Wednesday, June 30, 2010

JIHAD CINTA

Dosa-dosa besar
Dosa-dosa kecil
Aku himpun ke pintu taubat
Mohon Yang Agung perkenan
Hapuskan segala pujukan Syaitan

Demi cinta aku turutkan hati
Demi kasih tiada yang berbaki
Walau belayar tidak sendiri
Masa silan tetap menghantui
Aku tak rela taubat tercicir sebelum mati

Hari-hari aku menongkah nafsu
Bersama jihad di dada
Tak ingin tergelincir dari kepatuhan
Walau payah aku gagahkan jua
Demi menambat cinta Yang Esa

Tuesday, June 29, 2010

S.L.U.R.P.E.E.

Kamu datang
macam Slurpee
warna hijau
sejuk segar
di tengah hari panas
waktu aku
duduk menangis
seorang diri
pegang bunga
mawar plastik tipu.

Kamu datang
macam Slurpee biru
bila aku
duduk termanggu
depan 7-Eleven
tatkala itu
Slurpee hijau
tiada dijual.
(biru pun okey juga)

Kamu-lah
Slurpee itu.


Terima kasih ya, kamu.

=)


Sunday, June 27, 2010

senja

senja
Buat aku rasa mahu pulang
Ke pangkuan keluarga

Bersama mereka
Kan ku habiskan malam bersama.

Senja
Buat aku rasa ingin sujud hiba
Kepadanya yang Esa
Pabila magrib jelang tiba.

format

Bahagian yang ada kamu.
Harapnya mampu diformat. Biar lenyap terus .
Hanya dengan cara itu, baru ada nokhtah
buat aku dan kamu.
Kan?

Thursday, June 24, 2010

The Time Traveler's Stalker II


Hey,
lelaki pengembara masa.

ketika engkau berang terlewat sedar saat matahari buka mata,
ketika engkau duduk sendiri di balkoni lihat awan beriring-iring,
ketika engkau merintih menunggu pergi dingin embun malam,
ketika engkau mengeluh hatimu separuh tak berisi,

dan banyak lagi ketika-ketika yang engkau lalui,

ingatlah,
aku masih ada,
terpencil di sudut dunia.

wow, hari jumaat yang indah ;)

Forza Mizzerri


Torino
Naples
Milan
Florence
Sardinia
Rome
Palermo

Dalam
Frasa

'Tears of Carnival'

aku mahu pergi

jika aku punya sehari cuma
Aku mahu dipelukmu tanpa bicara
Biar dengar degupan jantung kita seirama
Untuk kali terakhirnya

Dan..

sebelum aku lelapkan mata selamanya
Aku mahu kau berikan aku senyuman bahagia
Agar tenang aku pergi ke sana.

Jaga diri ya :)

Wednesday, June 23, 2010

catatan dari daerah malang

daerah malang itu,
sebenarnya tak pernah malang.
sebab setiap yang ada disana punya semangat teguh.
untuk terus mencari cinta walau cinta terus lari meninggalkan mereka.
mereka menangis dalam setiap doa mereka.
mereka merintih dalam setiap bacaan mereka.
mereka memohon dalam setiap sujud mereka.
tapi mereka tak pernah berhenti mencari cinta itu.
dan terus mempertahankan semangat yang ada.

daerah malang itu,
sebenarnya tidak pernah malang.
sebab setiap yang ada disana kaya dengan doa.
doa dari diri sendiri
dan doa orang yang diluar daerah itu
yang terkena serpihan semangat
yang mereka tebarkan tanpa sedar.

daerah malang itu,
sebenarnya tidak pernah malang.
sebab disetiap darah yang mengalir dari tubuh mereka
adalah sungai menuju syurga yang dijanjikan DIA.

tak mudah bagiku menyerahkan perkara yang mudah pada kau semudahnya

cinta aku mudah.
kau hanya perlukan percaya.
itu sudah cukup untuk buat aku mati dalam senyuman.
itu sudah cukup untuk buat bekalan hidup aku sepanjang zaman.
tapi percaya aku yang mudah itu bukan mudah pada kau.

aku bukan mencabar kau
tapi tak mudah bagi aku menyerahkan perkara yang mudah pada kau semudahnya.
takkan pernah mudah.

Friday, June 18, 2010

fifty-seven

ludahkan sahaja apa yang merintang,
biar puas tak ada sesalnya.
dengar bisik hati, lalu engkau suarakan
dengan lantang. suarakan dengan kemarahan.
tetapi punya isi yang tak akan siapa mampu menentang.
agar mereka terhantuk kuat.
lalu sedar salah siapa sebenarnya.
kerana walau aku yang tergesel luka,
engkau desak aku untuk mengemis maaf.
engkau terlalu dijinakkan.
sekali sekala, hati kita juga mahu menang.
terlalu kerap mengalah, jadikan kamu raja.
ingat, jika terlalu lama.
engkau raja yang akan kehilangan seluruhnya.
hati-hati ya.

Thursday, June 17, 2010

bola lagi

Jengah luar rumah,
lelaki pra matang ligat sepak bola sana sini,
Berangan diri sehebat Messi.

Messi?

agak-agak bila zaman kita angankan diri jadi Mokhtar Dahari akan kembali??

Wednesday, June 16, 2010

bangsa teroris.

Bangsa Teroris.

memuncak benci aku pada mereka
cuma uangku ada mengalir kesana

menebal cintaku akan Palestina
cuma bimbang ku ini munafik saja

-Sadis

Monday, June 14, 2010

JiKa Sahaja

Jika saya sayang....saya akan selalu hilang dari kewujudan...
Jika saya sayang....sikap ambil berat ini sering datang...
Jika saya sayang....saya memerhatikan...
Jika saya sayang....matanya membuatkan saya tenang....
Jika saya sayang....tanganya ingin saya selalu genggam....
Jika saya sayang....sakit di hati saya akan selalu pendam....
Jika saya sayang....saya sering mengizinkan...
Jika saya sayang....sakitnya menjadi sakit saya yang tak pernah hilang..
Jika saya sayang....saya diam dan berusaha menjadi tenang....
Jika saya sayang....saya membebaskan dia terbang....
.
.
Dan akhir sekali,
Jika saya mencintai....saya akan selalu melepaskan dia pergi...
.
.
Sampai dia kembali ke sisi...

Saturday, June 12, 2010

Bila banyak sangat dapat kad kawen...ni yang aku rasa..

Sementara mereka tidur dipeluk cinta
Aku terbaring kaku di ranjang

Ketika mereka bersarapan enak
Berhidangkan resah gelisah
Aku kelaparan di muka pintu

Sedang mereka diulit bahagia
Melewati minum petang
Aku duduk di pinggir jalan keseorangan

Bila matahari mula melambai pulang
Mereka tidak keruan menunggu lampu padam

Aku?
Aku masih duduk di sofa
Menekan punat-punat
Alat kawalan TV
Menanti hari esok
Yang entah ceria
Entah redup terselindung awan

Thursday, June 10, 2010

puisi untuk seorang aku

menjadi seorang aku itu sebenarnya kerja mudah
menjadi seorang aku untuk kamu itulah yang susah

...

dalam sebuah kisah yang bernama hidup ini,
akulah aktres terhebat yang kau pernah arahi
tapi sudah pasti kau tak sedari
kerna kau direktor yang kejam sekali
dan yang paling pedih bukan bila kau marahi
tapi bila kau paksa diri seorang aku ini
untuk memakai solekan yang tebal tak terperi
sampai jadi topeng yang tak bisa ditanggal lagi
jika ditoreh setitik darahpun tak mengalir di pipi
dan bila tersenyum air mata turut mencucuri
terlalu berat sehingga saraf sakit ikut terstimulasi

...

menjadi seorang aku itu sebenarnya kerja mudah
menjadi seorang aku untuk kamu itulah yang susah

semoga sukses. ucapan selamat untuk diri sendiri.

Wednesday, June 9, 2010

adik.

adik..
Jangan sekali main dengan hati
Mudah patah, bahaya.

Adik..
Jangan terpedaya kata buaya
Bahaya jiwa merana

Adik..
Jangan ikut kata hati sentiasa
Kelak badan binasa

Adik..
Jangan pernah benci cinta
Dia pemurah beri kita
Peluang ke dua dan seterusnya.

Monday, June 7, 2010

two sides of a coin

aku dan kamu sebenarnya umpama dua sisi duit syiling,
berbeza tapi mustahil dipisahkan.

namun sayang sekali,
itu semua cuma ada dalam ruang imaginasi
yang aku reka hanya untuk sedapkan hati.

...

if loving you is a mistake,
i wish i make this kind of mistake more often.

but love,
reality always begged me to do things right.
so, i have no chance to make even a slight, tiny mistake.

and i'm sorry for not brave enough to argue with reality.

Home

I want to go home
to that place that gives me hope
to that place that promises me a dream
that would come true one day
I want to go back there
and feel that calmness again
where the stars shine on me
and happiness fills me whole
I want to go home
to that love that completes me
to that heart that perfected my soul

Saturday, June 5, 2010

Pathetic Liar Loser

Puas hati kau sekarang
Menipu semua orang
Yang simpati dengan kisah sedih kau
Membazir air mata
Buang masa
Yang terjejas study pun ada

sebab
Merisaukan kau
yang menghitung hari mati
Jadi kau betul mahu?
Pergi-lah mati sekarang

Sebelum tu
kau minta ampun dengan aku dulu


*Aku bangga bila nama kau
tak ada lagi dalam list di sebelah ni
sial...

Thursday, June 3, 2010

kesakitan yang baik untuk aku

setelah malapetaka
perairan antarabangsa
aku berhiba.

puisi-puisi
tak mampu aku baca
tak mampu mendendangkan jiwa.

yahudi celaka!

-sadis

Wednesday, June 2, 2010

ex-lover

melecur hati
Bila tgk kau dgn dia.

Terbakar jiwa
Bila kau mesra bersama

rentung raga
Lihat kau tersenyum utk nya

Kerana kau, pernah ku punya.

Tlg..
Aku perlukan extinguisher sakti
Utk padamkan api kemarahan ini.

Tuhan...
sejukkan aku bila tiap kali aku lihat dia bahagia.