Saturday, September 26, 2009

Pasca-BDO


Sudahlah baru turun pesawat //jet lag
Sudahlah bersarung jin(s) Rock&Republic baru
Sudahlah bersarung Fly Emirates baru
dibeli dengan Rupiah
(milik ibu)

Sudahlah mahu berjaga malam ini
nonton Van Persie berlari menjaring.

'Dipaksa' pula melutut membongkok
mencari membersih
bangkai Cik Siti(kus)
Kadangkala rasa hendak jerit Pukimak! pada semua benda semua orang?
Ingat.dalam Pukimak! itu ada 'Mak'


Sakit belakang membongkok menyental kabinet
Sakit kepala pening bau busuk bangkai
Sakit tangan lama benar membuat kerja serupa bibik.

Tidak sama.Tidak serupa.

Sembilan bulan sarat ibu membawa aku.
Setakat busuk bangkai tikus?
Tidak sama dengan muntah pagi ibu.
Tidak sama dengan najis aku ibu bersihkan.
Peluh pening kepala jadi bibik sementara?
Tidak sama dengan enam belas tahun ibu jadi bibik seumur hidup peningkan tumbesaran aku.

Tidak sama.tidak serupa.

Baju 'Saya Sayang Mak Saya' jual kat Uptown?
Setakat RM10 mintak kat ibu.
Aku nak beli sekarang! Tapi belum cukup kan?

"Sayang thank you for helping Mama, you deserve another trip to Bandung!"

":') Mama.Kalau Sya bagi dunia ni kat Mama pun tak cukup lagi nak balas jasa Mama kan?"



Klise.tapi benar.heheh dah tak 'pendek' dah.

No comments:

Post a Comment