Thursday, April 22, 2010

Memudar

oleh Ahpeng Mohamad

khayalkan aku dengan hari senja tak sudah
malap sedikit cahaya, melopong tanpa tutupnya.
titah-titah ini merantai roh,
untuk tempoh yang terlalu lama.
baki-baki barah yang masih subur.
injap usang mahu segera diangkat ke langit,
telanjang bersahaja, telanjang dari pahit dunia.
komponen-komponen perasaan ini terlalu angkuh,
untuk sebuah jasad yang tak lagi ada nyawa.
noktah ertinya tamat.

2 comments:

  1. Puisi dengan pilihan kata-kata yg cantik. Maknanya agak kabur tetapi emosi yg ditimbulkan drpd kata-kata pilihan anda sgt jelas. Mungkin kata-kata itu dtg tanpa dirancang dan anda sendiri masih mencari makna di sebalik puisi ini? haha saya hanya serkap jarang :)

    ReplyDelete
  2. haha. terima kasih naskah percuma. =)

    puisi ini datangnya dengan emosi sedih.
    berkisarkan tentang cebisan perasaan semasa yang sedang ditempuh. jadi mungkin itu buat ia sukar dipahami dari segi makna. =)

    terima kasih, saya sangat menghargainya. =)

    ReplyDelete