aku menangis melihat semuanya baik-baik sahaja
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya gembira
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya ketawa
kerana aku tahu engkau tidak
tak perlu engkau sembunyikan kisah tentang cermin
kerana aku simpan serpihan yang terpecah kelmarin
dan selagi serpihan itu terbenam di telapak tangan ku ini
selagi itu darah yang mengalir tak akan berhenti
tak berhenti seperti aku yang akan terus memerhati
walau aku tahu engkau tak akan pernah peduli
No comments:
Post a Comment