Showing posts with label puisi sahaja. Show all posts
Showing posts with label puisi sahaja. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Pengkhianat


Pengkhianat katamu,
Sedang pintaku dahulu kau tulikan,
Usaha dan jerihku kau butakan.

Pernah kau merasa apa yang ku rasa?
Berjuang sendiri tanpa teman.
Dibiar sendiri di medan perang.
Tanpa perisai berlindung bila diserang.
Tanpa bekal dan ration menangkis kelaparan.

Perjuangan yang sia-sia,
Perjuangan yang tiada makna,
Perjuangan yang tidak dihargai,
Perjuangan yang tewasnya pasti.

Lantas untuk apa aku terus di sini,
Mempertahankanmu yang tak pernah mengerti,
Ya, kamu yang tidak mahu berjuang sekali,
Lebih baik ku pergi ke medan yang setara,
Medan di mana pintaku didengari,
Usaha dan jerihku dihargai,
Rasa dan pandangku diselami.

Biarkanku berlalu dari medan ini,
Walau nista dan caci menemani,
Kerana kamu tidak pernah memahami diri,
Selamat tinggal dan biarkan ku pergi.

Thursday, April 29, 2010

selamat pagi wahai malam

selamat pagi wahai malam.
Kau bawa sang sunyi seiring?
Mengapa kau tak tinggal kan saja dia.

Tak aku perlukan sang sunyi lg
Kerna aku dah ade muzik hati ku
Yg bakal hilangkan sang sunyi dr kewujudan.

Kasihan sang sunyi,
Pulang lah engkau
Atau
Singgah saja di malam-malam
Org yg tunggukan kehadiran kau.

Terima kasih kerna pernah menemani aku dahulu
Kini aku betul-betul x perlukan kau

coklat

..................................







Aku jd macam coklat,
Cepat cair,
Bila dlm tgn kamu.










*seronok jugak jadi coklat