Sunday, May 30, 2010

peribahati

Kalau tidak mampu kau jaga,

mengapa dulu kau ambil?

Memori lensa baru

Dalam otakku sekarang kosong
Sekosong isi memori lensamu
Telah kau campak jauh
Sekeping-sekeping
Susuk kenangan kita dulu-dulu
Kau telah dapatkan memori lensa baru
Yang hanya untuk mengisi
Kenangan kau dan perempuan itu

Saturday, May 29, 2010

L'Oreal

Kau hanyalah perempuan perempuan munafik yang datangnya hanya untuk menipu mata mata lelaki yang essentrik

Dan kau wahai perempuan munafik

Mari kesini dan basahkan celah rongga kehidupanku hingga sampai jatuh lendirnya ke bumi

mute boyfriend

mengapa?
Hanya tiga perkataan itu saja
Kau tak pernah lafazkan?

hilang

kalau dah hilang sekali,
memang payah nak kembali,

kalau datang pon,
tak serupa, tak sama,
sampai bila-bila,

selagi ada, jangan leka,
pegang erat-erat,
sampai mati,
baru puas hati.

Friday, May 28, 2010

Bidadari.


Bawa aku keluar

Dari kurungan puaka

Biar ku mengenal dunia

Dengan segala macam ragamnya

Setelah itu tinggalkanlah aku

Ku berjanji takkan menyumpahmu.

P.U.L.A.N.G. D.U.L.U.

Tiap kali kubuka lembaran ini
Pasti ada bicara hati pedih merintih
Pasti ada jiwa luka yang meraung
Semua tulisan di sini berbau emosi
Tulisan manusia-manusia sakit
disebabkan cinta
Haha... *aku ketawa geli hati
Kerana aku antara satunya

Jadi cinta itu luas
Sudah lama kulihat tapi sengaja tak peduli
Cinta yang itu sucks
Buat apa kau tunggu lagi
Cinta yang satu ini kan ada
Tak perlu lagi dicari
Aku ingat pada mama
Aku lupa sakit yang menggila

Lama tak bertemu
Esok akan dapat ku peluk kamu
Mama yang ku rindu...


Hingga satu waktu itu
Lama juga...
Sampai kita ketemu...
Hey, kamu... aku pulang dulu... =)



pelik aneh ganjil

pelik
Bila kau pandang aku.

Aneh
Bila kau senyum padaku

Ganjil
Bila kau berbicara denganku

dan bertambah pelik, aneh, ganjil
Bila kau kata kau cinta aku

Kerna kau..
Kau yang berhati batu

patutlah kurus.

Menu hari-hari : Hati sendiri.

Thursday, May 27, 2010

Keriuhan yang Hilang

Di ruang petak putih
Terpalit kenangan kita
Pada hari ini
Tarikh yang sama
Tahun yang berbeza
Pita pernah terakam
Namun telah aku padam
Tidak mahu mengenang
Ruang petak itu
Pernah riuh dengan kenangan
Sekarang sunyi
Satu.....satu
Kenangan pergi
Takkan kembali
Takkan terulang lagi
Dan untuk kamu
Selamat hari jadi
Ruang petak yang pernah jadi saksi
Kini sepi
Kerana 'KITA'
Tidak wujud lagi...

The Time Traveler's Stalker


Belum lagi jemu mengintai dari celahan awan,
jangan sampai awan lebur aku sirna dihembus angin.

Hey, pengembara masa
aku pujuk awan berlari redup lindung engkau
daripada kejamnya ultra lembayung
yang menggigit setiap inci kulitmu

aku rayu awan kirimkan titis-titis hujan
buat kau redakan konsekuensi amarah alam
supaya kau sentiasa nyaman
terlukis senyuman di wajahmu
jadi belahan jiwa angan-angan
yang tak pasti di mana penghujungnya.


Ya, semuanya sementara aku masih belum jelak mengintai.

selamat bercuti 3 hari ;)

Puisi Pantas Pendek : A Place Where Word is Our Friend

The Pennyroyal Words

Aku tidak punyai jari jemari yang sangat hebat semata mata untuk menghiburkan kesunyianmu dengan lagu lagu post rock yang bisa membuatkan jiwa mu menangis.

Tapi

Berikan aku sedikit airmata mu itu untuk ku minum dan kemudian tepat jam dua belas tiga puluh sembilan minit malam nanti,malaikat apollo itu akan datang dengan gitar zaman kegelapannya untuk menghiburkan hatimu yang telah mati dua puluh tujuh tahun yang dahulu.

Wednesday, May 26, 2010

paradoxsux

I want nothing but you.
But you,
you want everything but me.

pesanan

kalau dah hati tak pasti
katakan cinta jangan skali

Kalau dah hati kata cinta
Pastikan ianya nyata

Kalau setakat nak suka-suka
Kau jangan nak mengade.

Tolong Jawab Aku

Kalau aku kata aku rindu
Mungkinkah kita menjadi satu?

Kalau aku kata aku cinta
Dapatkah kau tidur lena?

Kalau aku kata aku rasa bahagia
Tahukah kau, kau adalah punca?

Kalau aku tak benarkan kau pergi
Adakah kau tetap angkat kaki?

Pencinta Paling Agung

Dan pada setiap detik masa yang berlalu aku merasakan kehadiranMu,
Yang membentuk sifatku dengan seni halusMu,
Yang Kau hadirkan menerusi ujianMu.

Aku jatuh, Kau sambut aku (dengan hidayahMu).
Aku sendiri, Kau peluk aku (dengan kasih sayangMu).
Aku menangis, Kau hadirkan rasa lega di segenap urat nadiku.
Aku merindu, Kau tunjukkan jalan untuk aku mendekatiMu.
Aku mahu cinta, Kau berikan aku cintaMu yang tiada terbanding.

Dan pada setiap butir ayat kitabMu yang mengandungi hikmah,
Kau berikan aku rasa tenang yang meresap ke kalbu.
Dan pada setiap sujud aku meminta sesuatu daripadaMu,
Sentiasa Kau mendengar dan membimbing aku.

Kau memberi jika itu yang terbaik buatku.
Dan menjadikan aku redha jika itu hanya memudaratkan aku.
Apalah lagi yang ingin aku sesalkan dalam hidupku,
Jika setiap yang terjadi adalah takdir untuk menguji keimananku.






Tuesday, May 25, 2010

God and me.

I am a total idiot.

But I am pretty sure God still love me.

-Sadis.

puisi mudah biasa

jika aku kain putih
Aku mahu kau pelukisnya
Naik seri aku dengan hasil tanganmu.

Monday, May 24, 2010

karmasial

The heartbreaker's heart has been ... broken.

COFFEE

Aku gila tanpa kamu
Aku boleh hilang akal
Bila kita tak bersatu
Aku kalut
Bila kita dihalang waktu
Sungguh aku tak tahan
Aku rela khayal dari berjauhan

Mukabuku

definisi

cinta..
Adalah perilaku memaafkan
Yg tiada berkesudahan

Serta..
Pandangan lembut yg jadi tabiat harian.

Sunday, May 23, 2010

Cantik selamanya,

"Di mata kamu, aku ini apa ?"
"Kau, sekuntum mawar --"
"Mawar ?"
"Mawar plastik,"

Bibir ku bergetar,
mata menahan empangan dari runtuh,
dan suara ku tertahan tahan
aku gagahkan bertanya lagi,

"Apa, mawar plastik sahaja ?"

"Kamu mawar plastik,
yang duri duri mu tidak pernah menyakiti aku,
yang terus cantik berwarna merah,
dan tetap engkau tidak pernah akan layu
walau beratus abad kamu aku genggam dalam jemariku, "


.

memo to juliet

dear juliet,

Pls tell romeo that love hate him
Because he didn't give love a second chance
To hit him again
After you die.




*inspired by john loo

Saturday, May 22, 2010

Shakespeare Meets Queen

All the world's a stage
Full of sound and fury
And then is heard no more
Empty spaces and abandoned places
Signifying nothing

But the show must go on.

On and on.
kasih..
Jangan sentuh aku
Semua ini ku bungkus elok
Untuk Hadiah mu
Bila sah jadi suamiku

aurat

sikit benar benang di badan mu,
Rapat benar neraka jahanam di jiwamu.

Friday, May 21, 2010

conceal

ahh, kau -

seronok bukan
lihat aku
mati pelan pelan.

conspiracy of silence

bila yang terbaik adalah mendiamkan diri dan menghilang pergi

Selimutkan aku

These frustrations I'm having are too cold.
I need a blanket for it.
Please, cover me with yours.
Though it is better later rather than never,
it is always best sooner.
Because as the clock ticks,
I'm slowly losing my warmth,
shivering profusely as every second turns to minutes.

excessive desire

i hope this simple hello will end up with a tough good-bye.
because i dont want to be the girl that you forget about and die.
yes i'm a greedy sapiens and with all my might i must try
not just to be 'with you', but 'in you', i promise i will vie

Thursday, May 20, 2010

P.R.O.M.I.S.E.... E.H.?

"Darling...
No matter what happen
You'll always be my only one
Til' the end of time
We'll be together forever
That's my lifetime promise to you
I swear..."

Bla... bla... bla...

Aku senyum manis
Dalam hati
"Fuck off....!"

kau seperti ini dalam bayangan aku.

aku gengam kemas botol Barbican.
aku hentak keras ke kepala kau.
kaca berkecai menyerpih ke udara.
darah mengalir menitik terseksa.

puas.

aku buka mata
dan senyum seperti biasa.
depan kau, kawan.


-sadis

Wednesday, May 19, 2010

Bising

Bunyi itu mengganggu lagi
Aku benci mendengarnya
Memekakkan telinga
Menjadikan aku tak tentu hala.

Aku terus buat tak dengar
Persetankan dia
Aku tidak akan mengalah
Aku tidak akan tunduk pada kemahuannya
Pergi!

****
****
****

Aduh!
Berbunyi lagi dia
Salah aku juga
Membenarkan dia begitu
Aku tahu dia tidak akan berhenti
Aku tahu dia akan terus berbunyi

Argh! Akan aku campakkan kau ke dalam tong sampah lepas ni alarm clock!

kesalahan fatal

meninggalkan dan melepaskan...
KAU.


...


but luckily i learnt how to do CPR
or else i lost you forever

can i let you go again, and save you all over again?
and again, and again, and again...

debu

bersiap menjadi
perempuan yang
pernah hancur
berkali kali.

teka silang kata

i found a crossword,
the clue is LOVE.
i put your name,
and it fits,
just perfectly.


coincidence or confidence?

Hadirmu..

sayang
setiap hari hatiku berbunga

kasih
setiap masa bibirku tersenyum

cinta
aku tenang bersamamu

rindu
hanya kau di hatiku

hilang

pernah rasa
hendak hilang?

bilamana kewujudan
kamu tidak
dipedulikan,

aku pernah.

putus cinta tipu

tangan mencapai, tak sampai
Hati merangkul, pilu.

Kau pergi tinggalkan aku
Tanpa sebab kau buat begitu.

Aku disini terdiam bisu
sungai mata kini teman ku

Cuba mengingat suara,
kenangan, juga janji mu.



Rupanya,
Kau dah ada perempuan itu.

Tuesday, May 18, 2010

Proposal

Hi

Would you marry my parents, my family, my friends, my life

and my whole existence? 


Monday, May 17, 2010

memory

when there's come a lonely momment
Slow the tears will flow
Remember all the sweet nor bitter past
That went thru my mind
And in my thought.

C.U.R.E.D.

I'm a person
who awaits love
Though I know it never comes
I keep waiting
I never give up hope
Though this is all bullshit
and hope is
the most uncertain thing
but it gives us a light
to never stop praying.

I cannot bare this pain alone

Hilf mir fliegen...


I know you're there...

Sunday, May 16, 2010

Hoping for Hope




In reply to

Hope is never a good thing
It gives you something to hold on to
A false sense of security
Hope is a belief that blinds you
Holding your hands when you want it to
But in the end
Hope will just walk away
And leave you broken
damaged and hurt.

Hope is the one thing that keeps me alive, but hope is also the one thing that scares me to death, because I know if I fall, I will never be able to get up again...

:)


Aku suka berangan
lesung pipit kau; kau tayang
istimewa buat aku seorang.
Namun harus aku terima hakikat
senyuman kau terpaksa aku kongsi
dengan ramai lagi.

Saturday, May 15, 2010

J.A.L.A.N. - J.A.L.A.N.

Jalan-jalan
Pusing-pusing
Jumpa orang
Makan-makan
Sembang-sembang
Beli-belah
Gelak-gelak
Balik rumah

...dan kamu juga yang aku ingat
tak pernah lupa...


=)

Friday, May 14, 2010

fuddy-duddy

aku tiada kompas magis untuk menunjukkan dimana kamu
aku tiada peta ajaib untuk ku navigasi titik berdiri kamu
aku juga tiada tikar terbang untuk membawaku ketempatmu

percayalah, aku tiada apa-apa...

aku cuma punya bau kamu
dari sehelai kemeja-T yang sembunyi-sembunyi kusimpan sejak dulu

dan hidung setajam kucing hutan
yang hanya bisa mengesan bau kamu tanpa bosan

jadi tolong,
jangan mandi...
nanti aku,
hilang kamu.

dia hanyalah sejauh doa

mata melilau mencari,
kaki mengejar yang tak pasti,
hati berdetak laju tak mahu berhenti.

bila ditanya kenapa begini,
tiada jawapan yang ditemui,
semuanya sepi menjadi misteri.

berhentilah mata dari mencari,
berhentilah kaki dari berlari,
berhentilah hati dari berbunyi.

biarkan bibir bergerak sendiri,
nyatakan semua yang tersembunyi,
kerana dia hanyalah sejauh doa. pasti.

Thursday, May 13, 2010

tiara.

Aku bikin tiara tercantik ini buat kamu puteri.
kamu tak tahu aku penciptanya.

kerana yang menyarung itu putera lain.

-sadis

Wednesday, May 12, 2010

darah dan teguh

dan sekali lagi
Hati kau ku toreh
Berdarah pekat merah

Tapi kau?

Masih tersenyum
Penuh kasih
Ke arahku.

Bodoh!

Tuesday, May 11, 2010

Tahi Bintang

Selepas waktu manusia terjaga
aku suka berjalan 
di jalanan.
Lalu bayangkan
hanya tinggal aku seorang sahaja
daripada kalangan mereka.

Tapi kau pula
sedang tiduran tiduran.

sayang sekali moto kapcai pun tak sudi langgar kau

Hari ni lepas kelas, aku lekas melintas.
Takde rasa nak naik jejantas.
Dengan harapan akan ditabrak lori Petronas.
Sebab aku yang culas ni dah malas.

Monday, May 10, 2010

Dari dalam musolla.

Siangnya
di musolla tepi jalan itu
aku terjumpa seorang wanita
dalam balutan telekung
teresak-esak
mengalun kalimah-kalimah tuhan
diriba lena anak kecilnya ketiduran.

Indahnya suara
tersusun cantik tajwid dibaca
penuh khusyuk memuji Yang Khalik.

Hingga tiba asar
terdengar bisik pada anak kecilnya
“bonda sudah kenyang anakanda, siang ini DIA masih sayang pada kita memberi rezeki menghadapnya.”


nora bahari
asar
melaka

Sunday, May 9, 2010

Breaking upz

Pabila rindu bertandang...
Saat itu air mata mulai bergenang...
Pabila perasaan dibuai...
Inginku hempaskan bingkai nostalgia.......
Agar ia terhempas dan terus berkecai..

Amatur.

Kamu bilang aku cukup manis bila berbicara.
Kamu bilang lagi aku cukup menerima buruk baik perilaku diri kamu.
Malah kamu bilang aku terlalu cukup untuk membahagiakan.
Dan kamu bilang juga segalanya sudah cukup sempurna.

Tapi aku ini masih amatur untuk menyelam cinta kamu.
Memahami kamu bukan untuk sehari dua.
Menyayangi kamu bukan untuk suka-suka.
Malah berkasih bercinta bukan sekadar nafsu serakah.

Aku tetap amatur dalam cinta kamu.

Masih amatur menjadi suri kamu.



nora bahari
melaka

Saturday, May 8, 2010

Malu.

Aku masih malu belum ada sesuatu
untuk bayar jasamu Umi.

Aku semakin malu bila kutahu
cintamu kuabaikan Umi.

Ampunkan aku maafkan aku
dosaku padamu Umi

-sadis

To Hell With Everyone

I feel so alone
So damn alone!
Why is it that no one wants to listen?
Why is it that no one cares?
Am I asking too much?
Am I really a pain?
I hate you now
I hate everyone
I am alone
I am so damn alone.

Mama

Mama
There are so many things I want to say to you,
So many things I want to tell you,
So many things I want you to know,
And so many things I want share.

But that limitations,
That part where we see different things,
We feel different emotions,
And we connect on different levels,
Those limitations forbid me
And I suffer in silence,
Waiting for that day when you would love me again,
When you would listen to me,
And at least try to understand me.

I love you Mama,
despite everything,
despite those limitations,
I really do love you.

Happy Mother's Day..

Friday, May 7, 2010

Anjing

Anjing menyalak lagi
Entah apa yang dipekik
Menjerit lantang tak hirau siapa
Bila diherdik nah makin kuat melolong
Lagak berani tak takut apa-apa
Aku paling kuat disini
Aku punya gigitan maut
Aku tak takut
Hah siapa berani melawan aku?
Bilang si anjing dengan lagaknya
Tapi bila mahu dibaling batu
Nah baru tempiaran lari
Baru sedar dirinya hanyalah seekor anjing

Thursday, May 6, 2010

L.O.S.E.R.

I knew your intention
You tried to hurt me
You tried to break me down
But your attempts
are all big failures

What I felt for you
was the biggest mistake
I don't know who you are
And you don't know me either
I don't get it, mate
Whatever it is
the game you're playing
You lost it

Ich liebte dich einmal
und ich immer noch
aber was du getan hast
Ich werde nie verzeihen


Maybe you didn't see it
'Cause you need to
take a closer look
Stare hard into the mirror
You lost the battle
and you are indeed

the loser.

Wednesday, May 5, 2010

jual minyak?

minyak gamat.
mujarab untuk luka.

mau tanya,
boleh sapu pada hati?
hati saya luka pedih.

mujarabkah ia?

Tuesday, May 4, 2010

mood ring

waktu kau datang itu hari
hati pernah berjanji
tak mahu menyanyi lagu sedih lagi

jadi bila kau pergi
air mata hati tak akan menari

cuma mungkin
akan mati


"when it is about to change to the color of happiness
the ring slips
and falls onto the street of loneliness and sadness"

Fragile

(Untuk Maya)

Sumpah kau perempuan tolol
Mudahnya hati bertukar kelabu
Terbias mantera murahan tersimpul muslihat,
oleh seorang lelaki dungu yang mengaku gentleman
Berjuang merebut cinta pertama
Dalam medan peperangan yang salah.

Monday, May 3, 2010

perisa.

sayang,
jika kau idam yang manis-manis sahaja,
bukan hidup namanya.

terkadang,
kita perlu merasa juga pahitnya,
perisa yang menyempurna.

...sebab aku takut, kalau terlebih gula kita binasa.

...yang pedas-pedas boleh juga datang dari aku sayang.


-sadis

wangi

buka pintu rumah
Bau kesunyian menyapa.

Bau itu busuk.
Aku perlukan pewangi.

Supaya bau kesunyian tak dtg menyapa lg

Sudi awak jadi pewangi saya?

Sunday, May 2, 2010

T.E.R.B.A.N.G.

Hari ini serasanya
aku mahu terbang
Aku mahu jerit pada awan
"Hey, kau suka aku kan?"
Aku tahu selepas itu
hujan akan turun
sebagai membalas jawaban
buat pertanyaan aku itu.

Kalau pun aku menangis
Kau pekakkan telinga saja ya?
Bukan susah
kerana itu pun yang kau lakukan
selama ini.

Tapi hari ini bukan untuk menangis
Hari ini untuk aku melaung
Biar sedunia dengar
Betapa aku rasa suka
Walau di dalam aku pura-pura

Hari ini hari menangnya aku
Jangan kau datang
Menanyakan cinta
tiba-tiba.

'Cause you hurt me so much
I can hardly feel my heart aching
It is numb
and cold
frozen.

Eh maaf terlupa
hari ini hari gembira
Jadi


...senyum!