketinggian cinta kamu pada dia - si suami, si bapa, si penjaga
yang sentiasanya mahu berkongsi
pada dunia
pada semua
betapa kasih itu terlalu suci
terlalu tinggi, indah,
mekar

Alhamdulillah
gembira
bahagia
suka hati kecil ini mendengar kisahnya bahagia kamu

Cumanya,
ingin aku berpesan pada kamu

Wahai perempuan,
labuhkan apa yang mampu kamu labuhkan
tutup lah perhiasan di dada mu
sembunyikan lah mahkota kamu
biar lah lelaki yang kamu cintai,
lelaki yang kamu pandang tinggi
dia sahaja
yang memilik pas apresiasi keindahan kamu

Aku berpesan kerana aku tahu
kau terlalu cinta dia
jadi gunalah cinta kamu itu
untuk membawa dia ke syurga
bukan menempah jalan bersama ke neraka

3 comments:

  1. peringatan ini baik :)

    ReplyDelete
  2. nasihat yang disusun dalam bait-bait kata yang indah. (Y)

    ReplyDelete
  3. Entah kenaa rasa puisi ini utk..
    fynn jamal?

    takpe, pesanan bersama :)

    ReplyDelete