Monday, November 30, 2009

Aidil (Zafuan) (Zaquan) Adha

(Salam belated.)

Cow tu lembu
so can i sembelih you?

Sunday, November 29, 2009

Good Old Arsenal

Baik atau lamanya Arsenal
Kami bangga menyebut nama itu
Dan apabila kami menyanyi lagu ini
Kami akan menang

Ayuh kawan kawan
Mari nyanyi lagu ini
Hari ini kita kalah
Esok esok kita menang

Arsenal,arsenal,arsenal
Kami bangga menyebut nama ini

Once a Gunner,always a Gunner

Saturday, November 28, 2009

KOTA DALAM MIMPI.

Sesi pencarian diteruskan berulang-ulang.
Pencarian jiwa yang terus menerus menghilang.
Dalam kelikatan kata-kata.
Di tengah kesibukan kota.
Kota dalam nadi.
Nadi dalam diri.
Diri dalam mimpi.

Kongsi Dosa jum!

Ingin..!
Sepak pintu
Tendang meja
Tolak almari
Hempas cermin

Nak..!
Hentak kepala
Pulas telinga
Gigit lidah
Jentik mata

Mahu..!
Maki hamun
Carut marut
Kutuk hina
Sumpah Seranah

Ingin!!
Nak!! Mahu!!!

Sumpah aku memang nak buat semua tu pada 3 mala'un tak hensem..belengas and selekeh yang tak reti nak balik umah sendiri tu!!!!!!!!!

Wei! balik la weh!

Puisi Sekejap

Baca
Saja
Puisi
Ini
Dengan
Matamu
Agar
Ia
Bisa
Masuk
Ke
Dalam
Hatimu
Yang
Paling
Jauh

Monday, November 23, 2009

Malu.


Kita bilang,
Letih, semalaman berjaga
berpesta
bersuka ria
Maka hari ini kita pilih
untuk bercuti dari kuliah,
sekali sekala kita kata

Kita kata,
Penat belajar
buat kita mahu mati

Kecundang periksa
buat kita mahu berhenti.

Namun,
pernah sekali kau fikirkan
Anak-anak di Palestin tak pernah mahu untuk berhenti
tidak pernah mahu berasa lelah
sekali pun perjalanan mereka ke madrasah nyawa diancam bunuh,
oleh Yahudi durjana yang tak pernah kenal erti celaka.


Apa kita tidak pernah berasa malu dengan mereka?


Sunday, November 22, 2009

Lidah.

Bila lidah kau dan aku bersatu
Bereti kita sudah sedia amat
Menerima segala dusta dan alasan
Yang memangnya barang permainan
Dalam sebuah perhubungan.

Mabuk Kepayang (Musim Kenduri Kahwin).

Puluh ribu yang hanggus
Tak mahu dipedulikannya
Asal sahaja cinta mereka itu
Bukan sesuatu yang jalang.

satu malam pun jadilah

just for one night
saya mau jadi anak kecil
supaya bila saya menangis
awak boleh pujuk saya
hanya dengan aiskrim pelangi dua

just for one night
saya mau jadi anak kecil
supaya saya boleh peluk awak
macam encik teddy yang besar gedabak
bila awak bawa aiskrim pelangi tadi
dengan tambahan cotton candy sekali

(^_~)v

Saturday, November 21, 2009

Bukan hanya sekadar love. Tapi lebih dari itu.

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah; Most Gracious and Most Merciful


Diri ini
walau tika marah membatu
senyum itu tetap datang percuma untuk kamu.

Setiap kali begitu.

Bijak betul perasaan berlutut menyorok pabila melihat kamu.



nora bahari

Friday, November 20, 2009

19112009

Saat itu,
aku di depan rumahnya.
Menghulurkan hadiah
sambil ditemani ucapan klise.
"Happy birthday."

Dia,
yang masih beruniform sekolah,
yang baru pulang dari dewan periksa SPM,
kelihatan cantik
seperti biasa,
seperti bila-bila.

Hujan semalam tidak turun munculkan diri.

Terima kasih, Tuhan,
aturkan pertemuan ini.

sap gam

Selalu, selalu hati ini berkecai
tapi setiap kali
setiap kali senyuman pujukan awak
menjadi gam/glue
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang saya pilih
bukanlah Superglue atau Gam Gajah
No thank you,
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.

Untuk awak cantumkan kecaian hati saya,
saya pilih gam namplohsen beli kat bookshop.
Gam lopek, mudah terurai kembali cantumannya
saya guna
supaya hati ini tidak sukar berkecai lagi
di lain hari.
Sebab sebenarnya
rasa hati berkecai krak itu
sedap, saya suka,
dan
baik untuk kebahagiaan.

Align Right-- hero kata

Thursday, November 19, 2009

nyanyian hujan

tiap titik yang jatuh

adalah irama lagu cinta

dari orkestra langit

khas untuk penonton bumi

yang kemarau tanpa sayang

enjoy you song earthlings!!!

kaa faa raa

wabak hari ini sungguh nyata..
dipolitikkan oleh si bangsat.
yang di dahinya tertera "kaa faa raa"

nada persuasif si bangsat yang mengejar matlamat busuk..
berideologikan cita..
gembira membutakan jiwa..

jangan biarkan si bangsat itu hipnosiskan permikiran bawah sedar anda, dia, mereka serta kami..
jangan biarkan si bangsat itu megah mencipta diri sebagai tuhan
bangsat si pemesong..

ingat..
kita semua miliki langkah tersendiri..
jangan biarkan diri:-
tergelincir,
tercampak,
dan terjatuh lagi..

bangunlah anak-anak Adam.
langkahlah pada jalan yang benar..
ingatlah pesan DIA bukan propanganda si bangsat tak berguna

Wednesday, November 18, 2009

F.R.A.G.I.L.E.

Hujan turun lagi
Satu hari tak berhenti
Lagu di mp3 tak diam bernyanyi
Rentak ska berdansa lagi
Menarikan emosi
My heart is so fragile
but then kamu tak tahu
After every people
the only person i think about
is you...

Tahu...

"I close my eyes
and all I see is you..."


Aku tak tipu
Cause' when times are hard
I always think of you

Tapi entah kenapalah
We got so far away
each and every day...


Susahnya nak terucap
You know
Words are hard to say
When you really want to

Bukan banyak...
Satu empat tiga...
Itu saja...


Ya
betul
tak boleh
walau aku pejam mata
aku masih dapat lihat




......kamu.

Jaga Diri Tam, Selamat Tinggal.


Semalam kita bicara soal dunia,
bergelak tawa,
bertangis duka,
dan
sama sama rasa gembira,
senyum jauh hingga ke telinga.

Hari ini,
aku dapat berita
yang kau

pergi selamanya.

Not for sale, sayang

Hati bukan untuk dijual
,
,
,

maka kamu jangan sibuk tanyakan harganya

mata air mata hati III

Rain rain please stay
Pain pain go away.

P-P-P-P-P-Pokaiface

Takde duit.
Jom jadi rempit.
:-)

Monday, November 16, 2009

Newbie.

Expertise dalam menakluk
setiap jengkal.

Bermula pada itu
dia tidak sesekali lepas.

Baru kamu tahu,
kadangkala manusia diam itu
isinya bagus.



-nora bahari-

Sunday, November 15, 2009

Rasionaliti

Godam perasaan itu..
Kerana ia memberontak juga radikal..

Jangan ditarik picu itu..
Ledakan itu tiket engkau ke sana, neraka..

Suntik saja rasionaliti ke salur darah..
Diagih-agih kepada seluruh rongga dan anggota..

Biar kewarasan menjajah mindamu..

Kedewasaan.

Berapa ramai
Yang dulunya
Bagaikan syaitan
Akhirnya mengalah
Kepada kedewasaan
Yang sebenarnya beban.

mahu menari dihujung pelangi tapi hujan masih belum berhenti

bila yang dilupakan adalah semuanya


kecuali dia
dan setiap inci tentang dia

dunia kita berbeza sayang

aku tersenyum
padahal hatinya terguris
aku ketawa
padahal hatinya menangis

kemudian dia pergi
katanya aku tak sensitif

padahal..

aku senyum
untuk sembuhkan lukanya
aku ketawa
untuk kesat air matanya

dan dia...

tak pernah sedar tentang itu

Saturday, November 14, 2009

mana satu

mana satu kamu mahu?

manusia mahupun manusial

jikalau manusia yang kamu pilih maka sia-sia lah hidup kamu
jikalau manusial yang kamu pilih maka sial lah hidup kamu

maka mana satu kamu mahu.

manusia atau manusial?

Friday, November 13, 2009

Pengemis cinta...

Kau pernah mengurung aku...
Seperti dalam sangkar emas...
Aku hanya memandang tapi tak bisa merasa...
Hanya mampu tertawa,
sedang mereka menikmatinya...
Hingga akhirnya aku ternangis...
Dan engkau tidak pernah melihatnya....
..walau sekali....

Lalu kau membiarkan aku terbang...
Seperti burung di awangan...
Aku mencapai pelangi menghirup udara...
Mampu ke mana-mana sahaja...
Sedang kau sibuk mengejar agenda...
Aku khayal dengan mainan dunia...
Hingga akhirnya aku menangis...
Dan engkau masih tidakk pernah melihatnya...
..walau sekali.....

Kini aku tersungkur...
dan bukan engkau yang memapahnya...
bukan kau mengubati lukanya...
menyapu penawarnya...

Kau masih di sana,
perlu aku dongak untuk menatap wajah..
meminta untuk merasakan secebis rasa..
menagih untuk secicip cinta...

Sedang aku hanya mampu mempertahankan cinta...
Yang telah rapuh tapi ku gagahi jua....
Selamanya akan aku terus usaha...
Demi tidak menghampakan mereka...
Mereka yang telah memasang angan setia...
..antara kita berdua...

Aku sedar...
..aku pengemis cinta..............

Thursday, November 12, 2009

Kegembiraan Berganda

Hari ini
Tuhan mendengar doa saya
Ada tiga kegembiraan berganda
Datang berlumba-lumba

Wawasan

Oh,

Kenapa saya lapar sedangkan saya tidak miskin?

Wednesday, November 11, 2009

PERLAHAN, TINGGAL KAU DI BELAKANG.

Kabus,
Aku sedut,
Dalam-dalam,
Dan aku hembus,
Slowly..

Clover, jom joging sebab hari dulu kau dah janji,
Sambil nyanyi sua sue kemuning,
di bukit Layang-Layang.
Tapi, malang sekali,
Kau masih bau yogurt asli.

"Ouch"..




*tamat*

Puisi Ultra Chronology

KELAHIRAN dengan penuh suci dan dilangsungkan pula dengan TUMBESARAN dengan distort paling tinggi beserta dengan paduan riff yang kelam kabut disusuli pula dengan gelombang SEKS tanpa batasan dan kemudian diadun dengan teori KEGANASAN untuk mereka mereka yang digelar sebagai anjing zaman KEGELAPAN dan akhirnya dengan oktaf cukup lembut mereka ini MATI dalam keadaan MIMPI paling harmoni.

Tuesday, November 10, 2009

The Great Listener

Aku. The Great Listener. Akan. Mati. Tanpa. Keluh. Kesah. Tangis. Sendu. Sang. Dewi. Terluka. Kerana. Ia. Adalah. Tenaga. Selain. Rock. N. Roll.

Harap kau baik-baik sahaja, Cinderella


Aku benci begini,
aku benci hanya mampu berdiam diri,
sedang dia kalut
dengan masalah yang mengusut.

Hanya mengetahui
segala sakitnya
tanpa menolongnya,
aku seperti orang tak berguna.

Meski aku bukan Jebat nya,
walau aku bukan Edward nya,
aku tetap benci perasaan ini.

Aku benci tidak berdaya
berbuat suatu apa.

Monday, November 9, 2009

MK Berlin United

Filosofi warna merah yang penuh kekalutan
Bisa dicampur antara darah dan setiap tangisan tangisan dari hutan
Aku berdiri disini sudah sembilan tahun
Untuk menunggu kau yang bakal muncul di sebalik tembok ini

Kesepian
Ketakutan
Kebimbangan
Diiringi bunyi bunyi anjing dari lorong kegelapan

Tapi aku maseh tetap berdiri disini
Berdiri sambil menunggu balingan balingan kapal terbang kertas
Yang tertulis perkataan 'Ich lieben Dich'

Mungkin esok ianya akan sampai
Mungkin lusa barangkali
Mungkin juga minggu depan
Atau mungkin seribu tahun lagi

Dan aku menangis disaat menulis puisi ini
Perlukah aku beritahu lagi?

you cant deny you want a happy ending

ingat tak masa tu?

kita sama-sama main buaian
yang kamu pilih buaian impian
aku tolak kamu kuat-kuat
sampai kamu bisa menyentuh awan

kemudian kita sama-sama ketawa
bila kamu kembali padaku
dan bawa kepulan awan berbentuk hati

kemudian giliran aku pula mengemudi buaian kenangan
kamu tolak aku guna satu jari ajaibmu
tinggi aku melayang
tinggi sekali melepasi awan

kemudian buaian kenangan bawa aku pulang semula kepadamu
kali ini yang ku bawa bintang harapan
kupetik khas untuk kamu

kemudian kita ketawa sama-sama lagi
bila kamu bilang
"kamu itu lucu tau??"
sambil tanganmu menyentuh lembut hujung hidungku

dan pipiku merah tersipu malu

9/11

rasa paling perit

bila tak merasa



satu apa

AKU akui AKU

** sekarang **

AKU rimas, AKU lemas
kesibukan dunia memang sentiasa datang merampas
masa AKU yang dianggap begitu bernilai bak emas
saat AKU leka dan lalai nah terus pantas ia dikebas
lantas terus membuatkan diri AKU berasa cemas

** dan kini **

AKU serabut, AKU kelam kabut
kesibukan dunia yang datang bak taufan dan ribut
dia hadir tanpa perlu AKU datang menjemput
dia muncul tanpa perlu AKU sebut-sebut
AKU sesak kerna nafasku kini dah mula semput

** namun sebenarnya **

AKU tak perlu gelabah,
AKU tak perlu gelisah,
hanya kerna sekali umah AKU runtuh dan roboh
dek kerna dipukul ganas oleh ombak dan bah
AKU harus pantas bangun selepas rebah
jiwa mahu kuat, hati mahu tabah

** cuba jadi macam dia **

jadilah secekal dan setekun si labah-labah
seorang diri membina sendiri empunya rumah
tak pernah membebel apatah lagi melatah
dia teruskan usaha hingga segalanya nampak gah

** ataupun cuba lihat mereka **

badan tak perlu besar dan gagah
tapi punya bisa yang bisa buat kau berdarah
siapa mereka? apa kau tak kenal sama si lebah?
dia memang rajin dan tak pernah nak mengalah
buat kerja demi permaisuri tanpa berbalah

** di akhir nanti **

segalanya berlaku mungkin kerna AKU ambil mudah
semua benda AKU buat hanya endah tak endah
orang cakap AKU jarang nak ambil kesah
padan muka sekarang AKU jugak yang susah

** maka **

apa yang penting AKU harus ingat kata-kata mak dan abah
"anak..tuntutlah ilmu kerna itulah harta yang paling mewah"
kerna ilmu berguna akan kekal sampai ke sudah
manfaatnya tak hilang walaupun AKU dah jadi arwah

** baiklah **

cukuplah sampai di sini AKU bermadah
sebagai ingatan buat AKU yang punya maruah

** sekian sahaja **

hasil coretan
pap persie

Resepi Kebahagiaan 2

Sehari sekeping hati,

Patah-patahkan cicah dalam kopi.

Sunday, November 8, 2009

bintang itu jauh, entah bila bisa ketemu, namun aku tetap rindu


aku kini cecair,
kerana dari fasa pepejal
kau cairkan aku
entah bilakan waktunya,
bakal aku terbang
menjadi gas gas inert
tak berpijak di tanah
hanyut dalam indah cinta kamu.

sila stay,
dan terus buaikan aku
dengan lullaby kasih dari mu,
sayang.

kisah dia

tahu tak??

kisah dia itu sebenarnya kisah tentang aku
sebab dulu aku dan dia adalah satu

dulu-dululah

sebelum susu jadi keju
sebelum api jadi abu
sebelum hati jadi batu

Saturday, November 7, 2009

Sybillia,

Berikan aku sedikit rohmu yang suci,
Agar aku bisa bernafas kembali,

Walaupun sekejap...

Friday, November 6, 2009

"You die when you kill"

- temuramah bersama puntianak

Cuba memberi sakit
diri sendiri yang terjangkit sakit.
Cuba menyondol biar dia jatuh
diri sendiri yang tersungkur jatuh.
Cuba menusuk sampai mati
diri sendiri yang mati terbunuh.
. .
Cuba menghancurkan hatinya
"krak" pecah koyak
Bunyi itu datang dari hati sendiri.

Friday, i'm not in love


Lelaki potensi,
yang hadir dalam hidup saya,
ada tiga jenis;

Pertama;
lelaki pertama atau lelaki tunggal.
Mereka lelaki yang memikul tanggungjawab,
di bahu masing-masing.
Yang punya komitmen tak terbilang,
membiarkan saya terkapai-kapai tak menentu,
sehingga saya lelah menunggu kata putus.

Kedua;
lelaki tak sebaya,
yang tak jemu-jemu mengetuk tingkap kalbu,
mendesak sepenuh perhatian,
hingga saya jadi tak kuasa melayan.
Kerana yang saya perlukan,
cuma sebuah perhubungan yang matang.

Ketiga;
lelaki obses dunia,
yang menyangka,
perempuan seperti saya,
akan bahagia dengan limpahan material.
Saya bosan dijanjikan syurga,
sedangkan hati saya melihat,
laluan pintas ke neraka.

Justeru saya bingung yang mana,
harus memilih,
atau dipilih?

saya cuma perempuan biasa yang mahukan,
seorang lelaki biasa.


KAU ENGROSSING.

bila kau selit daun pudina,
ke gigi,
dan kau kata,
ini terjadi kerana sumpahan,
sesumpah warna pelangi,
yang mengotakan wish-wish fantasi,
sang pemimpi.

BILA MANA SIR SPIDERMAN 3 BERADU TENAGA SAMA MA'AM NURKASIH, MAKA,

akhir akhir sekali,
dua dua terbaring atas marmar,
kerana panas,
kuat tipu,
gagah palsu,
esok,
dua dua hilang,
kerana merapu,
dan sesungguhnya,
esok,
banyak lagi.

air mata semalam jatuh lagi

Bukannya sebab kamu tinggalkan diri

Tapi sebab bila kamu pergi

Kamu bawa sama joranmu sekali

Joran yang kamu guna untuk pancing hati


semakin jauh kamu pergi

semakin besar robeknya hati ini


Sakit tahu…


Kalau mahu benar-benar pergi

Lepaskan dulu simpulan kail tadi

Biar aku bisa berenang lagi

Walau dalam air mata sendiri

Thursday, November 5, 2009

Ondes Martenot

Bunyi itu datang sambil menari
Datang dengan membawa secawan kopi
Agar kau tidak bisa tidur malam ini
Ya,untuk malam ini


Untuk malam ini sahaja...

happy birthday brader

Hello -

Bertemu untuk berpisah
klise
paling benar di dunia.

ROBOT-ROBOT YANG FASIS KE ALAM JURAGAN PAMEGAT.

Shh.
Diam dan dengar robot-robot itu berbisik,
"Siapa Tuhan kita."

Bila begini jadinya,
Rangkul pinggang kekasih kau,
Dan bawa ia pergi dari pintu neraka.



*untuk mereka yang gemar bercandu dan merapu, sini ceritanya tentang ROBOT-ROBOT YANG FASIS KE ALAM JURAGAN PAMEGAT. Ingat, untuk mereka yang gemar bercandu dan merapu sahaja*

Wednesday, November 4, 2009

Usah Pedulikan Hodoh Dunia, Kau Sudah Cantik Bagi Ku

Berdasar apa yang ku lihat,
berdasar apa yang kau catat,
aku dapat rasa kau sedang susah,
hadapi masalah.

Setiap masalahmu, pasti ku risaukan.
Jika dulu, pasti ku tanyakan.
"Awak ok?"

Tapi sekarang, apa yang ku mampu,
hanya menulis puisi ini
dan doakan kesejahteraanmu
sebagai ganti kehadiran diri.

Kata Romansa Bahan Kimia Ku,
"The world is ugly
but you're beautiful to me."


http://www.youtube.com/watch?v=tYGWSjJyGic&feature=related

Dear Love,

Pertemuan itu satu yang adil sebab ia telah dijanjikan.

Mulai dari itu,
sedikit-sedikit cuba fahami sebuah nama perasaan.

Walau tidak dicanang,
You should know that, I Love You.




nora bahari
melaka

B.A.S.T.A.R.D.I.S.A.S.I.

Aku mahu bilang obsesi
Mampus aku-lah
Aku mahu sebut komplikasi
Ya, mampus-lah juga
Kau yang dalam salutasi
Jadi apa?
Mahu dipandang tinggi
Praktisi hipokrasi
Walau aku tahu kau tidak...

Bastardisasi ini memang bastard
Dipraktis oleh mereka² yang bergaya standard
Kau satu antaranya
Jangan-lah...
Kau kelihatan awkward
Jangan-lah...

Jadi kau nak bertempik marah sekarang
Bastard?

Tuesday, November 3, 2009

Villa Cinta Mati, Tmn Kasih Sayang 1

" Gud nite Pumkins!"
" Sweet dreams red tulips~ "
" Morning Strawberries golek-golek~ "
" Have a nice day Blueberries kodek-kodek! "
Hati tercuit dengan kalimah comel mu...
Lalu aku manjadi senakal kamu...
" Makasih Pagar Purple tadi, nak yang Pink besok eah~ "
" Ok Tomato...nanti hadiah you Pink Fence yer~ "
Dan kami bersama tertawa,
dalam lena yang bergelombangkan bahagia..
" Mr. Potato....nak Hay Bele 5 tau! "
" Apa saja untuk you Tomato..."
Villa Cinta Mati,
Taman Kasih Sayang,
143 Pulau Impian.
Negara Farm Ville,
BukuMuka .

COKE DAN SIRAP.

Sebuah tin coke,
Isinya bukanlah sirap,
Yang kau rasa boleh dicampur limau,
Dan jadikannya minuman ruji.

Sama seperti sebuah hati,
Isinya bukanlah sepi,
Yang kau rasa boleh ditinggalkan lonely,
Dan jadikannya pengapit dalam mimpi..

Monday, November 2, 2009

selamat datang matahariku

terima kasih kerana kamu sudi datang lagi

walau saiz ombak si hati masih setinggi tsunami
walau gegaran gempa si hati masih berskala tujuh koma sembilan
walau tenangnya si hati masih serupa pusaran air di segi tiga bermuda

kamu tetap datang menyinari dan bercerita untuk hati

mungkin kamu tak tahu
tapi
kamu adalah matahari-di-kala-hujanku

sore nanti bila kamu pergi lagi
tinggalkan sedikit cahaya
biar aku tak sunyi seperti pungguk yang rindukan bulannya




(^_~)v

cita-cita seorang aku

aku ingin sekali menjadi transformer
yang boleh bertukar menjadi mobil bumblebee terkeren dan memandu kamu ke majlis tari menari

aku ingin sekali menjadi powerpuff girl
yang dibuat dari gula, rempah dan semua bahan yang baik untuk kau peluk disaat diserang kesulitan

aku ingin sekali menjadi pinky the brain
yang mampu membuat "magic potion" supaya kamu jatuh hati padaku

aku ingin sekali menjadi peri
yang bercerita tentang kisah indah sehingga membuat hati kamu tersenyum

aku ingin sekali menjadi perwira
yang menyelamatkan hati kamu dari lemas di laut dalam





tapi aku hakikatnya cuma seorang aku
yang mampu menunggu kamu
dan terus menunggu
dan terus menunggu
dan terus menunggu

mimpi sedih

"di malam sepi, aku bermimpi....
mimpi yang sedih sekali..........."


...



tapi bila aku kembali ke alam realiti
aku tersenyum happy..

ironi.

hey at least i got the chance to dream about YOU

baik-baik, cepat-cepat, lama-lama

kalaulah saya boleh cipta
jambatan corpus collasum dari besi
biar hubungan otak kiri dan otak kanan semua manusia melebihi kelajuan cahaya

saya akan bina untuk semua
percuma...

supaya saya boleh tersimpan dalam kotak memori mereka baik-baik, cepat-cepat dan lama-lama

Guitar Akustik aku I

Entah mengapa...

Saat memandang ArtLine miliknya...
Membayangkan meja kerjanya,
yang masih berhias foto aku...
Melihat jemarinya,
setia berhias cincin pemberian aku...
Cadar katilnya,
Masih cadar ku yang 3 tahun lalu....
Menatap gambarnya...
Mendengar getar suaranya,
yang memanggil "syg'' kepada aku..
Meraba cincin di jari pemberianya,
2 tahun lalu...

Memeluk bebear pemberianya,
5 tahun lalu...

Chord ini sekali lagi berakustikkan..
Nada pilu...

Bertarian rindu....
Haih~

Guitar Akustik aku

Aku benci kamu...
Saat ini itu hakikatnya....

Bila kau bilang emo aku kerna nafsu..
Wujud aku gagal menandingi dinginya salju...
Cebik ku terlalu jengkel buat kamu...

Aku benci kamu..
Saat ini itu kenyataanya...

Bila kau bilang puisi aku hanya merapu..
Madah aku tak indah seperti dulu...
Bila ia tak lagi terselit nama kamu...

Aku benci kamu...
Saat ini itu perasaanya...

Bila kau sering meninggalkan aku...
Bersama chord air mata berakustikkan sendu...
Berirama pilu tarian ego mu...

Subuh

Aku rindu...
Dan tak ingin terus merindu....
Akan suara itu,
yang selalu berbisik ke kuping ku...

Saat aku beradu...
kau selalu mengganggu...

Bila terjaga dari lena ku...
kau tak pernah di samping ku..
tak dengar lagi lafaz rindu...
tak wujud lagi rasa yang itu...

Kerna ku tahu...
Kau bukan bagi ku...

Subuh ini...
Aku sekali lagi tersedu.....

PASHMINA

Pashmina,
Dengarkan seru,
Dari Tuhanmu,
Bila kita makin dekat,
Dengan langit kelabu,
Yang di belakangnya,
Ada pawana bright (cerah),
Bukan ais yang beku.

The Alchemist


Mungkin nama kita tidak rhyme,
atau zodiak ibu saudara sebelah datuk kita tidak sejajar,
atau tarikh luput roti dibeli adik jiranmu,
jatuh tanggal perkenalan kita.

Atau mungkin hanya kerana, kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan punyanya ibu kepada kawan sekelas saya dulu,
namanya seperti jenama makanan ringan.

Kalau sudah memang ditakdirkan tiada jodoh.
Tidak kisahlah apapun alasan walau sehabis bodoh.

dua cawan coffee dan sekeping cakera padat lanun

tambahkan saja cakera padat si lanun itu sekeping lagi
biar aku hanyut di dalam fantasi
kerana realiti itu sungguh ngeri

Sunting

Lafazkan,

atau jangan bernafas. 

Scherzo

Aku
Mau
Berlari
Sambil
Menulis
Puisi
Ini
.
Agar

Kau
Tahu

Bahawa
,
Puisi ini adalah tentang kematian diriku
Untuk mereka mereka yang mau menangis 1000 tahun lagi

TAMAT

Pencuri I


Hati perempuannya dicuri,

oleh sekeping hati milik lelaki berwajah manis.
Lalu pasangan hati itu disangkut di celah dedaun,
sambil bersaksikan sang sungai yang mengalir deras.

Bibir saling terkunci,
mata berat melepas pandangan,
mengharap pasangan hati,
pandai-pandai menyimpulkan ikatan.

,

Seisi rimba turut merestui,
bagaimana sekeping hati,
terpaut pada sekeping hati yang lain.

Sunday, November 1, 2009

Pusing Tekad

Tekad ku semalam..

Benci dia..
Tak sanggup nampak muka..
Jengkel gila okee..

Ko fikir ko bagus ker?

Aku nak berpaling...
Ingin berpusing,
dari landasan yang dah asing..
Bawa haluan masing-masing...

Masing-masing...

Pagi ini..

Sesaat mata terbuka..

Mengapa aku rindu dia!!!!

L ( Aksara Besar) Untukku Darimu.

Aku -
Beri aku,
Lesen L,
Kerana aku,
Mahu tempek di dahiku,
Sebagai tanda,
L itu spesyel untuk ku.

Kau -
Kalau itu mahumu,
Sambut ini,
L..

Aku (monolog) -
Dan buat pertama kali,
Aku memandu,
Bukan jentera beroda,
Tetapi mesin rindu,
Bersama kau.
Ya, kamu.

lambuk

Nasi sudah menjadi bubur
.
.
.
Tapi siapa kata bubur tak boleh makan?
Sedap pulak tu.