Monday, August 31, 2009

Eid

Ajarkan saya anyam ketupat sayang

saya ini orang Pahang

hanya tahu kacau dodol

bakar lemang

Sunday, August 30, 2009

M.E.R.D.E.K.A

Melulu muda mudi membanjiri Dataran Merdeka.....tapi..
Endah kah mereka akan sejarah 52 tahun nann lalu di situ..
Riuh-rendah yang menggamatkan malam ini...malah..
Ditenggelami oleh suara pekikkan bunga api...
Episod baru negara seolah kembali bermula...
Kembali menjadikan jiwa-jiwa kosong merasa leka..
Apabila mereka menyalahtafsirkan apakah itu Merdeka...

Puisi Buat Kekasih

Dan ketika alunan suara itu lembut menusuk ke hati
Serentak jiwaku luluh menggetarkan seluruh anggota
Rasa gerun dan takut menggoncang segenap ruang inci nafasku
Hingga berderai air mata dengan sedu-sedan yang menyesakkan dada

Dan pada satu malam aku jadi gelisah
Puas kupaksa diri untuk tidur tetapi tiada jaya
Lalu akhirnya kubuka 'buku itu' yang lama sudah tidak kusentuh
Dek kesibukan duniawi yang mencuri seluruh masaku

Dan saat lidahku melagukan isi cerita 'Buku itu'
Terasa seakan angin lembut meresap masuk ke seluruh rongga
Mewujudkan rasa tenang yang mendamaikan jiwa
Seolah diriku dirangkul dan didakap erat olehNya

Dan tika itu kusedar bahawa Kekasih abadiku itu
Tidak pernah meninggalkan aku
Dia mendengar rintihku dan melihat esak tangisku
Jua mengampunkan segala khilafku

Dia timpakan aku dengan ujian
Agar aku tersentak dan tersedar
Lalu kembali mengingati janji aku kepadaNya
Untuk mencintai Dia sepenuh jiwa

Dunia ini hampir mengurangkan cinta dan kasihku terhadap Dia
Membuatkan aku lupa untuk membuka kitabnya
Yang sewajibnya aku jadikan panduan hidup
Bukan hanya menurut takdir secara buta-buta

Kekasih, Cinta hatiku, Ya Rahman, Ya Rahim
Aku mohon agar roh ketenangan yang aku rasa ini tidak kan hilang
Agar sempat kuperbaiki hubungan cinta kita biar sempurna
Buat bekalan untuk aku menghadapMu di sana

Tuesday, August 25, 2009

accident happens

kalau boleh aku mau kamu mendarat di ruangan kiri hatiku

sebab kanan hatiku telah rosak teruk akibat kemalangan semalam

kalau kamu tetap berdegil aku tak akan bertanggungjawab

cuma aku ingin ingatkan

hati-hati

dibawah hatiku yang rapuh itu ada jurang air yang paling dalam

jangan lemas ok

Bisa Saja Aku

Bisa saja aku
Lukakan jiwa
Pabila hampiri
Yang namanya cinta

Bisa saja aku
Torehkan hati
Saat merasa
Yang namanya rindu

Bisa saja aku
Lakukan segala itu
Kelak menghancur
Yang namanya aku

Bisa saja aku
Sabar dan redha
Tenang menerima
Takdir hidup ditentukan Dia

Bisa saja aku
Panjatkan doa
Lorongkan hati aku dan dia
Saling menerima apa adanya

Bisa saja aku
Yakin janjiNya
Bertemu dia yang sekufu
Sebagai imam juga pelindungku

Hujan I

"Menjenguk jendela dari kamar bisu..
Aku hanya terpandang hujan yang makin buas menghempas bumi..
Sedang hati rapuh menahan sunyi..
Bersoalkan apakah terlalu sebal kehidupan pernah dilalui..
Aku memilih lena di kamar sebagai medan untuk terus berlari..
Bersembunyi.. "

.
.
Bersatu nafas kita seirama..
Liuk tubuh coba menggoda...
Kau menghulur jemari..
Ku raih lembut ke sisi..
Disini embun..
Disini debu....
Lalu segala yang tercipta hanyalah,
Sabda pendita rindu..
Menyelak kekain rahsia..
Terpana ku dalam keEsaan cinta..
Menatap madu kasih...
Merayukan asmara...
Gemersik rintih..keluh dan kesah mu..
Terakam padu di kuping ku...
Menghantar rasa dingin di kalmu..
Saat tempias mu mencium nikmat pipi ku..
Saat aroma tubuhmu melekap ke tubuh ku..
Akan semakin resah untuk bingkas berlalu...
Ingin ku abadikan saat ini dengan mu selalu..
Keindahan mu terlalu membujuk nafsu..
Kehilangan mu melampiaskan sejuta rindu...
Hujan Ku.......

Monday, August 24, 2009

apa yang aku inginkan sekarang adalah poket doraemon atau mesin merentas masa di laci nobita

kalau aku bisa merentas waktu

aku mau ke masa lalu

dan tukarkan aku

kepada yang lebih bisu

kerana suaraku

buat dia kelu

Neon -

Hari ini aku ingin menjadi kunang kunang.

Yang dapat
terbang ke dalam baju kerjamu,
dan
di situ aku berdendang.

M

Perkataan lima huruf untuk ugutan emosional

Kalau benar apa yang aku rasa ini bukan cinta


Maka,
Hati-hati di kertas kecil yang merimbun-rimbun itu
Tandanya apa

Sunday, August 23, 2009

warna

mari sini
aku ingin kabarkan sesuatu ke kamu
aku ada dengar ini dari si tua...

dia bilang
putih itu suci
hitam itu kelam
biru itu tenang
ungu itu nafsu
merah itu marah

tapi satu yang aku lupa

aku lupa warna untuk cinta

sama seperti aku lupa apa itu cinta

Saturday, August 22, 2009

Bila Marikh Bersabda:

bisa saja aku
menjadi:
gigolo
bapa
permainan
peneman
kesatria armor bersinar
Emerald in distress
pemandu laju
suami
laki
perindu

kamu

ak ak ak

Bila Venus Bersabda:

bisa saja aku
menjadi:
pelacur
ibu
kekasih
simpanan
peneman
isteri
bini
perindu

kamu.

Maya

Ingin ku sentuh tapi tak sampai....
Ingin ku belai tapi tak mampu...
Ialu biarku lafazkan dgn perkataan akan perasaan rindu...


Aku rindukan desahan mu dalam rangkul ku...


29 Lagi

yang halus itu adalah
sulaman kerawang
kembangan
putih.bersih.

yang licin itu adalah
lagaan
sutera batik
yang memeluk
tubuh yang penuh
misterius.suci.


yang gerhana
adalah malam
syawal
pertama
dalam dekap
dekat
dadamu.

Friday, August 21, 2009

Biasa Sahaja

Malam itu
Aku berkira-kira
Haruskah mesej ucapan puasa daripadaku
Kuhantar terus kepada dia

Dia itu yang tidak banyak bicara
Yang sekadar melakar rasa melalui seninya
Yang tidak pandai menulis panjang berjela
Tapi bijak menjadi pendengar setia

Aku kira tidak mengapa kalau aku yang mula
Lalu kutitip kata yang biasa-biasa
Sekadar tanda ingatanku kepadanya
Buat pengukuh persahabatan aku dan dia

Tapi entah apa menghalang
Kupadamkan sahaja mesejku itu
Fikirku tak apalah sayang
Biar rasa itu kusimpan di kalbu

Sesaat kemudiannya henfonku bergerak
Tanda satu mesej kuterima
Ucapan Salam Ramadhan Al Mubaraq
Yang jelasnya daripada dia

Aku tersenyum seribu makna
Kerana diriku diingat olehnya
Pantas kubalas seringkas bahasa
Yang lain-lainnya kusimpan di dada....

2 ekor gagak

hey mari berkenalan

nama aku gagak

nama aku juga gagak

eh, kita bernama serupa

tapi kenapa hati kau lebih hitam dariku

Hujan Tangis

Dengarkah hati-hati yang buta..
Bahawa di tengah angkasa punya suara yang berbicara....?

Sedarkah jiwa-jiwa yang terluka bahawasanya ada renyai bermadahkan hiba....?
Nampakkah kalian wahai sang deria yang tersembunyi ini penuh darah dan air mata...?

Terduduk....termanggu...hingga terpejam mengkaburi segala.....
Rinai hujan hadir lagi, menemani serelung hati yang membengkak..
Bersama membuaikan irama paling melankola...
Membujuk jiwa agar terus tabah mengukir ceria....

Ayuh...dengarkanlah...

Tangisan hujan menemani sang malam yang sepi...
Biar memberi kesedihan, malam masih menghargainya...
Titisan air melengkapi kehendak hidupan yang melata...
Biar rakus membasahi...
Kasih antara mereka kekal selamanya...

Takkala rembulan melindungi kejora....
Disaat itu panahan kilat menggantikan cahaya...
Alangkah indah persahabatan mereka...
Di sudut hati ini berbeda dari yang nyata ku jumpa...

Takkala hati meronta,
jiwa membiarkan nestapa...
Takkala perasaan meminta,
Hati mengabaikannya...
.
.
.
.
Ketika aku bertanya....Kau masih enggan bersuara....
.
.
.
Tapi mengapa......

Sesat

Apa kamu buat disini?

Kelihatan begitu cantik.

Sudahkah pelangit bertukar warna menjadi bosan 
tanpa kepelbagaian tanpa pillihan lagi.
Bunga berhenti mekar dan lebah sudah mati
tanpa madu dan debunga yang kering tidak subur lagi.
Mentari terbit tidak membawa apa-apa
harapan dan erti.

Atau sekadar berhenti
bertanya arah.

Sesat dalam pencarian.

Mencari warna kelapan pelangi.
Mencari bunga yang malu-malu, hanya mekar dimalam hari.
 

SELAMAT MALAM DUNIA semoga mimpimu indah malam ini...

hey dunia...
tahu tak??

kalau kau pergi aku tiada apa lagi

hey dunia...
tahu tak?

kalau kau mati aku juga akan mati

hey dunia...
tahu tak?

kalau kau hilang aku jadi si malang



jadi KAMU,


tolong jangan pergi.... demi aku

tolong jangan mati.... demi aku

tolong jangan hilang.... demi aku

sebab sepanjang pengetahuan sedarku

KAMU adalah duniaku...






salam shaum dunia!!!

Thursday, August 20, 2009

Goddess -

Baju putih
leher jinjang
kasut tinggi
kaki panjang.


Sampai teleng engkau melihatnya,Sayang.

M

Puisi Puasa

20 tahun lalu
Di bulan Ramadhan yang mulia
Aku mula belajar puasa

Emak dan abah tak pernah memaksa
Tapi sendiri mahu mencuba
Menjadi umat Islam berguna

Setiap hari aku mencuba
Menahan lapar dan dahaga
Tapi tiap kali diriku terjaga
Terus kuminta berbuka puasa

Hari terakhir Ramadhan akhirnya tiba
Diriku nekad untuk berpuasa
Biar pun badan lemah tak bermaya
Masih aku kuatkan jiwa

Apa malang nasib diriku
Bila waktu petang menjelma
Jiranku mengajak main bersama
Dengan pop corn di tangan kirinya

Aku yang mamai mulai lupa
Maka ku join makan dengan gembira
Hanya teringat bila emakku bersuara
"Eh. Dah buka puasa?"

Aku tergamam tak kata apa
Kerana hampir tidak percaya
Lagi sejam mahu berbuka
Aku dah terlanjur TERbuka puasa

Emak menggeleng-geleng sambil tertawa
Katanya tak mengapa, makanlah sahaja
Aku menangis kataku tak sengaja
Masih bolehkah aku berpuasa?

Kata emak kalau begitu tak apa
Tuhan maafkan kerana terlupa
Maka aku terus berpuasa
Walau pun telah makan dengan rakusnya


nota: puisi amat buruk. Eh, cop. Puisi ke nih??

Tentang Precision

Kukerling jam di tangan
Sudah jam 7.21 pagi
"Perlu pantas!" jerkah hatiku
Motivasi untukku memecut laju

Tapi apa malang
Tatkala tiba 15 minit selepas itu
Perempuan itu
Kulihat sudah duduk menunggu

Dengan wajah mencuka
Mulutnya bertanya
"where are you?"
"I nearly left you"
"You got my sms?"
Duh! Pasti kali ini aku akan kena

Maka hari ini
Terpaksa kukebalkan telinga
Dan mengangguk-angguk insaf
Untuk mendengar ceramah
Tentang P.R.E.C.I.S.I.O.N

"Sorry madam. Next time I won't be late. Even for 10 minutes. Haih"

Wednesday, August 19, 2009

i.r.o.n.i

Mungkin,

aku memang

hanya yang terbaik

untuk orang lain

KL 3/3


Aku mau mencintaimu
dalam tengah-tengah
semput jerebu
dikelilingi manusa
yang hatinya cemburu
melihat aku mencumbui
bibirmu.

Dan kemudiannya aku ditertawa pakcik di dalam lif ke tingkat rahsia

Awan cumulus nimbus itu sentiasa di kepala
Berat dengan air, berwarna kelabu

Cuma satu aku pinta
Jangan mula hujan ke atas aku

Kerana aku masih belum mampu beli sekaki payung
Berwarna biru

Benchinta

Sakit hati
Luka pedih
Mahu benci
Dan lupa dia sampai mati

Tapi
Dalam jiwa
Meronta rasa
Mahu dekat dia
Bicara seperti biasa

nota: err.. kena pendek je kan? lol=p

Disco stick -

Seharusnya ini rahsia,
rahsia yang cuma layak di kasitau,
bila kamu sudah mutlak milikku.

Tapi tak mengapalah,
aku sudah tidak sabar,
dan
mulai lelah.

Penis kamu.
Ada sesuatu yang salah.

M

Sajak

Ditangan saya ada sekeping puisi
yang tiada sulaman perkataan,
tiada gubahan baris-baris 
seindahnya di dunia 
yang mampu saya baca.

Ditangan saya ada sekeping puisi
yang hanya dihiasi

wajahmu. 

Tuesday, August 18, 2009

Kucing 3

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang

Tak habis-habis dengan kucing belang.

Kenapa dengan kau eh?

Fetish dengan kucing belang?

Kucing lain tak bagus?

Berlajarlah menerima kucing seadanya

Kerana setiap kekurangan ada kelebihan lain

Kemakmuran

Anak-anak gemuk di sepanjang jalan
Anak-anak terlebih makan

Negaraku makmur dirahmati tuhan

Eh bukan silap,

dirahmati makanan

Kucing 2

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang

belang, tompok, corak rama-rama
kucing adalah kucing

bukan pinta mereka dilahirkan bercorak apa
atau menentukan pilihan baka bapa
atau citarasa mak mereka

Sudah sudahlah kamu bersikap membeza-beza

Haih

Primi -

Sekali lagi
aku merasa seperti yang pertama kalinya.

Hello dunia.

Sudah siapkah kita?

M

Puisi yang bagaimana

Bagaimana mahu bikin puisi
Kerana aku ini bukan orang yang pandai berbasa-basi
Apa perlu imbuhannya sama di belakang serupa yang ini
Apa perlu ianya jenuh difahami
Atau datang dari apa yang orang kenal,
Sebagai hati

Apa iramanya
Apa tonanya
Apa
Apa lagunya
Apa intonasinya
Apa ceritanya

Apa puisi ini umpama pantunkah
Atau hanya sebuah cerita
Apa perlu aku lakarkan ke sekeping kertas
Apa perlu aku susun baitnya indah-indah

Puisi apa ni?

Ohh.

Ooohhhh.

Oooouhhhhh.

Teruja dan suka

Ooohhhh.

Resepi Kebahagiaan

Lobak dan saderi,
baik untuk kulit dan hati.
Epal dan ubi parsnip,
Untuk jantung dan serapan zat besi.
Timun dan strawberi kaya dengan vitamin C, 
Untuk wanita yang dicintai, demi menjaga kesihatan diri.

Anti-oksidan untuk si Lelaki, kobis dan bijirin dan serat dan semuanya sekali.

Sebelum larian pagi, di kaunter dapur, masing-masing dengan mesin pengisar dan gelas tinggi dan besar mereka sendiri.

Cuma yang tinggal satu didalam raga, sebiji tomato yang enggan dikongsi.

Kerana tidak boleh separuh atau tidak disertakan sekali, kerana demi melengkapkan resipi.

Jadi hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya, licik lariannya, yang selayaknya memilliki tomato yang tinggal sebiji. Dan seorang lagi, hanya mampu mengejar sambil menjerit "tak guna pencuri! Pergi lah beli sendiri!!"

Lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki suami isteri.  

Kucing

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang

Jika dua tiga kucing berlari
tidak berbelang

Dan kucing berbelang tidak berlari

Kecuali dua tiga kucing belang berlari
Mungkin ada persamaan disitu

Disitu

Resit

Dalam poket, dalam dashboard kereta, dalam laci, atas meja, dalam dompet, senarai runcit, klinik, tol, Mekdonald, KFC, stesen minyak, ATM, kad kredit, servis kereta, elektrik, air, saluran kabel, talian berbayar.

Jika ada resit bagi setiap harga aku perlu bayar untuk miliki hati kamu

Aku guna ruang kosong dibelakangnya untuk mencatat nombor telefon gadis tadi,
yang baru aku temui.

Kupu-kupu

Bagaimana mahu gambarkan perasaan ini
perasaan kupu-kupu didalam perut.
Sesungguhnya hati sudah terpaut
tapi ada takut-takut

Boleh terimakah alasan ini
jika boleh mahu terang-terangan tapi maaf
ada serangga kecil cantik bersayap sedang berterbangan dalam abdomen saya

Oh jika begitu
mari saya tendang perut awak 
jawabmu barangkali

Puisi Jahat

Aku mahu baca puisi ini
tanpa izin kamu
sambil hisap rokok

Aku mahu baca puisi ini
biar kamu tahu
aku sedang mogok