Monday, November 23, 2009

Malu.


Kita bilang,
Letih, semalaman berjaga
berpesta
bersuka ria
Maka hari ini kita pilih
untuk bercuti dari kuliah,
sekali sekala kita kata

Kita kata,
Penat belajar
buat kita mahu mati

Kecundang periksa
buat kita mahu berhenti.

Namun,
pernah sekali kau fikirkan
Anak-anak di Palestin tak pernah mahu untuk berhenti
tidak pernah mahu berasa lelah
sekali pun perjalanan mereka ke madrasah nyawa diancam bunuh,
oleh Yahudi durjana yang tak pernah kenal erti celaka.


Apa kita tidak pernah berasa malu dengan mereka?


2 comments: