Friday, November 20, 2009

sap gam

Selalu, selalu hati ini berkecai
tapi setiap kali
setiap kali senyuman pujukan awak
menjadi gam/glue
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang saya pilih
bukanlah Superglue atau Gam Gajah
No thank you,
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.

Untuk awak cantumkan kecaian hati saya,
saya pilih gam namplohsen beli kat bookshop.
Gam lopek, mudah terurai kembali cantumannya
saya guna
supaya hati ini tidak sukar berkecai lagi
di lain hari.
Sebab sebenarnya
rasa hati berkecai krak itu
sedap, saya suka,
dan
baik untuk kebahagiaan.

Align Right-- hero kata

No comments:

Post a Comment