Di ruang petak putih
Terpalit kenangan kita
Pada hari ini
Tarikh yang sama
Tahun yang berbeza
Pita pernah terakam
Namun telah aku padam
Tidak mahu mengenang
Ruang petak itu
Pernah riuh dengan kenangan
Sekarang sunyi
Satu.....satu
Kenangan pergi
Takkan kembali
Takkan terulang lagi
Dan untuk kamu
Selamat hari jadi
Ruang petak yang pernah jadi saksi
Kini sepi
Kerana 'KITA'
Tidak wujud lagi...
No comments:
Post a Comment