Wednesday, September 30, 2009

Surat Wangi.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Berpaling pada masa lalu.

Ketika itu dia masih muda
si kenit yang pemalu
sering sahaja terlihat dia memakai skirt merah kembang
jarang bercakap
menyimpan segala perihal lucu dan sedih sendirian.

Sehingga satu petang yang redup
ketika itu dia teringin menjadi seorang sunti
melihat teman-teman berutus surat wangi
nampak comel dengan kata-kata, "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
dia mahu juga rasa begitu.

Sambil mengulum senyum, dia menunggu pilihan hati
mungkin akan diberi surat wangi.

Tiga minit
empat minit
lima minit.

Terkocoh-kocoh datang si pilihan hati
tapi bukan membawa surat wangi
hanya balang kaca yang dipenuhi guli.

Malu-malulah dia sendiri
kerana terlalu berharap pada surat wangi.



nora bahari.
melaka.
17/6/2009.

2 comments:

  1. poetic story. sweet. Jika ini style awak Nora Bahari. Sila kekalkan, saya suka.

    pedulikan header blog ini:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih stam.

    kamu baik.

    ;)

    ReplyDelete