Friday, June 18, 2010

fifty-seven

ludahkan sahaja apa yang merintang,
biar puas tak ada sesalnya.
dengar bisik hati, lalu engkau suarakan
dengan lantang. suarakan dengan kemarahan.
tetapi punya isi yang tak akan siapa mampu menentang.
agar mereka terhantuk kuat.
lalu sedar salah siapa sebenarnya.
kerana walau aku yang tergesel luka,
engkau desak aku untuk mengemis maaf.
engkau terlalu dijinakkan.
sekali sekala, hati kita juga mahu menang.
terlalu kerap mengalah, jadikan kamu raja.
ingat, jika terlalu lama.
engkau raja yang akan kehilangan seluruhnya.
hati-hati ya.

4 comments: