Sunday, December 6, 2009

garisan perak dihujung awan

awan hitam itu,
sembunyikan sang mentariku.
yang aku terima,
cuma serpihan cahaya perak dari hujung awan.

pergilah awan hitam,
aku rindu hangat pelukan sang mentariku.

menangislah sesukamu,
turunkan hujan itu.
bertempiklah sekuat hatimu,
sebarkan ribut taufan itu.

tapi janji pada aku.
selepas kamu menangis,
selepas kamu bertempik,
tolong pergi secepat mungkin.

pergilah.
aku rayu.

2 comments:

  1. tolong lah pergi dan tinggalkan pelangi.

    ReplyDelete
  2. itulah yang aku pinta sejak dulu.
    tapi si awan hitam degil sekali.
    sampai sekarang tak pergi-pergi.

    kira-kira ada tak mesin yang boleh menghalau si awan hitam pergi dari sini?

    =)

    ReplyDelete