Sunday, December 19, 2010

dari debu debu durjana

dari debu debu durjana
pada hangat besi dipanggang liuk api syaitan
meluwapkan dengus nafas jahannam
yang kau panggil syurga


dari debu debu yang sama
di hujung jarum pinjaman iblis
torniket keratan batik jawa
ketar jarimu menggenggam celaka


dari debu debu itu juga
di hujung penjuru meja kaca
lima puluh dalil yang tinggal kini hanya tiga puluh
dua puluh gulung nikmat di hujung hujung hayat


laungkan selamat pada tibi! 
ucapkan sejahtera pada HIV!
debu debu yang kau hirup dulu
kuman celaka yang kau dapat kini!


wahai
lama ini kau pun diam
khabar duka dari pantai yang bercahaya
bulan telah pun padam
ombak telah pun surut
di dasar laut selatan china itu ada pusara


dari jauh ibu mengirim luluh dan air mata
ayah tak sudah menggeleng hiba
dan dari aku untuk kau hanya sepotong doa,
"tuhan ampuni dia,selamanya dia abangku sayang,abangku sayang..." 

5 comments:

  1. itu bukan yang lara nak dari puisi di atas. but still jauhi lah dadah. nak cuba juga? it's ok. life's too short. no problem, so go on. but cuba atas kesedaran sendiri. once its ur very best friend but will eventually turn to judas eskariot. a friend that betray. u dont want that. and u wont want ur mum or dad keep mourning for ur death becoz of that fukking damn matsako crack. like my own brother did.

    ReplyDelete
  2. gua mat belia yang benci dadah. Abangmu lara dijadikan sebagai pengajaran pada yang lain. Dia bertuah mempunyai kau sebagai adik yang terus mendoakan.

    Kerana kau, aku menyedekahkan Al-Fatihah untuk abangmu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih saudara shaleeshahazeman dan juga abangsahar.

    sungguh lara hargainya.

    ReplyDelete