Sunday, January 31, 2010

jangan

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti gelap hati diselaputi dosa.
 

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
 

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

 

Jangan banyak ketawa.  
Nanti mati jiwa.rosak akal
 
Jangan biasakan berbohong, 
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

jauhkan..
jangan tetap jangan..

Saturday, January 30, 2010

lonely dragonfly

buaian impian.
tolong buaikan aku tinggi-tinggi.

untuk apa terbang tinggi anak aneh?

aku mahu mengaut sedikit stardust cinta di angkasa.

untuk apa stardust cinta itu?
kau terlalu kecil untuk cinta anak aneh.

aku mahu beri pada pepatung sepi.

pepatung sepi?

biar dia punya cinta.
nanti dia tak sepi lagi.



....

jigsaw falling into place



satu-persatu harapan
kau hempas ke dinding kaca

yang luka berdarahnya

aku.

290110

Air mata bahagia entah kali keberapa
Air mata derita hilang entah ke mana

:')

Friday, January 29, 2010

Pneumonia

Kedinginan ini melemaskan.

Peluk

Aku

Perempuan!

Thursday, January 28, 2010

KERNA KU,,

pergilah,
jangan tunggu ku,
hadir dalam mimpimu,
kerna sudah ku,
tertambat di pangkal,
hatimu.

jauhlah,
jangan toleh ku,
kerna ku sudah,
menunggu mu di,
hadapan mata mu.

soroklah,
jangan beritahu ku,
tentang rusuk mu yang,
hilang satu kerna,
aku lah,
Adam untuk mu.

dekatlah,
dan selamilah,
kata kata hatiku kerna,
aku cuma,
mahukan teguh mu.

diamlah,
jangan bazir,
air liur biru mu kerna,
ku,
hanya ada mu.

Aku Bodoh!

Apabila,
di dunia ini,
wujud manusia,
yang hanya tahu,
melukai hati,
orang tersayang,
dan itulah aku.

Bagaimana,
hendak ku lafazkan padanya,
Aku cinta pada mu.

HAVE I...

Have I ever told you that,
...

Have I ever told you that,
...

Have I ever told you that,
...

and have I ever told you that,
...

Wednesday, January 27, 2010

Panjang Malam

Satu pasangan.
Bulan dan bintang.
Sama-sama muncul
di pentas malam.

Dua-duanya seiring.
Hadir selepas terang.
Sama-sama bertemu
melepaskan rindu.

Tiganya itu aku.
Mendiam membisu.
Menyelimut pilu.
Menyembunyi cemburu.

Semuanya jelas
di hitam langit malam,
langit yang tadi paginya
putih dan biru.

Cinta Entah Berapa Segi

Benarlah,
bila cinta bertukar benci
harum mawar menjadi tahi.



See you in court!!

T.E.R.T.I.K.U.S.

Aku tertikus olehmu
yang tiba-tiba berlalu
menyatakan rindu
sayangmu padaku
kemudian pergi
tak toleh ke belakang lagi.

Aku tertikus olehmu
yang menyatakan benci
sedang aku tahu dalam hati
kau tak pandai bohongi
rasa yang menggila
membuak dalam dada.

Aku tertikus olehmu
bila kau diam
di situ terpaku
menikus kaku.

Tuesday, January 26, 2010

surat untuk Lepat

Surat untuk sahabat
nama dia Lepat.
Tiada makian kesat
hanya nasihat kelat
dek sifat kekwat
yang memisahkan rapat
dua orang sahabat.

Surat untuk sahabat
nama dia Lepat.
Meski jauh amat
dari Batu Pahat ke Tumpat,
harap tak tiba lewat
supaya cepat Lepat dapat
dan terima hakikat
lantas sempat bertaubat
lalu aku dan Lepat
kembali ketat.

//6.41 am dalam van.

Monday, January 25, 2010

pendam sebuah R.I.N.D.U

kadang-kadang
biar angin bisikkan
biar daun bicarakan
biar burung riuhkan
perihal rinduku
padamu..


~ketika aku gagal membendung rinduku padanya~

Sunday, January 24, 2010

Bermain Dengan Mati.

Asal sahaja ku harung hari ini bersama denganmu.Mati pun akan jadi main!!!

Lirik Yang Aku Tulis Tadi Tapi Tiba-Tiba Lupa Macammana Melodinya. Hampas!

They eat styrofoam
they drink petroleum
they stand on their stiff
enforced plastic bone.

They goes to the school
in matching uniform
but everyone left home
feeling so alone

They walk to the street
not knowing what they need
they came across a tree
and they all went freak

They pull out their gun
fired a thousand run
so nothing left to see
feeling so empty

They all look younger
by injecting polimer
they stay on stronger
refusing all the others

Life was all in order
calculated risks and danger
institutional and wager
feeling insecure

Synthetic life x 3
it's all the same X 3

Synthetic life X 3
undisposable X 3

Saturday, January 23, 2010

Komplikasi Kata Hati

Lewat ini, aku tak seperti dulu;
tak mampu lagi menulis,
puisi berbaris-baris.

Mungkin kerana sebab yang terlindung dari mata,
ia tak mampu lagi diolah dengan kata-kata,
yang meski indah, panjang berjela.

Susah untukku jelaskan.
Payah untukku terangkan.

Cuma
tolong,
buat seketika,
pejam pada yang tersurat
dan celik pada yang tersirat.


Aku rindu kau


sangat.

ڤويسي روکيت

باواکن
اکو
ک
لاڠيتمو
اونتوق
کو
سنتوه
توجوه
ورنا
ڤلاڠي
دري
ميمڤيمو

Lopak

Masakan,
Memandu laju menyusuri lopak air
dijalan rendah kunturnya
biar air hujan terkumpul
tersembur kiri-kanan jendela
kereta 
persis air pancuran hiasan segera

bukan kenikmatan dunia?

kasihan,
hidupmu.

Bosan sebosan politikus



Friday, January 22, 2010

insprisiay daripaday cikgie-ay :)

Wey
Friday was yesterday
But til today
i am still astray

:'|

OH OH AUM.

Oh oh aum.
Rupanya, gergasi gelap gua.
Masih diminati bidadari inderaloka.
Oh oh aum.

Jumaat 22

Masih seperti Jumaat-Jumaat kelmarin,
engkau tetap teguh mengelak janji.
Sedangkan aku seperti juga Jumaat-Jumaat kelmarin,
setia mengisi ruang dengan sunyi dan sepi..

Thursday, January 21, 2010

___________________.

kau kata;
pergilah pada lelaki lain.
dia mungkin lebih baik dari aku.
dia mungkin sayang kamu lebih dari aku.
dia juga bakal pimpin kamu ke syurga dan yang pasti bukan aku.


tapi sayangku, masih punya syurgakah pada wanita kotor seperti aku ?

Celtic Folk

Selagi
Aku
Bernafas
Akan
Ku
Panggil
Diri
Kau
Sebagai
Rumahku

currently listening to “
Inis Mona” by Eluveitie

Wednesday, January 20, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Pakej

oleh Ahpeng Mohamad

Perasa rutin dalam hidup manusia sekata,
sesal dan kecewa..
Setuju tidak?
Dua jenis, satu yang ianya untuk seketika, mudah dilupa,
dua yang aku kendong hingga hujung jauh sana, hingga aku tak nampak
walau satu cahaya dan ya, mati.
Dua jenis yang mudah menempel pada aku,
buat aku diam, layu dan gagal berfungsi.
Tindak balas yang aku telah jangka,
angkara laku diri, yang lupa kehendak bumi.
Konsisten yang kepura-puraan,
hanyut dalam segala aliran,
pegangan yang berterbangan entah ke mana.
Bandar yang ditinggalkan, ada aku bangunkan?
Mata yang rabun hampir buta, ada aku perasan?
Pesakit yang meminta nyawa, ada tidak aku bertimbang rasa?
Padahal bandar,mata, dan pesakit, itu aku!
Ya, aku..
Dan pasti absurd aku lepaskan,lupakan,
kerana turut serta tangisan mereka-mereka,yang terpenting pada aku.
Ianya pakej, dengan harga yang tersakit.

Punishment

Hoi, kau!

Setiap kilometer yang aku lalui tanpa kau itu adalah satu punishment duniawi yang tidak tertanggung oleh aku.

bar angkasa // bar ruang?

BagitauLaAwak
ManaAwakLetak
RasaSayangAwak
SayaTakNampak

SayaBengkak
RasaMacamKenaPijak
SepakCampak

BagitauLaAwak
ManaAwakLetak
RasaRinduAwak
SayaAjakLepak
AwakTaknak

KeletakKeletakKrak
SpacebarAkuRosak!

Monday, January 18, 2010

hati busuk.

nafsu kerana cinta,
atau
cinta kerana nafsu
mana lebih jijik, sayangku.
kau atau aku?

Maaf,aku tak faham.

Mengapa manusia mudah berasa bangga?
Saling menunjuk sisi gelap masing-masing.
Pertaruhan siapa paling jahat, siapa paling berdosa.
Umpama perlumbaan siri realiti kehidupan,
juri konon arif bijaksana rupanya nafsu, nafsu dan nafsu,
sedangkan mereka yang punya otak ini tahu ganjaran kemenangan,
semuanya menuju jalan celaka.

Jalan apakah yang kamu pilih wahai manusia?

Yang benar,
Sepatu.

Saturday, January 16, 2010

kosong

Dengan kau..
Aku sempurna..
Paling bahagia..
Senyuman melebar...
Gedik dan menggoda..
Seperti tidak berasa apa-apa..
Tiada cela...

Awek aku sempurna....
Dia takda masalah apa-apa..
Tiada sebab untuk berduka..
Tak mungkin berair mata....
Dia wajar senyum sentiasa..

Seperti mahu gila!

Friday, January 15, 2010

T.O.O. C.L.O.S.E.

I was sitting there
under that very same tree
that we've been under
all the years
together...

You came near me
You were standing
too close to me
How we felt for each other
that moment
indescribable...

I kissed you
you kissed me back
You were too pretty
Poor thing
I couldn't resist you
The warmth of your body
heated me all night
We were deeply
holding onto each other
I hugged you real tight...

Now you're gone
I no longer have any company
throughout my lonely nights
I still look at the milk bowl of yours
whenever I feel lonely
and the remaining Friskies in the box
I couldn't help myself sobbing
over your death
almost two years ago...

If only you know how much I miss you...

I won't get me another pet cat
Cause you're always the one
But, my dearie kitty
Somehow, I betrayed you
Cause there's Bubu now
replacing you...

Thursday, January 14, 2010

total eclipse of the heart

Jangan lari
Dibuai mimpi.

Jadi saksi
Gerhana matahari.

Boleh jadi
Peter Petrelli

Wednesday, January 13, 2010

empty eyes.

rindu;
bukan sebab dah lama tak jumpa.
tapi rindu;
sebab dia depan mata,
tapi fikiran absent entah kemana.

Tuesday, January 12, 2010

Masochist


Sayang,
semalam tidur ku langsung tidak nyenyak,

peluh membasahi diri,
air mata tumpah tak mahu berhenti,
dan
hati ini sakit bagai di robek-robek,
sayang.

Mengapa? -
Kau tanya,

Oh, tiada apa-apa.
cuma aku terlupa,
malam tadi itu milik kamu,
bersama dia.

Bila aku terkenang dia lena diuliti kamu,

Aku jadi cemburu.
Sayang,

Monday, January 11, 2010

Dan tarikh itu tetap

oleh Ahpeng Mohamad

Jejak-jejak yang terus berhayun
Kincir yang kelak akan terhenti
Peduli yang tak seiringan
Lorong-lorong yang kadang kala sesak kadang kala kosong
Kolonial yang terheret, bergesel lalu luka.
Goyah tidak akan menziarah hari-hari yang mendatang dan itu pasti
Cuma mentol yang filamennya mudah terbakar, perlu ditukar
Rindu pada merah, rindu pada bendera
Berbulan yang dalam, berbulan yang segalanya.
Suluhan lampu pentas tepat ke anak mata, jadi teruja
Lumpuh tanpa gas, lumpuh tanpa perasaan
Keesokan yang perit, kilometer yang menjerit
Menjalar-jalar seluruh bekas, lalu aku akan tewas
Terkenang talian-talian yang erat, berpaut
Cahaya-cahaya yang tertarik memanjang, suara tiga peringkat terigau-igau
Ada sesuatu di mata, segmen ini tergendala

sejarah seorang wira

hari ni aku LARI
umumkan kat Berita Terkini!

today i RAN
tell CNN!

Latihan rumah sukan,
dah surai baru hujan,
aku keletihan,
sialan.

Rumah Wira
kamilah juara!

Sunday, January 10, 2010

T.H.E.R.E.

I can hear the water flows
I can dive in the cold rush
I can smell the sweet air
I was there
deep in peace...

I can hear those around me
I can feel the nature
I can hear and feel

nothing

but

.....me.

Saturday, January 9, 2010

obsesi.

dia duduk sambil menongkat dagu.
dan matanya meliar pada setiap inci wajah dihadapannya.
perlahan, jari telunjuk kirinya mengalur lembut
di dahi,
turun,
di parut atas pipi,
turun,
di bibir,
turun,
dan
berhenti disitu.


cintai aku di setiap inci kulitmu,
dan aku berjanji untuk mengilai kamu
sampai aku mati.

janji.

Friday, January 8, 2010

rintisan

secubit kata khilafnya...
rosak seluruk jiwa..
rasa sakit tak terhingga..

Sudah jadi.

Bila duit hanya tinggal dua tiga ringgit
dalam kepuk dompet kusam
disorok diam dalam kocek berlubang.

Dan,
memandang langit lepas
mungkin turun hujan emas
di negeri orang.

Waktu itu,
baru terasa
air liur paling syurga untuk terus hidup.



nora bahari
hulu langat

Anjing

oleh Ahpeng Mohamad

Dan sebodoh-bodoh manusia ada dalam cermin itu, pergilah lihat.
Boleh kau heret ke seluruh kampung,
sebar-sebar, jadi pemberita untuk
anjing-anjing yang dahagakan cerita aib dan gosip jinak segala.
Menabung dosa untuk tiket ke neraka.

Dan sekarang, sudahkan perbualan ini,
pergilah lekas lihat cermin itu,
kemudian, ceritakan pada aku anjing yang sangat-sangat dahaga,
siapakah yang engkau lihat?

Wednesday, January 6, 2010

it lit

"aku sepet"
"engkau rempit"
"asyik berkepit"
"shit!"

Karma Bomba

Manusia manusia bodoh sentiasa mencari kepandaian

Tetapi

Manusia manusia pandai sentiasa menampakkan kebodohan

Pistol

Tembak
Sajalah
Aku
Ini
Dengan
Pistolmu
Yang
Maha
Berkuasa

Agar
Aku
Ini
Bisa
Hidup
Dengan
Bidadari
Neraka
Yang
Sangat
Cantik

rediscovery channel

//10 november 2007. aku seorang form 2.

Roses black and blue,
Nasi lemak breath
I bought you a ten sen icecream
And you told me you sayang-ed me
Oh how I could fly along with my heart
Smoking your cheap cigarette
Where we heading?
Your girlfriend’s house at the end of the world
Yes. Your girlfriend's

You and your accounts, I watched you fret
We were lonely we were edgy
Up there on her balcony, HER balcony
The grey sky beckoned
You came in through the door
Clicking your small black shutterbug
My laugh, yes, it was false and painful
WHY DON’T YOU JUST KISS ME ALREADY?
Here in my heart
Begging you to grab me
smother me with those lips I’m looking at

But you just went away

The devil told me to jump! JUMP!

And it rained, it rained just as well as my shirt said
HUJAN
Walk me home, I desired to scream
But
You kissed her and left me to walk in solitude, you did
Drizzle, drizzle and the wind called our names
The moment brimmed with perfection
But you weren’t there, for us to share
Salty raindrops
Salty raindrops pouring from my blinded eyes
Oh please,
I never knew how to make a feeling stop.

HIM is history :)

Tuesday, January 5, 2010

Sajak Orang Kaya

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta sport warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Vroomm

Vrrooommm..!!

Monday, January 4, 2010

B.A.R.U.....

Tahun baru...

Hidup baru....

Azam baru...

Kekasih baru...?

Harapan baru...

Cerita baru...

Cinta baru...

Baru.... kah?

Fundamentalis?

oleh Ahpeng Mohamad

Tona yang makin kelam
Ditusuk pula cantel yang menghujan
Tersekat di senja sesal,
tidak pula siang tidak pula malam
Dan asap jorong-jorong pekat yang meracun setiap pernafasan,
jadi loya dan lantas muntah
Seterusnya berseleraklah cebisan sedih dan kecewa
di taris jiwa yang lasam.

Dan engkau yang memegang busur,
ya, aku sedang cedera yang tenat, di seluruhnya.

Sunday, January 3, 2010

Obvious Reality

Zaman sekarang,
Messenger-messenger jarang
dibuka orang.

Semua pakai Mukabuku.

Bukan aku,
belum waktu.

MENADAH SAKAR YANG MENITIS..

Dari langit biru,
Dan awan tahun baru,
Yang telanjang mendakap,
Setiap butir butir,
Azam dari mulut mulut,
Manusia hidup berjiwa.

Untuk tahun ini,
Masihkah jiwa jiwa kita,
Seperti manusia dan,
Hidup?

Saturday, January 2, 2010

Bermuda


Cinta itu,

Kalau antara aku
dan kamu,
Ada dia

Tapi hati tetap berdebar
Masih tak boleh membenci
dan
tetap terus aku menyayangi.

.

Hari ini, esok..

Hari ini aku dalam pelukanmu,
esok...

Hari ini aku mencium dahimu,
esok...

Hari ini aku mencium tanganmu,
esok...

Hari ini aku tinggalkanmu,
esok...

....

Friday, January 1, 2010

saya.

mustahil dilupakan.




tapi,




susah untuk diingati.





we are only the substitute people - elizabethtown

Copenhagen

Tahun baru ini
Pintu pintu langit sudah terbuka luas
Untuk kita isikan dengan seribu satu jenis unsur logam

Dan disaat ini pula
Aku hanya merokok

Sambil mataku menonton MTV

Kamu pula bagaimana?


freDDy