tajuk 01: Pari-pari
jika wujud si pari-pari
kemalasan kita makin menjadi-jadi
kerana kita akan sekadar goyang kaki
sambil arahkan si pari-pari
untuk dapatkan itu dan ini.
tajuk 02: Realiti
tak mudah memahami realiti
meski tak sekompleks fantasi
yang hakikatnya
lebih mudah dimengerti.
tajuk 03: Jujur
jujur
walaupun pahit
adalah ubat
buat luka
yang digores
oleh tajamnya
bohong
yang manis.
SDP tu apa?
ReplyDeleteSDP = alter ego gua, Sang Dara Pujangga.
ReplyDeletesuka yg no .3 .hehe
ReplyDeletenice2..
ReplyDelete