Showing posts with label warkah tinta hati. Show all posts
Showing posts with label warkah tinta hati. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Pengkhianat


Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Saturday, February 5, 2011

TERKEDU

arah mana mahu dituju
ranjau onak penuh batu
hidup susah tiada ilmu
bikin aku jadi keliru
mahu pilih yang mana satu
terkedu
mahu pilih yang manis madu
takut terhiris dalam kelambu
mahu pilih yang pahit hempedu
takut terguris bertambah pilu
terkedu

Wednesday, January 26, 2011

Skeptis hari ini

kisah kini punya irama
kisarnya waktu dan kata
tergolak dramatisnya menjadi nyata
dari debu debu yang sama
kronologi revolusi bangkitkan rasa
hatinya gentar luluhkan jiwa
walau rintangan setia melintas..
satukan harapan junjungkan janji
sungguh perit hati ini
berjuta seken kau sepi
khabarkan duka pada aku ini
berpuluh musim aku menanti..

Sunday, December 12, 2010

SENYUMAN BERACUN

usah mudah terlupa
usah mudah terpana
usah mudah jatuh cinta
usah mudah terpedaya
oleh manisnya senyuman
mendung awan tebal itu
mulanya dalam terang cahaya
usah tertipu dengan manis senyuman
apa di dalam tiada yang tahu
kadangkala dalam manisan
ada racun bisa...

Sunday, December 5, 2010

AKU LUPA

aku lupa

aku tak perlu dibelai
hanya perlu membelai
aku tak perlu dijaga
hanya perlu menjaga
aku tak perlu disuap
hanya perlu menyuap
aku tak perlu dikasih
hanya perlu mengasihi

maaf....