Friday, January 14, 2011

Jika Aku Masih Begini, Tetapkah Engkau Kekal Begitu?

Jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih sudikah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya?

Jika gersang tanah di telapak kakimu itu adalah aku, 
masih inginkah kau menumbuhkan tunas tunas kasih di halamannya?

Jika hitam keruh air di muara itu adalah aku, 
masih mahukah kau melayarkan perahu cinta di dadanya?

Jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya?

Jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?



**Jika anda berminat mendengar lara membacanya sendiri boleh klik di sini.

7 comments: