Wednesday, March 31, 2010

Traffic Jam

Hujan
Sejuk
Penat
Kereta berlalu bertali arus
Sesak dan menyesakkan

Aku mahukan matahari petang
Aku mahukan ketenangan senja
Aku mahu balik.

Tuesday, March 30, 2010

Silam

Ia tumbuh laksana sebatang pohon,
mahkotanya menjulang ke langit.

Akarnya menghujan ke bawah,
hingga ke masa silam
dan disuburkan oleh
zat makanan pekat

humus nenek moyang.

Langit Biru



jiwaku tenang, sempurna dan bahagia
menikmati kasih penuh bermakna
serasa langit biru sentiasa
terbentang luas, seluas cinta

hadirmu sayang umpama puisi
menghiasi indah taman di hati
tanpamu hiduku suram dan sepi
ucapan kasihmu puisi abadi

aku tahu....

kamu teruja melihat awan-awan itu bukan?
lembut, putih, cantik, suci.
biar aku hampar jadi tempat beradumu,
biar aku lindung terik mentari dengan tubuhku,
agar kamu bisa lena sekali.


*khas untuk kamu permata*

Monday, March 29, 2010

P.A.H.I.T

Mengenang
silam yang pahit
sukar untuk ditelan
terasa ingin meludah
agar silam yang pahit
tidak menjengah
dan mendekati
bayang diri
yang keliru dalam sendirian.

you're impossible to find

sudah mencari even disebalik pelangi
kamu tetap tak muncul lagi


i miss you.. yes you mr stranger.

You're like, you're not there,


Di lautan luas, aku cuma nampak langit biru,
burung berterbangan,
awan putih berbentuk cotton candy yang delicious,
dan
bergembira bersama angin yang membuai-buai,

tapi makin lama,
semuanya menghilang perlahan,
kerana aku tenggelam, drowning slowly,

kerana pelampung yang aku harap kau bawa,
tidak tiba tiba.

.

Jangan datang dekat April,


aku masih ingin 26.

....

Seluar panjang
pakai sarung

macam teroris.

Opsss

Sunday, March 28, 2010

Hari Ini

 
Sambil menatap kaki langit
Kukatakan padanya
Disana..
Di atas lautan pasir kita berbaring
Dan tidur nyenyak sampai subuh tiba
Tapi kerana kupu-kupu itu kelelahan
Akan tidur di atas bibir kita

Hari ini..
Kita akan bangun pada pagi yang sama
Dengan para pelaut dan perahu layar mereka
Dan akan terbang bersama angin
Seperti beburung senja

Hari ini..
Anugerah terindah bertandang
Pada jendela usang
Mengetuk pintu rawan yang telah lama berulat
Dan ia hadirkan
Dan ia hadiahkan
Senyum dalam gundah
Tawa dalam resah

Knock Out

You look so fine(s) today,


like a dust in my eyes.

this time baby i'll be shatterproof

& kau pun teruskanlah meninggalkan aku lemas dalam air mata spekulasi aku sendiri.


lalu aku kau kita. mati.

Saturday, March 27, 2010

Yang Pertama

Dia perempuan itu
Yang mahu mengambil hak jiwaku
Masih terngiang sindiran sinisnya
Masih kedengaran cerita cintanya
Betapa dia bangga menjadi yang pertama
Dan aku, aku hanya sisa
Cintaku cinta kedua
Yang tak punya makna

Aku benci dia
Walau sesaat kehadirannya
Mentertawakan aku
Takkan ku lupa kisah cintanya
Betapa aku ini hanya yang kedua
Dan dia,
Dia akan tetap menjadi yang pertama

Aku benci dia.

Friday, March 26, 2010

O Where Art Thou?

There is a robot
Whose heart doubles as a transmitter
And in the day he transmits
his message to the cosmos
And at night he waits
patiently for a reply

Sometimes it rains
But the robot is unfazed
But unknownst to him
Deep down inside
He rusts

Sometimes it rains hail
Or a sandstorm hits
Or wild beasts attack
The poor robot
has no choice but to retreat
to his tiny cave
But when the storm clears
and the savage animals moved on
The robot crawls out and
continues transmitting

Such is the life of the robot
Who can never die
Or see the world in another eye
for he is programmed as such
Who waits patiently and
transmits diligently
Braving the odds
Hoping for a single
beep
 
From the great cosmos

jadi biarpun kau benci aku bagaimana sekalipun sekarang ini aku tak peduli kerana satu sebab

yang kau sudah ada di sini
and even if i tried a thousand times
to remove you from there
i just couldn't seem to do so

tak berjaya


failed....


kerana yang namanya kamu itu
sudah terpahat dalam hati
milik seorang aku yang bodoh
dan hatinya sudah mati.

Thursday, March 25, 2010

a deadly virus called "you"

aku suka bercerita tentang semalam...
sebab dalam semalam ada engkau .
hari ini tidak.

Berpaling (Menjadi manusia baru)

Telan ludahmu

Kutip titis peluhmu

Patah balik usiamu

Bakarkan usahamu

Sumpah maki hidupmu

Bakar rentung dirimu

Murtadkan percayamu

Kalau kau punya sungguh mahu jadi manusia baru!!!

Janji.

Setelah kami telan mudah

Kata-kata menuntut setia buta

Tentunya berpaling tadah

Dari segala janji kata

Bereti meminta nyawa

Dari pedang tajam

Yang meminta-minta

Dipancungkan sahaja nanti

Leher-leher penderhaka.

suka.

aku suka makan, aku suka main,
aku suka kawan, aku suka hiburan,
aku suka belajar, aku suka tidur,
aku suka budak, aku suka berak,
aku suka muzik, aku suka sajak,
aku suka cantik, aku suka kacak,

..aku juga suka kamu.

lain dari suka-suka itu,
kerna dengan suka kamu,
hidup aku jadi tak menentu.

..apa kamu tahu.

nanti-nantilah

nanti-nanti
bila sudah bosan
jangan lupa ucap "bye-bye"
sebab kalau engkau lupa ucapkan
nanti aku terkapai-kapai

tapi itu nanti-nantilah...

boleh kan?

Monday, March 22, 2010

Bila aku kena hon

Aku bukan bodoh

Aku bukan dungu


Tapi kalau kau hon


Terlompat aku tersentak


...dan pedal minyak kuat ku henyak

Ada sesuatu di dalam diriku

Ada sesuatu di dalam diriku

Hendak ku luah tapi tak tahu
Apa yang berlaku padaku
Rasa tak menentu saban waktu
Bagai ada yang mengganggu
Apakah itu di dalam hatiku
Tidak tenteram di dalam kalbu
Rasa gundah tak menentu
Sakit jiwaku menahan pilu
Bagaimana hendak kutahu
Ada sesuatu di dalam diriku..
--rupa-rupanya nya aku terkena flu..

Sunday, March 21, 2010

sudah cukup buat aku.

aku tahu,
aku satu persinggahan.

seperti taman mainan kamu.
kamu datang hari-hari,
bermain dan pulang.

tapi itu sudah cukup,
asal kamu gembira,
tersenyum suka.

aku tahu,
malam harimu,
kamu rindu aku,
mahu bermain lagi,
esok petang.

Saturday, March 20, 2010

T.H.E. C.A.L.L.

Hello kata aku
Apa khabar tanyaku
Ke mana menghilang kamu
Aku rindu kamu
Titik.


Damn. I was talking alone on the phone.


. . . . . .

Friday, March 19, 2010

The Promise

Promise looked me in the eyes and lied to my face;
Promise took me by the hand and led me to a missing place;
Promise picked me up, then he let me down
Promise talked and talked, but he never made a sound
Promise shook my hand, then he turned and walked away
Promise filled my heart with hope that turned into depressing pain
Promise was my friend, but then he told me lies
Now, with promise by my side,
each day consist of disappointing sighs..

Wednesday, March 17, 2010

Ketika Aku Jengkel Dengan Sticker Kenderaanmu.

Dalam dunia sempurna
Waktu kamu hiasi cermin mobil
dengan segala kata-kata lewat realiti

'Pinky Princess'

misalannya

walau tahu kromosom kamu Y
juga rembesanmu testeron.

Dunia mungkin percaya.

Dalam dunia sempurna.

Sunday, March 14, 2010

Kamu Yang Di Hujung Sana

Waktu bersahaja
Duduk di jendela
Dengar lagu
Mengulit sendu
Kain di ampaian
Basah terkena hujan
Bunga kecil
Kelopak mungil
Teringat kamu
yang di hujung sana.

Kata terpena
Warkah berjela
Rindu membuak
Gelisah menyentak
Kasih nan mati
Bila kamu pergi
Menangis lagi
Teringat kamu
yang di hujung sana.

Bila bersua
Siapa terlena
Entah di mana
Apa punca

Kamu yang di hujung sana
masih ingat-kah?

Saturday, March 13, 2010

secret recipe

engkau,
macam saus cili.
pedas.
tapi aku mahu engkau lagi
dan lagi.
dan lagi.

Friday, March 12, 2010

jual murah

Sememangnya cinta aku disampahkan
kerana aku yang menjajakan.
Sememangnya hati aku dipijakkan
kerana aku yang menawarkan.

Aku yang hodoh akhirnya diperbodoh.

Thursday, March 11, 2010

Senyum, Sengih

Bibirku mengukir

Wednesday, March 10, 2010

mengejarmu adalah obsesiku kerana aku suka melihat engkau tertawa walau yang engkau lakukan adalah mengetawakan aku

kelmarin sewaktu mengejar engkau,
aku terjatuh. lagi.
dan seperti biasa,
engkau juga,
ketawa lagi.

seperti melihat cermin tentang kamu aku tahu dimana garisan kesedihanmu bermula dan berakhir

aku menangis melihat semuanya baik-baik sahaja
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya gembira
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya ketawa
kerana aku tahu engkau tidak

tak perlu engkau sembunyikan kisah tentang cermin
kerana aku simpan serpihan yang terpecah kelmarin

dan selagi serpihan itu terbenam di telapak tangan ku ini
selagi itu darah yang mengalir tak akan berhenti
tak berhenti seperti aku yang akan terus memerhati
walau aku tahu engkau tak akan pernah peduli

satu pembohongan

malam itu kamu memberi harapan,
hati yang sudah sedia hancur ini mula membaik,
saya rasa nyaman walaupun pelik,

iya, kamu seperti abang kepada saya,
iya, kamu seperti kekasih di hati saya,
iya, kamu lebih baik daripada si dia,

tetapi saya ini perempuan,
masakan saya mahu perasan,
selagi bibir itu tidak meminta;
"mahukah kamu menjadi teman hidup saya?"
saya tidak akan cuba menjadi sebegitu,

saya masih ada maruah untuk dijulang,
saya masih ada harga diri untuk dipegang,

saya tak perlukan harapan itu,
kerana hatimu sebenarnya tidak mahu,
perbetulkan keadaan ini,
saya berasa sungguh tidak selesa menjadi begini,

ambil semula harapan kamu,
lipat kemas di dalam hati,
simpan genggam di dalam diri,

aku bukan pilihan kamu,
dan aku juga rasa;
kamu bukan untukku.

Tuesday, March 9, 2010

Your elbow is very ugly!

Kau dah bawa aku terbang tinggi sangat, nak kembali mendarat untuk pijak bumi nyata pasti jatuh.

Kau dah bawa aku hanyut dalam sangat, nak kembali bernafas di permukaan air pasti lemas.

Kau dah bawa aku lari jauh sangat, nak kembali mencari pangkal jalan pasti sesat.

Lalu aku mati. Kerana kau yang memberi hati ini sudah buruk siku merampasnya kembali lalu kau mamah. Sampai pecah.

Aku dan Sepi

aku sendiri,
di ruang kamar ini,
tatkala sepi sudah ke mari,
menjenguk aku sang hina dini,
sepi berkhutbah sampai pagi,
mata kuyu segar sekali,
sungguh benar kata sepi,
buat aku muhasabah diri,
sepi datang bawa erti,
mengajar aku tentang diri.
tentang kehidupan,
tentang manusia,
tentang kasih sayang,
tentang cinta,
seraya sepi jua,
mendekatkan aku dengan wahyu Ilahi.

aku langsung tidak kisah walau kerja segunung mendatang dan cabaran selaut menduga kerana aku tahu di hujung hari bila aku pulang, aku ada kamu

cukup dengan itu
bila ku dengar suara kamu
lepas-lah segala resah rindu
di sini, dalam dadaku.

kerana
bila aku tahu
kamu ada di situ
menanti tak jemu
dan kau bilang kau rindu aku

cukup-lah begitu.


=)

Surat Untuk Bulan

Aku kirimkan pada Bulan,
jiwaku,
beri pada dia.

Biar dia terang
biar aku lihat dia

dia siapa?
CINTA?

Coffee

Hidup ibarat kopi.
Kita minum bersama
hilang rasa sepi.

Tapi setelah itu,
kita sendiri.

Monday, March 8, 2010

Diam saja

Kau sudah buat aku gila,
dek lidah iblis yang kau ada,
kau hujani aku dek seranah segala,

Aku mahu diam saja,
biarkan kau terus berpesta,
aku mahu kemam dan terus telan,

Aku jua mahu berdoa,
moga kau dapat rasakan semula,
tatkala cerca hina kau hadap semula.

Pintu Tutup

Sewaktu aku mula perlahan-lahan membuka pintu,
kau ku lihat mula ke melangkah ke rumah lain,


cuma sekali sekala kau tegur rumah ini,
bertanya khabar dan bercerita panjang,
selebihnya kau lebih gemar bersama dia,


pintu yang terbuka sedikit,
perlahan-lahan aku tutup kembali,

kerana rumah yang itu lebih menanti kamu.


Sunday, March 7, 2010

Masa Yang Meninggalkan

Tuhan,
kenapa kau ciptakan waktu ini searah?
hingga kau sanggup melihat aku terseksa
Adakah aku masih koma?
melihat jalan yang aku gariskan?

Tuhan,
tolong tinggalkan titik-titik masa
untuk sedikit cuma

Tolong Jawab Aku!!


Kalau aku kata aku rindu
Mungkinkah kita menjadi satu?

Kalau aku kata aku cinta
Dapatkah kau tidur lena?

Kalau aku kata aku rasa bahagia
Tahukah kau, kau adalah punca?

Kalau aku tak benarkan kau pergi
Adakah kau tetap angkat kaki?

Baik kirannya,
Aku diam
Tak kan tanya lagi.

Mari

balada hiba kau sendiri
bersama lilin-lilin malam
disetiap meja-meja kosong
cahayanya malap
tiada siapa

hei,kau harus kesini!
bernyanyilah disini
di ruang kosong yang berdenggung ini
yang patut mendengarmu
aku!
farid sukur

bosan saja, walaupun kau tak melihat ini dan aku juga kurang peduli, tapi masih juga mahu aku katakan

perempuan itu sahabat setia
bila sedih datang menguji
dia pasti muncul
menghalau segala celaka pergi.

aku tak kata
aku perempuan itu
kerana kalau ia buat kamu
aku pastinya tak mampu.


ini gejala rindu bahana
ahh... sial saja.

Saturday, March 6, 2010

bila yang bermain di kepalaku cuma irama muzik indah tentang kamu

seseorang pernah bertanya kepadaku
"apa maksud cinta pertama padamu?"
aku tersenyum dan berkata....

KAMU.... (^_~)v

Friday, March 5, 2010

Bila Rasamu Kini Rasaku

Bila kau terasa
aku yang turut merasa
kita saling dikurnia rasa
yang entah apa.

Rasa ini apa pun ia
kukira datangnya dari Dia
supaya kita manusia
saling cinta dan percaya.

Rasa ini kian ketara
tak pasti apakah punca
tapi sayang yang membunga rasa
jadi pengikat kita.

Jangan pergi lagi
I hate to lose you
Don't go
I'll suffer all my life
missing you.


Itu sudah.

Lagu Bertangkai Tuju

Semalam aku terlihat bintang
Yang lari jauh sekali
Lalu entah,aku buntu
Kerana aku sangat mahukan itu
Bintangnya satu
Paling terang
Terdedah pada aku
Tapi aku tak bisa melihatnya
Lebih rapat,lalu aku malu
Bintang itu
Bernama cinta
Hingga aku rasa
Indah..

farid sukur

Wednesday, March 3, 2010

guardian


Cinta itu,
kalau mata terbutakan
telinga hilang pendengaran,
dan deria seakan ibarat nama cuma

tapi hati tak pernah gundah,
tiada sunyi
juga gelisah
kerana
aku tahu


kau sentiasa ada meneman.


Dalam perjalanan jangan lupa jalan.

Dalam dunia yang tak henti memutar
dalam kancah konco-konco manusia
walau putih atau hitam
betapa susah untuk kita mencari cahaya.


Mereka kata kita makin tak lama
bumi makin tua
dosa makin padat
pahala makin tersesat
diri makin fana larat.


Dalam lengkap berpakaian
segala atur badan rapi
dari atas hingga bawah cantik
jangan biar anak cucu kita soal nanti
apa tuhan itu wujud?


Jangan biar bila gender menjadi satu taruhan mainan
kau tak nampak mana jantan mana perempuan
semua mahu jilat rasa
enak atau bangsat belakang cerita.


Sebab itu dalam kita jalan-jalan
kita sedar-sedar kehidupan
namun dalam enak kita jalan-jalan
ada satu perhentian
untuk kita periksa
apa yang telah kita abaikan.


Sujud.
Zikir.
Al-Quran.


Jangan lupa sama Tuhan.



nora bahari
melaka

Monday, March 1, 2010

ZODIAK

dan Tuhan menyusun
setiap yang
terbaik
dari ae ke zi
untuk kita tatapi
atas sebuah akar
tunjang fikir

Bila-bila Kau Suka

Tahu tak, senangnya jadi engkau, boleh keluar masuk dari hidup aku bila-bila kau suka. Tahu tak senangnya engkau buat aku ketawa, tapi selang sesaat kemudian kau buat aku menangis pula. Tahu tak sakitnya aku rasa bila engkau ceritakan apa yang kau rasa.

Tahu tak betapa tak best-nya aku menunggu engkau?

Tahu tak kenapa aku ucapkan ini semua?

Kau takkan mahu tahu.

Aku juga tak tahu.