Lewat ini, aku tak seperti dulu;
tak mampu lagi menulis,
puisi berbaris-baris.
Mungkin kerana sebab yang terlindung dari mata,
ia tak mampu lagi diolah dengan kata-kata,
yang meski indah, panjang berjela.
Susah untukku jelaskan.
Payah untukku terangkan.
Cuma
tolong,
buat seketika,
pejam pada yang tersurat
dan celik pada yang tersirat.
Aku rindu kau
sangat.
Still can't forget her, eh?
ReplyDelete