Sunday, December 23, 2012

Untuk Aku,

Hai perempuan,
yang seringkali bercerita
ketinggian cinta kamu pada dia - si suami, si bapa, si penjaga
yang sentiasanya mahu berkongsi
pada dunia
pada semua
betapa kasih itu terlalu suci
terlalu tinggi, indah,
mekar

Alhamdulillah
gembira
bahagia
suka hati kecil ini mendengar kisahnya bahagia kamu

Cumanya,
ingin aku berpesan pada kamu

Wahai perempuan,
labuhkan apa yang mampu kamu labuhkan
tutup lah perhiasan di dada mu
sembunyikan lah mahkota kamu
biar lah lelaki yang kamu cintai,
lelaki yang kamu pandang tinggi
dia sahaja
yang memilik pas apresiasi keindahan kamu

Aku berpesan kerana aku tahu
kau terlalu cinta dia
jadi gunalah cinta kamu itu
untuk membawa dia ke syurga
bukan menempah jalan bersama ke neraka

Wednesday, December 19, 2012

Untuk mereka yang paksinya entah apa-apa

Dia yang kemaruk pada cinta sang jelita
Pada paras wajah nan bercahaya
Cinta bila masih ada cahaya
Bila suram, ditinggal jua
Kisah pabila kasih dan sayang bukan lagi sandaran
Jelas cinta itu akan bertaburan
Bersepah dan roboh pada setia
Akal digoda terus nafsu celaka

Baik laki-laki mahupun wanita
Baik ikhlas tika bercinta
Kau sumpah cinta sampai ke syurga
atau cuma manis ayat pemula?
Guna akal mohon jangan jadi buta

#permisi

Monday, December 17, 2012

retorikal.



pasti kau hidup dalam ketakutan,
kerisauan.
yang kalau-kalau
berlaku lagi penipuan.

pasti kau dalam kerunsingan,
kegusaran.
apa lagi perlu untuk puaskan
entah cukup, entah tidak
apa yang engkau telah bekalkan.

ah--
pasti susah menjadi seorang isteri, kan?
;)

Tuesday, December 4, 2012

Entahlah Sayang

Entahlah, sayang.

Saat bibirmu berbicara
Aku hanya perhatikan sahaja

Tak berkelip mata
Terpaku, terpesona
Kerna bibirmu kelihatan 
manis seperti gula-gula

Tiba-tiba, 
Fikiran aku nakal meliar entah ke mana
dan
terus mahu mendambakannya

Entahlah, sayang.