Monday, December 20, 2010

kanta lekap ilusi

andai ada kanta lekap ilusi,
yang dapat membutakan mataku dari segala realiti,
akan aku usaha untuk beli, untuk cari,
walau berjuta harga walau sejauh angkasa

kerna
aku tak mampu membawa seluruh diri keluar dari alam nyata
jika hanya mampu mata ini dibawa lari,
akan ku pakai kanta lekap ilusi sampai bila-bila
biar hanya nampak ilusi
yang dimana aku yang menentukan segala isi patri





*cik 'me' yang bijak bestari, raja segala puisi-puisi, adakah cukup hebat puisi ini? atau masih disampah-sampahkan lagi penulisan kami???

2 comments:

  1. tukar kanta lekap biru...biar biru mata hitamku...

    ReplyDelete
  2. sapa che "me"?ketinggalan pulak aku.

    ReplyDelete