20 tahun lalu
Di bulan Ramadhan yang mulia
Aku mula belajar puasa
Emak dan abah tak pernah memaksa
Tapi sendiri mahu mencuba
Menjadi umat Islam berguna
Setiap hari aku mencuba
Menahan lapar dan dahaga
Tapi tiap kali diriku terjaga
Terus kuminta berbuka puasa
Hari terakhir Ramadhan akhirnya tiba
Diriku nekad untuk berpuasa
Biar pun badan lemah tak bermaya
Masih aku kuatkan jiwa
Apa malang nasib diriku
Bila waktu petang menjelma
Jiranku mengajak main bersama
Dengan pop corn di tangan kirinya
Aku yang mamai mulai lupa
Maka ku join makan dengan gembira
Hanya teringat bila emakku bersuara
"Eh. Dah buka puasa?"
Aku tergamam tak kata apa
Kerana hampir tidak percaya
Lagi sejam mahu berbuka
Aku dah terlanjur TERbuka puasa
Emak menggeleng-geleng sambil tertawa
Katanya tak mengapa, makanlah sahaja
Aku menangis kataku tak sengaja
Masih bolehkah aku berpuasa?
Kata emak kalau begitu tak apa
Tuhan maafkan kerana terlupa
Maka aku terus berpuasa
Walau pun telah makan dengan rakusnya
nota: puisi amat buruk. Eh, cop. Puisi ke nih??
No comments:
Post a Comment