Monday, November 2, 2009

selamat datang matahariku

terima kasih kerana kamu sudi datang lagi

walau saiz ombak si hati masih setinggi tsunami
walau gegaran gempa si hati masih berskala tujuh koma sembilan
walau tenangnya si hati masih serupa pusaran air di segi tiga bermuda

kamu tetap datang menyinari dan bercerita untuk hati

mungkin kamu tak tahu
tapi
kamu adalah matahari-di-kala-hujanku

sore nanti bila kamu pergi lagi
tinggalkan sedikit cahaya
biar aku tak sunyi seperti pungguk yang rindukan bulannya




(^_~)v

No comments:

Post a Comment