Sunday, February 7, 2010

M.A.L.A.M.

Malam ini
Kantuk lambat menjenguk
Berjam lamanya sudah ber-Facebook
Saya sudah jemu dengan rasa yang menjeruk
Kali ini bukan sebab kamu.

Lagu berlagu jiwa diketuk
Oh bintang pulang-lah padaku
Kerna ku tak bisa kesepian
Itu dendangnya rakan baik saya
Band Manis namanya
Tapi puisi ini bukan kerana lagu ini
Hanya kerana tajuknya malam.

Malam... terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu
Oh malam... hati bisa rasa sunyi
Jiwa gelisah dan sepi
Hilang rindu hati...
Senyum-senyum bunga kuntum
Mekar sekadar mengharum
Yang ini dari Shades
Saya cuma nyanyikan.

Okey, saya bosan
Mengantuk sudah datang.

Saya janji tak mahu mimpi

.... kamu lagi.

5 comments:

  1. kamu lagi..
    yang pantas datang
    dalam mimpi-mimpi aku

    kamu lagi..
    yang pantas sedarkan aku
    dari mimpi yang panjang

    kamu..
    ... kamu lagi


    (maaf, aku hentam saja)

    ReplyDelete
  2. hehe... boleh, tak ada masalah... =)

    ya, kamu lagi... tak pernah habis tentang kamu itu...

    ReplyDelete
  3. separa sedar, rupa-rupanya aku pun terikut nyanyi lagu shades itu!!

    ReplyDelete
  4. Boyfren tak bukak Facebook? XD

    ReplyDelete
  5. boyfriend? i dont need one... thanks...

    ehh...siapa pulak yg cakap this is about a guy?

    hurm...

    ReplyDelete