malam itu kamu memberi harapan,
hati yang sudah sedia hancur ini mula membaik,
saya rasa nyaman walaupun pelik,
iya, kamu seperti abang kepada saya,
iya, kamu seperti kekasih di hati saya,
iya, kamu lebih baik daripada si dia,
tetapi saya ini perempuan,
masakan saya mahu perasan,
selagi bibir itu tidak meminta;
"mahukah kamu menjadi teman hidup saya?"
saya tidak akan cuba menjadi sebegitu,
saya masih ada maruah untuk dijulang,
saya masih ada harga diri untuk dipegang,
saya tak perlukan harapan itu,
kerana hatimu sebenarnya tidak mahu,
perbetulkan keadaan ini,
saya berasa sungguh tidak selesa menjadi begini,
ambil semula harapan kamu,
lipat kemas di dalam hati,
simpan genggam di dalam diri,
aku bukan pilihan kamu,
dan aku juga rasa;
kamu bukan untukku.
pinjam puisi ini utk letak di laman saya, boleh? kredit untuk kamu.. saya x lupa.
ReplyDelete