Thursday, May 9, 2013

angkara siapa

mahu saja aku tinggalkan kamu
bersama-sama kelat memori kamu yang terdahulu.

mahu saja aku nafikan kamu
bersama-sama parut kesan kamu ditusuk sembilu.

mahu saja aku entengkan kamu
biar kamu sepi dengan kekosongan hatimu.

tapi aku tidak pernah mampu

kerana sebenarnya akulah sang pemuja yang kelat, sepi dan kosong itu--

bukannya kamu.

Wednesday, May 1, 2013

right amount of come and go;

mungkin masa terlalu lama memisahkan kita
sampaikan kita kekok untuk bersama
atau
mungkin masa masih belum cukup untuk menyedarkan kita
untuk lebih menghargai apa yang tiada ketika hilangnya ia.