Kukerling jam di tangan
Sudah jam 7.21 pagi
"Perlu pantas!" jerkah hatiku
Motivasi untukku memecut laju
Tapi apa malang
Tatkala tiba 15 minit selepas itu
Perempuan itu
Kulihat sudah duduk menunggu
Dengan wajah mencuka
Mulutnya bertanya
"where are you?"
"I nearly left you"
"You got my sms?"
Duh! Pasti kali ini aku akan kena
Maka hari ini
Terpaksa kukebalkan telinga
Dan mengangguk-angguk insaf
Untuk mendengar ceramah
Tentang P.R.E.C.I.S.I.O.N
"Sorry madam. Next time I won't be late. Even for 10 minutes. Haih"
No comments:
Post a Comment