Thursday, May 9, 2013

angkara siapa

mahu saja aku tinggalkan kamu
bersama-sama kelat memori kamu yang terdahulu.

mahu saja aku nafikan kamu
bersama-sama parut kesan kamu ditusuk sembilu.

mahu saja aku entengkan kamu
biar kamu sepi dengan kekosongan hatimu.

tapi aku tidak pernah mampu

kerana sebenarnya akulah sang pemuja yang kelat, sepi dan kosong itu--

bukannya kamu.

2 comments: