Monday, November 2, 2009

The Alchemist


Mungkin nama kita tidak rhyme,
atau zodiak ibu saudara sebelah datuk kita tidak sejajar,
atau tarikh luput roti dibeli adik jiranmu,
jatuh tanggal perkenalan kita.

Atau mungkin hanya kerana, kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan punyanya ibu kepada kawan sekelas saya dulu,
namanya seperti jenama makanan ringan.

Kalau sudah memang ditakdirkan tiada jodoh.
Tidak kisahlah apapun alasan walau sehabis bodoh.

1 comment: