Wednesday, June 30, 2010

JIHAD CINTA

Dosa-dosa besar
Dosa-dosa kecil
Aku himpun ke pintu taubat
Mohon Yang Agung perkenan
Hapuskan segala pujukan Syaitan

Demi cinta aku turutkan hati
Demi kasih tiada yang berbaki
Walau belayar tidak sendiri
Masa silan tetap menghantui
Aku tak rela taubat tercicir sebelum mati

Hari-hari aku menongkah nafsu
Bersama jihad di dada
Tak ingin tergelincir dari kepatuhan
Walau payah aku gagahkan jua
Demi menambat cinta Yang Esa

1 comment:

  1. memberi pengajaran yg bermakna.
    kerana sayang, semua diturutkan, moga waktu itu sudah halal untuk kita, :P

    ReplyDelete