Hari ini dia yang pernah buat aku rasa
"Sakit hati;
Luka pedih;
Mahu benci;
Dan lupa dia sampai mati."
Tiba-tiba menjadi lelaki baik yang aku damba.
Menawar diri berbuat segala.
Mungkin juga keinginanku yang terakhir itu didengar Tuhan,
"Dalam jiwa
Meronta rasa
Mahu dekat dia
Bicara seperti biasa".
Tapi hairan aku langsung tidak teruja.
Malah jauh sekali berasa suka.
Cuma perasaan yang biasa-biasa.
Mengekalkan ukhuwah sesama manusia...
Mungkin kerana,
Sedu-sedan itu masih tersisa.
Luka pedih itu masih terasa.
Tapi amarah itu bisa saja reda.
Bila difikirkan itu takdir yang Maha Esa.
Entah kenapa aku tenang sahaja.
Seolah keinginan itu bukan lagi yang utama.
Walhal naluri sering memberontak tangis.
Memuntahkan segala dera di hadapan Dia.
No comments:
Post a Comment