Saturday, September 5, 2009

Perempuan II - Maaf, Saya Tak Sengaja


Ya, saya benar-benar mahu kamu pergi.

Saya mahu kamu terjah dunia,
saya mahu kamu duga lautan,
saya mahu kamu rentas angkasa.

Terlalu luas sisi hidup,
yang belum kamu teroka.

Kamu belum lihat bunyi menari,
kamu belum dengar warna berbisik,
dan kamu belum sentuh buih yang menyanyi.


Maaf, sekali lagi.

Saya terlanjur memberi harapan.

No comments:

Post a Comment