Pada sebuah penantian engkau melolong deritamu,
dan aku cuma bertiarap lesu.
Sungguh, kau katakan itu rencana Maha Esa,
cuma aku tidak melihat lagi taubatmu ;
segulung sejadah dan telekung putih,
masih ada di atas para tanpa kau sentuh.
Kau mahu dimuliakan semula tanpa sedar ;
noda dosa itu harus kau cuci dahulu,
lalu doa-doamu yang kau tuntut pada Tuhan ;
kau lepaskan agar secepatnya dikabuli.
Sedarilah bahawa pendosa seperti kau,
berlaku sombong pada Tuhanmu sendiri,
bilamana kau persoalkan takdirNya.
Terbukti, kau tidak setegar hambaNya yang lain.
make dale ni bung!
ReplyDeletehaha.tu a pasal.makan dalam siot.
ReplyDeletelike =)
ReplyDeleteTerbukti, kau tidak setegar hambaNya yang lain.
ReplyDeleteterbukti!
terima kasih kalian.
ReplyDeletesama-samalah kita muhasabah ;)