Thursday, September 2, 2010

S.E.A.L.E.D.

Ini bukan janji kosong
Bukan juga cakap saja-saja
Ini bukan untuk sementara
Bukan juga setahun dua

Ini perjanjian
Kita kawan-kawan
Bukan setakat minggu berganti bulan
Bukan setahun sekurun
tapi sepanjang zaman
walau sampai nyawa bercerai badan

Ini janji bukan mainan

Sealed.

Bukan dengan darah
tapi atas nama
sumpah setia
persahabatan kita.

3 comments:

  1. ahhh...kawan2 kau..kawan2 aku jugak..
    ajun n angah itu macam la aku tak lepak.
    tapi mereka sombong da sekarang.
    sejak banyak berlakon ni.haha

    ReplyDelete