Malam itu
Aku berkira-kira
Haruskah mesej ucapan puasa daripadaku
Kuhantar terus kepada dia
Dia itu yang tidak banyak bicara
Yang sekadar melakar rasa melalui seninya
Yang tidak pandai menulis panjang berjela
Tapi bijak menjadi pendengar setia
Aku kira tidak mengapa kalau aku yang mula
Lalu kutitip kata yang biasa-biasa
Sekadar tanda ingatanku kepadanya
Buat pengukuh persahabatan aku dan dia
Tapi entah apa menghalang
Kupadamkan sahaja mesejku itu
Fikirku tak apalah sayang
Biar rasa itu kusimpan di kalbu
Sesaat kemudiannya henfonku bergerak
Tanda satu mesej kuterima
Ucapan Salam Ramadhan Al Mubaraq
Yang jelasnya daripada dia
Aku tersenyum seribu makna
Kerana diriku diingat olehnya
Pantas kubalas seringkas bahasa
Yang lain-lainnya kusimpan di dada....
thumb up
ReplyDeletemenarik!
ReplyDelete