Tuesday, January 19, 2010

Pakej

oleh Ahpeng Mohamad

Perasa rutin dalam hidup manusia sekata,
sesal dan kecewa..
Setuju tidak?
Dua jenis, satu yang ianya untuk seketika, mudah dilupa,
dua yang aku kendong hingga hujung jauh sana, hingga aku tak nampak
walau satu cahaya dan ya, mati.
Dua jenis yang mudah menempel pada aku,
buat aku diam, layu dan gagal berfungsi.
Tindak balas yang aku telah jangka,
angkara laku diri, yang lupa kehendak bumi.
Konsisten yang kepura-puraan,
hanyut dalam segala aliran,
pegangan yang berterbangan entah ke mana.
Bandar yang ditinggalkan, ada aku bangunkan?
Mata yang rabun hampir buta, ada aku perasan?
Pesakit yang meminta nyawa, ada tidak aku bertimbang rasa?
Padahal bandar,mata, dan pesakit, itu aku!
Ya, aku..
Dan pasti absurd aku lepaskan,lupakan,
kerana turut serta tangisan mereka-mereka,yang terpenting pada aku.
Ianya pakej, dengan harga yang tersakit.

1 comment:

  1. absurd tu bhs mlayu ke bro..bijak guna ayat..wat lg yer..

    ReplyDelete