Showing posts with label Puisi Orang Kebanyakkan. Show all posts
Showing posts with label Puisi Orang Kebanyakkan. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Pengkhianat


Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Friday, October 30, 2009

Puisi Orang Kebanyakkan:Bab Dua

Bab Dua: Budak Kecil

Di Hill Park

Seorang budak itu baru bangun dari tidur
Bangun dengan muka tersenyum
Kemudian dia terus ke meja makan
Memenuhkan perutnya dengan beribu kalori
Setelah kenyang dia berjalan jalan ke sekolah

Di Setinggan Park pula

Seorang budak itu baru bangun dari tidur
Bangun setelah dikejutkan secara paksa
''Hey,bangun kamu' kata seorang perempuan
Dan kemudian budak itu terus ke pejabat
Untuk meneruskan sisa kehidupannya sebagai seorang kutu jalanan

Kemudian di sekolah pula

Budak itu membaca buku
Membaca sambil melukis sesuatu
Mungkin besar nanti dia mahu menjadi seorang lawyer
Atau mungkin juga seorang kapitalis

Dan akhir sekali di sebuah kilang

Budak itu tekun membuat kerja
Mukanya comot bergelimpangan dengan cat cat berwarna hitam
Dengan rapinya dia menyiapkan kasut itu dengan jari jemarinya
Untuk diberikan pula kepada seorang bakal lawyer

Puisi ini dibuat berdasarkan video ini.

'SOME THINGS COST MORE THAN YOU REALISE'

Monday, October 26, 2009

Puisi Orang Kebanyakkan:Bab Satu

Bab Satu:Duit Poket

Duit oh duit

Mana aku mau cari duit?
Mungkin ada bertimbun dalam parit

Duit oh duit

Ada orang banyak duit
Ada orang sikit duit
Ada orang langsung takder duit

Duit oh duit

Ada orang boleh bawak awek makan makan di 'Kentucky Fried Chicken'
Tapi aku hanya duduk seorang diri di 'Setinggan Fried Chicken'
Ish ish ish kalaulah aku Cristopher Walken

Duit oh duit

Ada orang boleh beli kereta mercedes
Tapi aku hanya mampu beli keropok cikedis
Memang cukup sadis

Duit oh duit

'Aku enggak punya uang' kata Pak Joko
'I borrowed money to buy ECM-Libra' kata Khairul Jamaluddin
'Je n'avez pas assez d'argent' kata Emmanuel Kadebayor

Akhir sekali duit duit duit

Bak kata Jamal dalam slumdog millionaire

'MAYBE IT IS WRITTEN’

nota kaki pound sterling

Beberapa perkataan yang telah dibengkokkan dalam puisi ini tidak sesuai digunakan untuk tujuan rasmi mahupon untuk tujuan peperiksaan.Sekian,terima kaseh.