Thursday, April 29, 2010

selamat pagi wahai malam

selamat pagi wahai malam.
Kau bawa sang sunyi seiring?
Mengapa kau tak tinggal kan saja dia.

Tak aku perlukan sang sunyi lg
Kerna aku dah ade muzik hati ku
Yg bakal hilangkan sang sunyi dr kewujudan.

Kasihan sang sunyi,
Pulang lah engkau
Atau
Singgah saja di malam-malam
Org yg tunggukan kehadiran kau.

Terima kasih kerna pernah menemani aku dahulu
Kini aku betul-betul x perlukan kau

ultah

dengan senyum
dengan gemalai
dengan kelembutan
dengan keayuan
dengan kesucian

dia warnakan setiap inci kanvas putih dalam dunia
dengan warna ceria
dan setiap yang melihatnya pasti tertawa

dia sebarkan spora kasih dalam atmosfera
dari jamur sayang
dan setiap yang menghirupnya pasti punya cinta

dia tambahkan garam hidup
dalam setiap hidangan
dan setiap yang menjamahnya pasti jadi lebih percaya
pada tuhan
pada diri sendiri
pada orang lain
pada kenangan
dan pada harapan

you are my snowman that will never melt
even in summer =)


*special dedication for rafahiah haron and khairi fatimah muhamad jamil. happy birthday girls. =)

coklat

..................................







Aku jd macam coklat,
Cepat cair,
Bila dlm tgn kamu.










*seronok jugak jadi coklat

bukan gadis biasa.

Gadis berpurdah di KLCC

syaitan menguji,
insan memerli,
syurga menanti.



"Amin!"-sadis

late night stranger.

aku mengidam kan kamu.
kamu; yang ketika bukan diri kamu.

Aku curi kata

Kata-kata ini aku curi dari mentari pagi tadi
Aku bacakan pada embun yang murung
Menghibur bersama rumput dan lalang
Selesai itu.
Aku titipkan kata ini
Pada mentari mengilat mendung
Agar besok pagi dapat aku bacakan
Pada embun 

yang mungkin sudah tersenyum
Yang bisa mewakili aku
Menitik lembut pada jasad mu
Dan memalit sejenak pada hatimu

SAAT PEPATUNG MENGIPAS SAYAPNYA

indah cuma satu
cuma satu
iaitu
mimpinya untuk terbang
tanpa jatuh
ditiup bayu.

Wednesday, April 28, 2010

kurt kobeng

Bangkit pagi ;
waktu makan mandi ;
75 kali sehari ;
espesheli tika sendiri ;
& sebelum tinggalkan realiti
untuk pindah ke alam mimpi ;
Angan-angan nak bunuh diri,
terbiasa bertandang ke mari
lalu buat hati ni macam rumah sendiri.

Pinjam tali? Nak gantung diri.

..

Tiba-tiba, wajah ibu bapa, & lambaian neraka
silih berganti datang menari-nari.
Terus tak jadi.

E.S.C.A.P.E.

Walaupun ini bukan lama
Tak apa-lah
Kalaupun ini
cuma sementara
At least
I manage to fight it all
and run away
for the mean time
Jauh-jauh...

Aku mahu lari laju-laju
sampai aku terbang
terus ke sana
sampai aku tiba
berdekatan kamu

Kamu mahu?

Ini nota rindu.

Buat kamu.

Monday, April 26, 2010

not a great getaway but there, is where i want to be

kalau aku diberi pilihan
memilih tempat untuk sembunyi sebentar dari drama dunia
aku cuma mahu pilih satu tempat

hati kau...

sedih.

Sayang,
tetes airmata itu selayaknya untuk tuhan kamu,
bukan dia mahupun aku.

atau kekasih lain kamu.





-sadis

Sunday, April 25, 2010

Neither it's a rocket science nor it's a fashion statement, it's not even a rocket science's statement of fashion

Dulu selalu saja kau datang,
mengisi minyak buat teruskan perjalanan.

Tapi sejak stesen yang itu muncul,
aku tidak lagi kau singgahi.

Di sana, kau bisa dapat Choki Choki.
Di sini, cuma sekadar petrol mampu ku beri.

"Tak apalah," ku pujuk sendiri,
"kerana sekiranya petrolnya tidak berkualiti,
kerana sekiranya Choki Chokinya basi,
aku mampu menonjol suatu hari nanti.
Dan kau ku harap, pulang kembali."

Lama jua ku menanti,
tapi hari semalam, kau datang jua.
Biarpun hanya seketika,
kau datang, minta ku pertolongan.

Aku tahu aku bukan yang tetap,
tapi aku gembira, walaupun hanya jadi yang sementara.

Kau boleh datang lagi bila-bila kau suka.

like a favourite song, you keep on playing in my mind

why i love the song i love?
because it's about you

oxygenated.

kamu sepertinya udara.
yang aku hirup.
dan hembus pergi.


namun biasanya kamu masih tetap di sini.

Nota Kepada Diri Sendiri

Tolonglah menulis kembali, fucker!

Stam

Saturday, April 24, 2010

What Should I Say ?


Seringkali aku terkesima,
setiap kali kamu ucap kata cinta,


kerna aku tahu kau juga bilang itu pada dia.


.

stop! do not enter! (yet)

bukan aku tak mahu kau masuk
tapi kamar itu masih busuk
dengan amarah yang dirasuk
jembalang tak berhati yang mabuk

biarku sapu semua habuk
biarku lempar semua bentuk
sampah kenangan yang berkepuk-kepuk
ditinggal harapan yang tiada esok

tapi ternyata semua yang busuk
semua itulah yang ingin kupeluk
tak sanggup biar ia terperusuk
kerana khayalan itu tak semua buruk

kamar itu memang tak elok
tapi ku harap nanti kau akan masuk
bila semua yang pernah tersorok
berjaya kutelan seperti lauk

aku sedar akulah yang teruk
biar kau tunggu sampai kemaruk
nanti pasti ku benarkan kau ketuk
pintu hatiku yang penuh lekuk


Thursday, April 22, 2010

kalau kamu jadi aku tentu kamu biar saja rasa itu membeku tapi aku tidak mahu lakukan itu kerana satu sebabnya kamu

kamu-lah
yang aku
rindu itu
kalau kamu
tak pernah tahu



ya, sekarang aku beritahu.

Memudar

oleh Ahpeng Mohamad

khayalkan aku dengan hari senja tak sudah
malap sedikit cahaya, melopong tanpa tutupnya.
titah-titah ini merantai roh,
untuk tempoh yang terlalu lama.
baki-baki barah yang masih subur.
injap usang mahu segera diangkat ke langit,
telanjang bersahaja, telanjang dari pahit dunia.
komponen-komponen perasaan ini terlalu angkuh,
untuk sebuah jasad yang tak lagi ada nyawa.
noktah ertinya tamat.

kesempatan yang terlewatkan

waktu aku pergi dulu
aku harap kau akan terus menunggu
tunggu sampai aku mampu
beri keputusan jitu

tapi kau kalah juga dengan waktu
bila kau betul-betul tinggalkan aku
tak beri kesempatanpun untuk aku mengaku
yang sebenarnya "aku cinta padamu"

mungkin terlalu lama aku buat kau tunggu
dan akhirnya kau jadi jemu......

Wednesday, April 21, 2010

dua jenis cinta manusia.

i
Tuhan turunkan cinta
sebagai rahmat dariNya
dan mereka bahagia
hingga menjejak syurga

ii
Tuhan turunkan cinta
untuk mereka yang leka
asyiknya berkasih bermanja
sebagai wasilah ke neraka

-Sadis

Tuesday, April 20, 2010

.

This 
*
*
Is
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Writer's Block!!





i said oohhh... i cried oohhh....

"aku akan selalu ada untuk kamu,
aku akan ada bila kamu terasa mahu menangis
aku akan ada bila kamu sedang menangis
dan aku pasti akan ada bila kamu berhenti menangis"

Monday, April 19, 2010

S.O.R.R.Y.

Ini bukan tajuk filem
Ini bukan judul lagu
Ini juga bukan nota minta maaf

But, sorry baby
My heart is not for you
And after all that we've been through
I must say it
Sorry, honey
This love is not for you
It's over now

I've moved on
and I think you should too
You feel the pain, dear?
I felt it centuries ago.

Sekarang masa kau pula
Adil saksama kan kita?

Lord's the Greatest...

Again
This is not an apology
This is a note of disappointment
heartache
guilt
pain
misery
grief

... and blabs.

April Tanpa Hujan

april dirawat pagi
mencurah-curah bening cahaya
senja kekuningan
ku rapatkan jendela
tanpa geselan
biar melodi hilang
melirik pada awan-awan
yang kehairanan
esok isnin beri dia haus
hujan tiada lagi
di malam hari

Sunday, April 18, 2010

april yang cemburu

dari bangku kayu kosong di tepi padang itu
aku bermain dengan imaginasiku

kadang-kadang aku bayangkan
padang yang luas dihadapanku ini
adalah hutan hijau yang penuh dengan makhluk magikal
yang punya sayap
dan bisa terbang bersama angin lalu

kadang-kadang aku bayangkan
padang yang luas dihadapanku ini
adalah lautan biru yang penuh dengan si duyung
yang punya sisik dan ekor
dan bisa berenang riang bersama kawanan dolphin

kadang-kadang aku bayangkan
padang yang luas dihadapanku ini
adalah istana yang besar
yang didiami seorang putera raja
dan aku pula adalah puterinya

tapi aku cuma dari bangku kayu kosong ditepi padang
yang sedang bermain dengan imaginasi
dimana realitinya
pergi dibawa april yang cemburu

Saturday, April 17, 2010

maruah.

maruah seorang wanita itu
bukan terletak pada celah kangkangnya.
ada yang menjaga itu.
tapi hidup tetap hina.

B.E.E.P.

Not a single beep
on the phone
today.

You did it
Mission accomplished
Hurray for you

You just made me miss you more
each day.

And I still couldn't throw it all away
and hate you.

Monochrome

Hari ini apabila pelangi datang,

Jangan biarkan ia berlalu pergi.

J.A.N.J.I.

Jadi manusia tak usah berjanji.

Aku tunggu kau tepati.

Sampai sekarang aku menanti.

Menanti.

Menanti...



...

Friday, April 16, 2010

Hasrat Perindu..

Ingin aku lupa...
Masih wajah itu yang terbayang di mata..
Masih renungan itu yang mampu menikam sukma..
Masih senyuman itu yang aku damba...

Lalu ingin ku miliki...
Ternyata bersama mu seperti sebingkai kisah mimpi...
Ternyata terlalu jauh dirimu untuk bisa ku kecapi...
Ternyata naluri kuat membisikkan hati mu sukar ku miliki...

Aku meminta...
Diri mu hanya buatku saja...
Sentuh mu halal di tubuhku cuma...
Cintamu hanya untuk ku selamanya...

Tapi aku tiada daya...
Merindui diri mu tersiksanya batin ku...
Menyakiti hati mu tergurisnya jiwa ku...
Menyayangi diri mu...terbuainya harapan ku....

Mengapa kau istimewa..
Mengapa kau penawar duka...
Mengapa kau menyeri dunia....
Mengapa kau hadir memberi persona....
Mengapa kau jua ku cinta......

Selamat malam sayang...
Dan pabila pipimu dicium mentari pagi...
Sedarlah dirimu akan aku disini....
Sedarlah dikejauhan aku hanya mampu menanti....
Sedarlah bahawa dirimu..
Senantiasa dihati....

Monday, April 12, 2010

L.O.L.I.P.O.P. B.A.R.U.

Maaf...

Lolipop lama tu dah habis
Rasanya kurang manis
Warna merahnya dah pudar putih
Rasa nak buang tapi tak jadi
Pergi tong sampah
kutip balik
sayang masih
rindu masih.


Oh, ya...
Tapi semalam
dah jumpa lolipop baru
It tastes sweeter
and it's yellow

Tapi jangan risau
Pembalut lolipop lama
yang warna merah itu
masih selamat disimpan
Dalam kotak kasut
Bawah katil
Tinggal kenangan...

=)

burung putih terbang tinggi

kadang-kadang,
terfikir juga mahu lari dari semua
tapi tanpa semua aku bukan siapa-siapa


should i run and be nothing
or should i stay and be everything...
that im not.

Sunday, April 11, 2010

seorang aku

seorang aku adalah untuk seorang kamu

kejauhan.

Pertama kali kulihat kau menangis dari kejauhan,
kau dipujuk teman-teman.

Doaku pada Tuhan,
kumohon Dia tetapkan,
tiap kali kau dalam kesedihan.
ada teman yang menenangkan.

teman itu bukan aku yang kuharapkan,
kerana aku akan terus memerhatikan,
dari kejauhan.

-Sadis

Saturday, April 10, 2010

Jika Kau Tak Mengerti Lagi

Lagi sekali
Aku tak akan ulang lagi

Bila aku kata aku rindu
"I miss you"
Tak ada lain
Aku mahu kau tahu

Aku rindu kau
Benar-benar rindu kau
Aku mahu kau

Bila-kah waktunya
baru kita bisa bertemu
Kenapa kau diam
sedari tadi membatu bisu
Bagaimana kau bilang
kau sayang aku dulu
Di mana kau campak
ucap cinta kau itu
Siapa yang kau kata
paling ambil tahu tentangmu
masih aku-kah dia?
Apa-kah kita, sebenarnya?

Jangan lupakan aku
macam mana aku
tak pernah lupakan kau
tiap saat tiap waktu
tiap denyut nadi yang berlalu
tiap hembus nafas yang semu

Aku rindu kau

Lagi sekali
Aku tak akan ulang lagi.

Friday, April 9, 2010

sebenarnya.

i.
aku penat berlagak biasa,
bila kusedar kau ada.

ii.
degup jantung terus bertambah,
mungkin saja mahu pecah.

ciplak


Satu malam yang sepi, bulan turun bisik kat aku, "Kalau dia buat kau menangis, kenapa tidak kau tinggalkan saja dia?". Aku jawab, "Wahai bulan, sanggupkah kau tinggalkan langit malam kau?"

SINI

walhal kau lena dibuai zzz


& aku tak boleh
tak mahu
lena

sebab aku tak boleh
tak mahu
mimpikan engkau.

sebab cukuplah angan-angan siang.
aku tak sanggup dihantui di waktu malam jugak.

sebab aku takut gelap.
dan tiada lagi kau untuk temani aku.

sebab aku enggan kau temani aku.
aku tolak kau jauh.
kau bukan lagi teman aku
meski dalam mimpi dalam gelap.


zzzzinsomnia

Thursday, April 8, 2010

Untukmu



Andainya aku seorang pelukis sayang
Akan ku lukiskan padang yang luas untukmu
yang dihiasi warna warni bunga
dengan tabir langit indah berwarna biru
Biar kita tenggelam dalam dunia lakaran itu
Damai dan mendamaikan

Akan ku warnai dunia kita itu sayang
dengan warna warna pelangi
Seindah kasih sayang kita
Sesempurna perasaan cinta kita
Agar kebahagian ini kekal
Seperti lakaran indah itu

Sebuah padang cinta yang luas tidak bertepi
Berwarna warni disulami kasih sayang abadi

Wednesday, April 7, 2010

K.A.L.A.U.

Kalau aku dapat undur waktu
Pasti aku mohon satu
Agar aku tak pernah ketemu kamu
Kerna kalau saja itu berlaku
Mungkin tak se-gila ini aku merindu
Ya... rindu kamu
And that I just knew
When I first met you.


* Malam ini ke Frinjan Kampus Krawl di UiTM Puncak Perdana.
Mari-lah.
Berjumpa kita?

~0^_^0~

Tuesday, April 6, 2010

Cruel

She looked through the glass
wishing to be there
reaching out to touch the breeze
and dying to breathe the air
Her fingers felt cold
Her skin felt dead
The feeling was so real
She could taste it in her blood

The room was narrow
enclosing her body
there was only darkness
enclaving her like a baby
she suffocated in silence
dreaming to be free
in the coldness she fought
searching for the key

She thought of angels
and heavens and bliss
She thought of forgiveness
and kindness and mercy
She wanted to scream
and weep and cry
But she could only manage
a heavy sigh
She struggled so hard
with nothing to hold
In the end
she bowed to the world
surrendering her soul.


*... she lived her life behind the glass, longing to be free...*

Monday, April 5, 2010

pedih semalam.

semalam hati terlepas jatuh berkecai,
air mata tak tertahan jatuh berjurai,
cinta lama datang melambai,
aku yang lemah kembali rasa dibelai.

ah!

Pergi jauh-jauh.
Bangkai.

"sesungguhnya dia ada didekatmu, sesungguhnya dia adalah diriku"

setelah sekian lama aku disini
kau masih begitu
aku masih begini

kau tak pernah tahu tentang aku
tapi aku tahu setiap inci dari dirimu

dan percayalah aku tak mahu lebih dari itu,
aku cuma mahu...
jadi manusia halimunanmu

. Cinta (Dari syurga ke neraka).

Cinta yang kerapkali
Janji muluk manisnya
Berpimpin tanggan berdua
Bahagia selamanya di syurga
Tetapi kalau kisah didalamnya
Adalah gerak langkah ke neraka
Syurga abadi idaman para pencinta
Tak lebih dari borak bedek semata
Tatkala khalayal dalam penangannya cinta
Menanti tiba masanya menuju ke neraka
Bersama berdua sengsara di dalamnya.

Radang hati.

Manusia sekarang
Semuanya berdoakan redha
Dan bersenjatakan nekad
Sebelum sudahnya pasrah
Asal bukan kepala mereka
Menjadi galang ganti
Persetankan yang lainnya.

Fatigue

saat diri lelah dikejar dunia,
aku cuma mahu berbaring silang kaki
lihat betapa birunya langit
sambil gapai awan kapas putih lembut
dengan hujung jari

2.37 pagi

oleh Ahpeng Mohamad

dendangkan aku sebuah lagu lama,
untuk aku yang kelesuan.
biar aku lupa kehendak dunia.

3 batang orkid depan meja

Orkid depan meja ni


Dari tahun lepas ada di situ

Orkid putih mekar di hujung tiga batang

Masih sama tak berubah tempat

Kecil gaya itulah, besar pun gaya itulah

Tiada daya untuk membesar

Juga tiada kuasa untuk mengecil

Lama aku perhatikan orkid depan meja ini

Kelopaknya yang putih

Ada tujuh semuanya

Kembang dan menegak

Tertanam dalam pasu yang comel

Takkan berubah

Cantik...namun hanya palsu

Orkid tiruan ni buat aku tertanya..

Adakah aku pun begitu?

Teh o panas kurang manis

Aku minta teh o panas kurang manis


Kau kacau laju-laju

Aku cakap

Teh o panas kurang manis

Kau kacau lagi laju

Aku cakap

Teh o panas kurang manis

Tapi kau bagi aku

Milo ais

...apa ni?

Sunday, April 4, 2010

Suatu Ketika

Suatu ketika
Syaitan pernah tinggal di Syurga
dan siapa yang tidak pernah bertemu dengannya

tidak akan pernah mengenali Malaikat
ketika ia melihatnya

Jangan Pergi

Jangan pergi sayang
Aku tak sanggup berpisah denganmu
Kau hidupku
Kau nyawaku
Kau pelengkap jiwaku
Bagaimana untuk aku hidup tanpamu

Pegang tanganku sayang
Jangan lepaskan
Aku tak mahu ditinggal keseorangan
Aku tak mahu!

Tolong jangan pergi sayang
Jangan tinggalkan aku
Aku tak sanggup kehilanganmu :(

Saturday, April 3, 2010

3... 2... 1... Aku Cinta Padamu

Akhirnya terlafaz jua
Setelah termati kata
Setelah terbuku rasa

Akhirnya terlafaz jua.

3, 2, 1...
I love you
I do
.

=)

dear mr.stranger

can you teach me how to play your game
i need to win this
because the prize is YOUR HEART

pretty please.

Friday, April 2, 2010

You and Last Night

You started off with soft caressing touch
Lightly venturing every inch of me
You whispered loving words with every kiss
As your lips and your hands roam around free

The kisses were now long and deep
Your soft and light touches turned hot and heavy
You pinned me down hard on the bed
As you continued touching and rocking my body

I matched your rhythm, your breathing and your touch
It was hot, it was lustful, it was impassioned and fiery
I could feel all of you, your desire and your love
And even as I am writing this now
I could still taste you and feel you on me

silam aku menjenguk.

Tika aku perit berjuang di medan perang.
kekasihku bersenda di Pulau Mutiara.

kerana itu, aku putus cinta.

Thursday, April 1, 2010

Buat Pak Din Beramboi...

Akhirnya kau pergi jua...

AKu merasakn kehilangan...
Mereka pasti lebih merasakan ketiadaan...
Dunia kini sunyi seolah tiada kedengaran...
Akan tawa hilai...
Dan gelak gemalai...
Imbalan dek coretan lucu mu...

Suara jenaka mu...

Yang sering menemai sepi ku...
Santapan pagi kini kekurangan satu hidangan...
Hidangan halwa telinga...
Bauan aroma ceria...
Arusan alpha....

Akhirnya kau tiada...

Tiada lagi aku menantikan seraut wajah itu di kaca tv...
Tidak bernafsu lagi aku memutar radio kala pagi...
Hilangnya seri industri seni...
Malapnya kini...
Tak bermaya lagi...

Kau telah pergi....

Pergi mu tiada ganti...
Kau permata di kalangan permata...
Kau berkilau dalam kilauan..
Kau bersinar....sepancarnya sinaran...
Dan kau...
...satu tiada lagi gantian.....

Al-fatihah....

Moga roh mu dicucuri..
Dirahmati...
Di angkat tinggi...
Kerna budimu...
Terlalu tinggi...
Keikhlasan mu...
Terlalu suci...
Kehilangan mu...
Terlalu berbekas di hati....


Amin...

i get what im worth

walaupun itu bukan kamu...