Friday, February 5, 2010

pena ajaib dengan dakwat hujan melukis hati warna pelangi

dear love,
semalam waktu aku rindukan kamu,
aku keluar berbicara dengan hujan.
dia bilang kamu juga rindukan aku.
aku tak percaya.
sebab aku tahu kau sedang bahagia disana.

hujan kata,
"cuba kau masuk kedalam hatiku, nanti kau dengar lagu cinta dari si dia"
aku pergi.
disana aku lihat pena ajaib menari-nari menulis not-not cinta dari kamu.
hati hujan yang sejuk dari luar.
rupanya berwarna pelangi didalamnya.

tapi love,
aku tak akan tertipu lagi.
not-not cinta itu bukan dari kamu.
aku tahu.
sebab di sebalik warna pelangi itu,
aku lihat air mata si hujan.
menjadi dakwat menulis not-not cinta yang kononnya dari kamu.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. *clapping in the rain* gud one

    ReplyDelete
  3. ain
    ;)))

    niz
    dont just clap.
    lets dance!!
    tq =)

    rogerhater
    menangislah.
    tiap kali kau menangis, hujan juga menangis bersama.

    ReplyDelete