Thursday, December 16, 2010

Pacal Berpening Sering

Patik berhujah pelik
Merepek patik cantik
Patik terlolong terpekik
Memekik patik memekak

Oh bapak aduhai emak
Maafkan patik yang sedang pening
Bukan sakit tapi pening
Pening oh pening berpusing-pusing
Pening berpusing berpuing-puing

Penat patik pelajari pening
Penat pening patik pusing
Patik pelajar pemusing pening
Pening patik perlu pusing
Pusing pening pelajaran penting
Putus pening patik pusing

Risau runsing raja rasa
Raja risau rasa runsing
Ruang rasa raja resah
Raja resah risau runsing

Raja radang rasa resah risau
Patik sekadar limpah resah rasa
Rasa resah patik si pacal hina

Patik pacal pelajar pening
Raja resah risau merunsing sering

Pening patik pening penamat.

3 comments:

  1. fak. ini antara puisi yang best gila gua baca. lidah minda gua sampai berpusing-pusing baca ini puisi. best!

    ReplyDelete
  2. ini puisi orang gila
    dan yang membaca pun sama gila
    apatah lagi yang komen sama gila
    jadi mari kita sama2 gila.

    ReplyDelete