Saturday, December 5, 2009

Home Improvement

Suatu hari, dengan begitu sahaja, 
mereka bercadang untuk tidak bersedih lagi.

Lalu mereka bangun seawal pagi, 
gosok gigi, pakai baju kegemaran. 
Melangkah keluar pintu, mereka dongak kelangit dan memuji langit yang biru. 
Hari yang baik untuk berjalan dan buat hal kesukaan. 

Mereka jumpa kawan-kawan, 
berbelanja sakan, 
mencuba makanan, 
melihat pameran, 
bersiar di taman, 
menonton filem terbaru dan tidak sedar masa berlalu.

Malamnya mereka bersukan, 
atau bergosip dengan rakan, 
hingga lewat malam dan pulang kepenatan 
dengan wajah dihias senyuman kepuasan.

Untuk sebuah hari yang sempurna, 
ditemani kenalan atau berseorangan.

Tanpa Dia dan Dia disisi, 
walaupun untuk sehari.  

3 comments:

  1. tanpa Dia? adakah Dia itu Dia? mereka tidak membawa Dia? tapi Dia tetap ada kan...

    salam blogos. bisakah saya menjadi penyumbang?

    ReplyDelete
  2. irza - saya perlukan alamat e-mail awak. Jika berminat turut serta. Hantar kesini: thechalatchalat@gmail.com

    ReplyDelete