baik untuk kulit dan hati.
Epal dan ubi parsnip,
Untuk jantung dan serapan zat besi.
Timun dan strawberi kaya dengan vitamin C,
Untuk wanita yang dicintai, demi menjaga kesihatan diri.
Anti-oksidan untuk si Lelaki, kobis dan bijirin dan serat dan semuanya sekali.
Sebelum larian pagi, di kaunter dapur, masing-masing dengan mesin pengisar dan gelas tinggi dan besar mereka sendiri.
Cuma yang tinggal satu didalam raga, sebiji tomato yang enggan dikongsi.
Kerana tidak boleh separuh atau tidak disertakan sekali, kerana demi melengkapkan resipi.
Jadi hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya, licik lariannya, yang selayaknya memilliki tomato yang tinggal sebiji. Dan seorang lagi, hanya mampu mengejar sambil menjerit "tak guna pencuri! Pergi lah beli sendiri!!"
Lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki suami isteri.
No comments:
Post a Comment