Tuesday, August 18, 2009

Puisi yang bagaimana

Bagaimana mahu bikin puisi
Kerana aku ini bukan orang yang pandai berbasa-basi
Apa perlu imbuhannya sama di belakang serupa yang ini
Apa perlu ianya jenuh difahami
Atau datang dari apa yang orang kenal,
Sebagai hati

Apa iramanya
Apa tonanya
Apa
Apa lagunya
Apa intonasinya
Apa ceritanya

Apa puisi ini umpama pantunkah
Atau hanya sebuah cerita
Apa perlu aku lakarkan ke sekeping kertas
Apa perlu aku susun baitnya indah-indah

Puisi apa ni?

3 comments: