Wednesday, May 26, 2010

Pencinta Paling Agung

Dan pada setiap detik masa yang berlalu aku merasakan kehadiranMu,
Yang membentuk sifatku dengan seni halusMu,
Yang Kau hadirkan menerusi ujianMu.

Aku jatuh, Kau sambut aku (dengan hidayahMu).
Aku sendiri, Kau peluk aku (dengan kasih sayangMu).
Aku menangis, Kau hadirkan rasa lega di segenap urat nadiku.
Aku merindu, Kau tunjukkan jalan untuk aku mendekatiMu.
Aku mahu cinta, Kau berikan aku cintaMu yang tiada terbanding.

Dan pada setiap butir ayat kitabMu yang mengandungi hikmah,
Kau berikan aku rasa tenang yang meresap ke kalbu.
Dan pada setiap sujud aku meminta sesuatu daripadaMu,
Sentiasa Kau mendengar dan membimbing aku.

Kau memberi jika itu yang terbaik buatku.
Dan menjadikan aku redha jika itu hanya memudaratkan aku.
Apalah lagi yang ingin aku sesalkan dalam hidupku,
Jika setiap yang terjadi adalah takdir untuk menguji keimananku.






No comments:

Post a Comment