Saturday, February 27, 2010

RE : kepingan hati

Sudah bertemu 'gam' baru
Tapi parut peninggalan kau
masih jelas
masih degil
masih di sini
masih di sini

boleh berdarah kembali.

Sunday, February 21, 2010

share itu care

I

Suka atau not.
Ada yang kita
have to kongsi.
Dan itu are
sun dan bulan.


II

Let's share more than that.
More and more and more.
Kalau lah ada more-r
dan more-st.
Let's share
and care
as a pair.

Saturday, February 20, 2010

Bukan Aku

Malamku sunyi
Hatiku bercelaru
Jiwaku kosong

Sedih
Rindu
Hampa
Kecewa

Kenapa aku rasa begini?
Bukankah ini keputusan ku?
Bukankah ini kemahuan ku?

Logik akal fikiran tidak sama dengan kehendak jiwa dan hati...

K.E.M.B.A.L.I.

Kamu kembali ke situ
Tempat kita duduk bersama selalu
Tempat kita main kejar-kejar dulu
Ke situ
Kembali kamu...

Dia kembali ke sana
Dari mana datang ia
Janji Tuhan pasti ditepati-Nya
Ke sana
Dijemput sudah dia...

Ke sini aku kembali
Terus mencari.

Tak pasti.

Friday, February 19, 2010

Persoalan Buat Komplikasi Diri

Lewat ini, selalu terjadi,
perkara hitam yang dilalui
menegah perkara putih yang diingini.

Situasi sekarang hanya dipagari penjara yang tinggi.
Perkara-perkara yang mampu dilakukan
kini berdebat sesama sendiri.
Khuatiri itu, khuatiri ini.

Bukannya sombong dan meninggi diri.
Cuma takut sekecil kehadiran,
buatkan tawa terhenti.

Tapi sampai bila
balasan SMS pendek,
jumpa tanpa bertegur sapa?

Sampai bila?

Rasuk.

Pada segala misteri janji
Yang dulunya kau pegang
Tapi kau sendiri mungkiri
Sumpah akhirnya makan diri
Dalam tawa galak tinggi
Berubah suara dan jegil mata ngeri
Ku tahu kau bukan dirimu lagi.

Thursday, February 18, 2010

Platonic Love


Bukannya lemas dalam bisikan penuh rayu.
Bukan pada tatapan indah bebola mata.
bukan juga dalam dakapan hangat nafsu membakar.

Aku cuma ingin ada dalam hati kamu.
Saat ini,
dan hingga tiba saat,
yang tak mampu aku bilang lagi.


oh wow, entri ke-400. Stam, tak ada bonus ke? ;))

Wednesday, February 17, 2010

Benci

Aku benci lelaki itu
Mengambil kesempatan atas kelemahan kaumku
Lelaki yang hanya pandai bermain kata
Tidak punya perasaan
Tidak punya emosi
Hanya satu kehendak
Satu kemahuan

Aku benci lelaki itu
Lelaki yang hanya mahu seks
Yang hanya mahu puas
Yang gila mengikut nafsu

Aku benci lelaki itu

Aku benci

Rusuk milik Sang Hawa

Terbaring aku di perbaringan
Merenung kipas
Menanti azan senja

Teraba-raba aku
ke kiri badan
berkira-kira
pada siapakah rusukku ini?


Dewi

 = Perempuan dengan perhiasan parut silam tidak kelihatan disebalik terang.

rintisan

sesuatu bersembunyi disebalik mentari..
perit mencari..
hatikecilku pergi..
tak mungkin kembali lagi..
bekasnya menunggu sepi..
kerna hatikecilku,bekasnya setia didustai..
hidup sepi yang tidak bererti...

Tuesday, February 16, 2010

Tuhan Cinta

Penuh siksa,
aku menutup mata..
Menekup pandangan ke dunia..


Namun


renungan itu,
Buatku yakin ada cinta..
Hati berkalis air mata,
Jiwa seputih syurga,
Berkilau bak suasa...
Mengalir lembut...

Mata terpana,
lantar tertitip doa..


Tuhan...peliharalah aku,
dari tersembah pada sumur noda..
Terkutuk aku,
jika khilaf pada godanya..


Tuhan...andailah aku bisa,
Lebih adil pada cinta kau..
..dan dia..


Aku bukan sempurna,
penuh calitan dosa...
Aku pun selalu berharap,
miliki kau lebih dari dia ..


Namun akubukan sempurna....
Seperti yang aku kata..

Gami,


Kalau kamu kumbang,
Mestilah si dia menjadi sang bunga,






Dan biarkan aku,
yang menjadi madunya.

.

Monday, February 15, 2010

Bukan Hal Mudah

Bukan hal mudah
Untuk aku sembunyikan
Perkara yang jelas di mindaku

Bukan hal mudah
Untuk aku nafikan
Perkara yang benar di hatiku

Bukan hal mudah
Untuk aku tidakkan
Perkara yang tulus di jiwaku

Bukan hal mudah
Untuk aku palingkan pandangan
Daripada cinta yang membunga di hati

5 minutes of Serenity

Ku nyalakan api
Ku biarkan ia terbakar

Satu
........
Dua
........
Tiga
........

Sedutan yang penuh nikmat
Hembusan yang terus menghayalkan

Aku tenang..

Masih Lagi Cinta..

Masih soal cinta..
Kerna cinta terlalu gila..
Manusia maju mundur dek cinta..
Terbang hilang..
Rebah menjunam..

Masih soal cinta..
Cinta kompleks untuk diduga..
Semalam kita sengketa,
hari ini diam tanpa suara...
Besok mungkin kita bercengkerama...

Masih cinta...
Diikat janji setia..
Disulam lafaz asmara..
Ditampung picisan sendiwara.....

Masih cinta...
Walau antara kita berdua...
Dalam aku ada dia......

Garis Temu.

Dunia hidup kau dan aku
Saling terasing antara satu
Tapi dalam soal cinta
Anehnya kita mampu
Berjumpa garis temu
Sama mengerti tahu
Apa yang dimahu.

I wish

I wish to have a white canvas before me
And a box filled with mystical colours
So I can paint my life the way I want it to be
And have that moment for once on a bed of roses

I wish to have the book of my life before me
And a pen sent from Heaven
So I can rewrite what has been written
And live life again on the path that I have chosen

Saturday, February 13, 2010

V.

valentine kali ini.
aku mahu tutup gate kunci pintu.
switch off lampu dan duduk senyap-senyap dalam kelambu.
aku mahu lari dari dunia penuh merah jambu teddy bear bunga bunga ros merah
konfeti bentuk hati dan manusia berpasangan.

aku mahu disenyapkan dimatikan dihilangkan.
hari itu sahaja.
kerna kau tiada
kau sedang dengan dia.

Friday, February 12, 2010

K.A.N.D.A.S.

Meeting, driving, talking, stopping, buying, continuing, laughing, discussing, rehearsing, arguing, hesitating, singing, yawning, arriving, setting, shooting, swimming, drowning, realizing, checking, packing, panicking, losing, trying, searching, worrying, burning, looking, calling, waiting, joking, chatting, picking, fanning, waving, welcoming, receiving, leaving, driving, eating, fueling, singing, talking, laughing, arriving, sleeping.

Thursday, February 11, 2010

Buat Kuntut ku..

Maafkan aku sayang...
Menjadi seorang yang tidak menghargai kamu...
Aku menafikan kasih sayang kamu..
Malah melupakan tiap pengorbanan kamu...
Selama kau menyayangi ku....

Maafkan aku kasih...
Perasaan ini seperti merantai hati kamu...
Perhubungan ini terlalu menyiksakan kamu...
Setitis dari cintamu...cukup membahagiakan aku..
Sebesar mana pun kasih ku .....tapi aku tak mampu...

Maafkan aku cinta...
Menyebutnya saja aku rasa berdosa....
Mengharapkanya jua buat aku merana....
Mengimpikan cinta kita bersama, aku berendam air mata...
Mengangankan bersatunya dua jiwa, apakah aku bisa...

Maafkan aku sekali lagi...
Ingin aku menggapai awan biru...
Ingin terbang ke dada langit malam...
Ingin memetik kejora yang berkilauan....
Semuanya terlalu tinggi..terlalu sukar untuk aku miliki...

Sedangkan aku tahu....
Di situ syurga...
Di situ bahagia...
Di situ terciptanya rasa yang paling beharga...
Di situ hanya kau dan aku pemiliknya....

Abamal...
Maafkan aku menyiksa hati mu...
Hukumlah aku, andai itu satu-satunya penawar luka mu....
Dan bila angin malam membelai di pipimu..
Itu suara kerinduan ku....
Pada renungan keanak-anakkan mu....

Tuesday, February 9, 2010

hatikecilku

hatikecilku..
hilang menyepi sendiri..
bekasnya curiga..
terbayang kemusykilan di mindanya..
melayang-layang di angkasa raya..

satu cakerawala binggung dengan kehendaknya..
datang belenggu menghempap bekasnya..
jasadnya hilang kawalan..
rohnya gagal memerintah..
keputusannya berpisah..
gagal bersama...

punah segala direka..
mengharap hatikecilku kembali.
kembali mesrakan jasad serta rohnya..
agar kasih bersemi lagi..

Ini bukan seks.

Lu senyum. Lu sapa. Lu datang. Lu sentuh. Lu cium. Lu pergi.

Gua, terkulai. Lemah.

Monday, February 8, 2010

17sx

Kala malam kunji memanjang

lalu masuk dalam lobang.

-.-

hish budak zaman sekarang

Sunday, February 7, 2010

M.A.L.A.M.

Malam ini
Kantuk lambat menjenguk
Berjam lamanya sudah ber-Facebook
Saya sudah jemu dengan rasa yang menjeruk
Kali ini bukan sebab kamu.

Lagu berlagu jiwa diketuk
Oh bintang pulang-lah padaku
Kerna ku tak bisa kesepian
Itu dendangnya rakan baik saya
Band Manis namanya
Tapi puisi ini bukan kerana lagu ini
Hanya kerana tajuknya malam.

Malam... terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu
Oh malam... hati bisa rasa sunyi
Jiwa gelisah dan sepi
Hilang rindu hati...
Senyum-senyum bunga kuntum
Mekar sekadar mengharum
Yang ini dari Shades
Saya cuma nyanyikan.

Okey, saya bosan
Mengantuk sudah datang.

Saya janji tak mahu mimpi

.... kamu lagi.

Saturday, February 6, 2010

Puisi Kerek

Langsung saja 

beritahu,
sudahkah ketemu laki-laki interesting

yang lain 

selepas aku?

Friday, February 5, 2010

pena ajaib dengan dakwat hujan melukis hati warna pelangi

dear love,
semalam waktu aku rindukan kamu,
aku keluar berbicara dengan hujan.
dia bilang kamu juga rindukan aku.
aku tak percaya.
sebab aku tahu kau sedang bahagia disana.

hujan kata,
"cuba kau masuk kedalam hatiku, nanti kau dengar lagu cinta dari si dia"
aku pergi.
disana aku lihat pena ajaib menari-nari menulis not-not cinta dari kamu.
hati hujan yang sejuk dari luar.
rupanya berwarna pelangi didalamnya.

tapi love,
aku tak akan tertipu lagi.
not-not cinta itu bukan dari kamu.
aku tahu.
sebab di sebalik warna pelangi itu,
aku lihat air mata si hujan.
menjadi dakwat menulis not-not cinta yang kononnya dari kamu.

Thursday, February 4, 2010

Breathing.

Di dua negeri yang terpisahkan
kita cuba menyapa sahut
pada kenangan yang dikristalkan.

Bertuahnya kita sayang
masih disempatkan menikmati
pemberian untuk berada disisi.


nora bahari
2/2/10
melaka

menumpang K.A.S.I.H

tiap detik yang berdetik
saya nantikan panggilan dari awak;
tiap saat yang berlalu
saya nantikan suara lembut awak memanggil nama saya;
tiap minit yang berjalan
saya nantikan senyuman awak;
tiap jam yang pergi
saya nantikan kehadiran awak temani saya;

Sesunguhnya tiap masa yang mendatangi saya
tidak lengkap tanpa awak

Sesungguhnya dapat menatap mata awak
barang ketika sudah memadai bagi saya

Selayaknya itulah sebaiknya untuk saya
yang hanya menumpang kasih.


~ketika diri ini cuba memahami kondisi dirinya~

For Sure?

I'd walk a million miles
for you
Swim the deepest oceans too.
But tell me to get a job?
I'll die trying.
And if I die,
how would we be together?
But sure,
I'd enslave my live,
if it's for you.
I just need to know,
if you'll love me
for sure.
But how would
I know?

Wednesday, February 3, 2010

neslo ais mahal

membicarakan
impian
dan
harapan
di restoran kegemaran
al nur idaman
bersama kesayangan,
lalu kesejukan
dalam hujan.

Tuesday, February 2, 2010

...bayangkan.

bayangkan.
kau berdiri di tengah ruang kosong.
dan secara tiba, 2 panah tepat menikam jantung.
dari belakang.
dan kau tak sempat toleh.
terduduk. merengkok. mohon sedikit ehsan dan kasihan.
mohon belas untuk di selamatkan.
degup jantung kau terhenti. nafas tersekat dan the last thing kau dengar
gelak ketawa kepuasan seorang perempuan.
dan lelaki yang kau kenal.

Cold.

Gua kesejukan.

Tolong selimutkan gua dengan cinta dan rindu atau mungkin sex agar kita terus hangat dan membara.

Monday, February 1, 2010

B.E.L.L.I.S.S.I.M.O.

You're something beautiful
Indah...
Manis...
The beauty within
Nothing can compare
Walau hujan datang
Ribut menjelang
Senza te
I can still live and breathe.



Hell yeah...
I don't need you, stupido
Non desidero tu qui con io.


Tak perlu kamu.

Terima kasih.

UNTUK HATI JASAD MATARI.

.
.

pagi pagi icy,
kenapa angin bertiup dan berhenti?
kenapa gelisah mampir dan pergi?
kenapa jasad matari cemburukan bumi?
petang petang spicy.

.
.